Showing posts with label jet. Show all posts
Showing posts with label jet. Show all posts

Monday, May 7, 2012

Kayuhan Lip-Lap-Lip-Lap

Ahad 6/5/2012. Hari Ahad cuti kerana ganti cuti umum Hari wesak pada hari Sabtu sebelumnya. Cuaca mendung dan nampak macam nak hujan. Surirumah separuh masa pun tak berani nak jemur kain di ampaian, takut kena buat sprint 100meter kalau hari tetiba hujan.
Tapi kawe sebagai pengayuh yang agak2 dan perasan tegar nak kayuh jugak pada pagi tu. sebenarnya kesian kat beskal sebab dah lama terperuk kat dalam stor, dan jugak kerana memikirkan mengenai 'keboroian' yang semakin bertambah. Risau jugak kalau hari tetiba hujan, jadi kawe mengambil langkah berjaga-jaga dengan memasang semua lampu kat beskal(dalam mode berkelip-kelip), dan tak lupa memakai Hi-Visibility LED Sport Vest ( Vest berlampu) pemberian seorang rakan tak lama dulu. Juga disertakan dengan sedikit doa supaya selamat hendaknya, InsyaAllah.

 Basikal dalam mode Lip-lap-lip-lap

 Laluan berbukit Jeram Pasu-Banggol Telipot-Chengal Pulas sedia untuk diterjah
Tak sengaja ter'pose' mata terbelalak bila terdengar bunyi enjin jet di sebalik awan .... Bila la TUDM nak buat open day(Link) pulak agaknya? Tak sabar nak pegi lagi ni,nak bawak family tengok jet....;)

 Ready for take 2, Camera, Action. Snap!

 Dah sampai, singgah jap rumah ayahbonda kawe...

Teman ayahanda pergi kebun pulak lepas tu...

Selesai lah kayuhan pada hari tu. 22km dilalui dengan selamat, Alhamdulillah.

Sesuatu yang menarik untuk dikongsikan, kayuhan selama hampir 2 jam (45 minit pendakian)hampir tak terasa lenguh langsung walaupun dah agak lama(hampir sebulan) tak berkayuh. Sebabnya, mungkin semasa berkayuh tu kawe cuba-cuba mengamalkan apa yang ditulis oleh saudara Akmal Hizam didalam blognya,
Measuring Cadence 80 through Zikrullah ( Menetapkan 80 kayuhan seminit melalui Zikrullah )
( Link ). Terima kasih atas perkongsian ye bro. Dan kawe dapati ianya sangat berkesan, Masya-Allah.... :)

Thursday, July 7, 2011

Kayuhan Angkasa Raya 2.0: Sukhoi UpClose

(Entry ni adalah sambungan daripada entry kawe yang terdahulu, Kayuhan Angkasa Raya : Hari Terbuka Kem TUDM Gong Kedak)

Setelah lama menunggu, akhirnya Hari Terbuka TUDM di Pangkalan Udara Gong Kedak diadakan lagi pada tahun ni pada 24-25 Jun 2011. Sempat la kawe pergi bawak family pegi tengok jet. Dan secara ringkasnya dari pandangan kawe, rasanya acara kali ni lagi 'best' berbanding acara pada tahun lepas. Kenapa? Haa....sila tengok gambar2 di bawah yang sempat diambil semasa acara berlangsung selama 2 hari(dan kawe pergi 2 kali!) :)

Paling best, dapat tengok Jet Pejuang Sukhoi, antara aset pertahanan negara paling canggih dari dekat. Berapa dekat, demo tanya? sangat dekat.kalau lagi dekat mau benjol kepal terantuk kena bucu sayap. Takpun terbakar jadi abu kalau enjin tu sedang 'on', atau kena sedut masuk dalam airvents. Nasib baik, enjin tak 'on'..... :)

Selain pada tu ada lagi yang menarik, macam pertunjukan payung terjun oleh pasukan khas udara(PASKAU), masuk dalam pesawat pengangkut, pameran helikopter. Dan macam tahun lepas, Wan's Cycle pun ada bukak booth jugak pada hari pertama. Sempat juga jumpa beberapa orang member dalam kem TUDM yang sama-sama kayuh basikal(dan sama-sama Berbasikal dalam Lumpur...hehehe)

Dan lagi, kawe dapat mengumpul lagi satu 'momento' bertemakan basikal dan military. kalau pada tahun lepas kawe sempat sambar sehelai jersi cycling bergambar Sukhoi, tahun ni, jeng...jeng....hydration beg(3L) 'Spec Ops' standard military menjadi habuan. Memang kawe lama dah cari hydration/bladder bag untuk dibawa semasa kayuh, dan pada haritu ada gerai jualan barang-barang military dibuka. Macam-macam dijual kat situ, dari baju-T, keychain, sehingga la ke topi 'camo'. Baju untuk penyamaran pun ada, tapi rasanya untuk display je. Yang paling menarik minat kawe haritu tentulah 'hydration bag'. Selepas tawar-menawar, kawe sempat la sambar satu. Harga? Biarlah Rahsia..hehe.tapi harga special la sebab masa tu abang yang jual tu dah nak mula kemas barang-barang jualan untuk dibawa balik. Beg ni boleh diguna semasa operasi,sesuai juga semasa kayuh mtb. Pelik, tapi benar....

Jet Sukhoi baru lepas mendarat lepas buat airshow. Bahang panas enjin masih rasa walaupun jarak agak jauh. Kalau pergi dekat lagi mungkin rentung kena api enjin jet tu...(link)

Pertunjukan payung terjun oleh pasukan PASKAU. Masa landing sentiasa jatuh 'on target'.Terer sungguh demo ni...

tercucuk mata tu karang, naya... :)

Sempat bergambar bersama tarikan utama acara hari terbuka, Jet Sukhoi SU-30MKM. Tengok berapa ramai yang dok kerumun nak tengok dari dekat. Ye lah bukan selalu dapat tengok dari dekat...

Hydration beg. Mungkin perlu 'modify' sikit sebelum boleh bawak berkayuh.baru terperasan jalur reflective takde, tak macam beg lain yang ada di pasaran. Hos jugak disalut dengan kain, mungkin untuk menambah ketahanan/elak dari berkilau bila disuluh. Ciri lain yang berbeza adalah tali strap menggunakan kancing yang boleh ditanggal dengan mudah. Fabrik adalah dari jenis campuran NOMEX, katanya(klik link untuk keterangan lanjut).

Keputusan, sangat puashati dengan event kali ni. Harap tahun depan diadakan lagi. :)

p/s: dah macam blog jet TUDM pulak jadinya. maaf la ye kalau terlebih 'detail' pasal benda2 lain selain basikal, tapi minat kawe ada macam-macam...

Sunday, January 23, 2011

Trek GKCC, Revisited

Pada hari Sabtu lepas Kawan berpeluang sekali lagi untuk kayuh bersama-sama GKCC Team di trek mereka. Terima kasih kepada member yang sudi mengajak untuk Kawan turut sama dalam kayuhan kali ni yang turut disertai 2 orang rider dari luar, Sabri dan Li(pomen basikal) selain rider GKCC seramai 5 orang: Aidi, Azizul, Atok, A-teng dan En. Faizal. Campur dengan Kawan jadilah 8 orang kayuh pada hari tu...

Pernah kayuh kat sini pada Julai 2010(Link),bezanya kali ni guna trek yang lain(jauh sikit)

Kayuhan bermula jam 8.15am dan berakhir 11.00am. Jarak dilalui 22.5km, dengan anggaran 60% offroad, 20% gravel(jalan taliair) dan 20% atas tar. Agak mencabar terutama masa 'climbing', tapi takde downhill sangat kali ni sebab sebahagian trek terhakis disebabkan banjir dan aktiviti korek pasir. Takpe sebab basikal Kawan tu bukan untuk downhill pun...jadi memang sesuai la dengan kayuhan kali ni. Kira berjaya jugak la kayuhan kali ni sebab berjaya sampai ke atas tanpa perlu tolak basikal..(Yeay!). Kayuhan juga adalah sebagai warming-up untuk ke Jamboree Jeli pada bulan 2 nanti...

Antara gambar yang sempat di'snap' pada hari tu:

Persiapan sebelum kayuh, buat 'equipment check' dulu...tengah buat anggaran berapa liter air yang nak kena bawak:1.5L dalam bladder bag, 0.5L isotonic drinks diisi dalam botol...cukup la kot untuk 2.5 jam kayuh....

Jumpa tanah runtuh di tengah jalan. Kena tunggu lori tanah tolong clear dulu baru dapat lalu...

Dah habis kayuh. Sesi 'Debrefing' pulak kat kedai air nyor muda...hehe. Terima kasih saudara Sabri sebab belanja...

Terima kasih juga kepada member-member dari GKCC yang sudi mengajak Kawan dalam sesi kayuh pada kali ni. Tapi sedikit kecewa(sikit je laaa...) sebab takde pulak nampak jet-jet pejuang Sukhoi terbang semasa berkayuh tu. Biasanya ada jugak yang melintas...

Nota : Jumpa pulak kat Jeli bulan 2 nanti...InsyaAllah....

Tuesday, June 15, 2010

Kayuhan Angkasa Raya : Hari Terbuka Kem TUDM Gong Kedak

"Wei...orang kayuh kat bumi je la, mana ada kayuh basikal kat angkasa.... "

Entry kali ni ada kelainan sikit. Kawan nak cerita pasal minat kawan yang satu lagi, selain dari basikal. Pada hujung minggu yang baru lepas kawan berpeluang bawak family pergi tengok pertunjukan udara sempena hari terbuka kem TUDM Gong Kedak, kira-kira 30km je dari rumah Kawan. Kalau hari biasa tempat ni sori la diaorang nak bagi masuk disebabkan kawalan keselamatan yang ketat kat sini.

Pergi dengan kereta kali ni. Mula-mula ada plan untuk ke sana dengan berkayuh, tapi terpaksa dibatalkan kerana nak bawak family pergi sekali. Sori Bro Yen dan rakan-rakan lain yang mengajak....

Ni antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan...



Star of the show...Jet Sukhoi SU-30MKM

Persembahan Brass Band TUDM sebelum pertunjukan udara bermula

Tu dia...jet melintas betul-betul kat atas kepala Kawan. Bergegar jantung Kawan dibuatnya...

Demonstrasi menyelamat dengan helikopter

Wan's Cycle dari Kubang Kerian pun ada buka Booth haritu...sempat la jugak cuci mata tengok basikal idaman, cantik tapi harganya...perghh...


Kona Primo Stab(for display only-dah ada yang punya...)




Giant Yukon Fullsus (masih solo...)


Rupanya diaorang kat dalam kem ni pun ada tem MTB jugak...link Facebook diaorang kat sini (GKCC). Err...nak join kayuh jugak boleh? Tapi sure kena tinggal kat belakang je nanti...hehe


Apa kaitannya jet pejuang TUDM dengan basikal? Ntah, Kawan pun tak tau. Tapi yang kawan tau kat show tu juga ada jual jersi basikal(!!) dengan gambar jet Sukhoi lagi. Kawan pun sempat sambar satu... buat kenang-kenangan. :)








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...