Showing posts with label online. Show all posts
Showing posts with label online. Show all posts

Thursday, October 31, 2013

Share : BERBASIKAL DAN KESIHATAN



SUMBER RUJUKAN : MAJALAH HARMONI (BIL 138)

AKTIVITI BERBASIKALBerbasikal adalah satu cara yang murah, selamat dan efektif untuk melangsingkan tubuh apabila pil-pil diet dan latihan di gim tidak mampu memberikan kesan yang diharap-harapkan. Selain daripada itu ianya juga dapat memperbaiki tahap kesihatan diri. Aktiviti ini menyeronokkan dan mampu mengeratkan ikatan kekeluargaan jika dilaksanakan secara beramai-ramai bersama keluarga dan sahabat handai. Ianya juga mampu mengurangkan kos pengangkutan bagi mereka yang ingin berjimat. Aktiviti ini merupakan senaman terbaik kerana ia mampu mengeluarkan banyak peluh. Pengeluaran peluh ini sekali gus membawa keluar segala racun dan toksin yang terkumpul dalam badan yang akan membuatkan kulit kelihatan lebih berseri dan awet muda.
Seorang individu seberat 100kg (220 paun) yang mengayuh basikal untuk ke tempat kerja setiap hari , dipercayai kalorinya akan terbakar sehingga 1056 dalam tempoh satu jam perjalanannya . Ini bermakna hanya dengan berbasikal individu tersebut telah mampu membakar 5280 kalori pada tubuhnya dalam masa 5 hari bekerja tanpa mengamalkan diet berbahaya.
Berbasikal juga dapat menstabilkan keseluruhan otot tubuh terutamanya dibahu dan pinggul bagi menghasilkan postur tubuh menarik seperti yang diidamkan.


FAEDAH KESIHATAN

1) MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT
Berbasikal amat baik untuk kesihatan jantung. Ketika berbasikal pengaliran darah ke jantung akan meningkat. Peningkatan aliran darah membuatkan jantung memiliki oksigen yang mencukupi dan membantunya untuk berdegup dengan lebih baik. Keadaan ini secara tidak langsung akan mengurangkan risiko serangan jantung sehingga 50%. Tidak ketinggalan penyakit tekanan darah tinggi dan diabetes.
Kajian oleh British Medical Association mendapati berbasikal amat sesuai untuk diamalkan oleh penghidap bronchitis dan asma kerana keupayaannya dalam meningkatkan dan memperbaiki fu ngsi paru-paru.
Berbasikal di persekitaran terbuka membuatkan individu terdedah kepada cahaya matahari. Sinaran matahari kaya dengan vitamin D yang bagus untuk kesihatan hingga mampu mencegah penyakit osteoporosis, kanser payudara dan kanser prostat. Selain itu, senaman ini turut meningkatkan pengeluaran sel penyerang bacteria di samping menguatkan system imun tubuh. Malah masalah insomnia juga dapat diatasi menerusi senaman berbasikal kerana ia mampu meningkatkan kualiti tidur individu.



2) MERAWAT ARTRITISBerbanding senaman lain, berbasikal tidak memberikan tekanan kepada sendi atau tulang rawan. Sebaliknya ia membantu menyihatkan otot dan sendi pada kaki dengan gerakannya yang berupaya untuk menguatkan tulang rawan. Keupayaan ini secara tidak langsung dapat membantu merawat dan mengurangkan risiko serangan arthritis dan pembengkakan sendi.

3) MEMPERBAIKI MOODSeperti senaman lain, berbasikal akan mengeluarkan hormon endorphin sekali gus mengusir keluar segala perasaan negative terutama stress yang ada dalam diri. Perembesan keluar endorphin bukan hanya memperbaiki mood dan mengawal keseimbangan hormone individu bahkan menjadikan mereka lebih positif dalam menjalani kehidupan.

4) MENURUNKAN KADAR KOLESTEROLMelibatkan pergerakan otot-otot paha, lengan dan pinggul membuatkan aktivit berbasikal efektif dalam menurunkan kadar kolesterol yang terdapat dalam tubuh. Hanya dengan melakukan senaman berbasikal sebanyak 3 kali seminggu dan satu jam bagi setiap sesi, paras kolesterol yang tinggi akan berada di tahap sepatutnya.

5) MENGUATKAN TULANGBerbasikal secara rutin membantu menguatkan tulang di bahagian atas anggota badan dan tulang belakang. Justeru, risiko untuk mengalami patah atau kecederaan tulang yang lain akan berkurangan. Malah kajian juga menunjukkan bahawa individu yang aktif berbasikal jarang mengalami patah tulang pinggul apabila tua. Selain itu berbasikal juga berupaya menguatkan tulang kaki dan merupakan mobility terbaik untuk pinggul dan sendi lutut. Kanak-kanak yang sedang mengalami proses tumbesaran amat digalakkan untuk melakukan senaman yang melibatkan kaki kerana ia bukan hanya mampu menguatkan kaki malah turut juga berupaya menjadikan mereka lebih tinggi.


6) MEREHATKAN MINDA
Aktiviti ini juga berkesan dalam merehatkan minda terutama jika kita berbasikal pada awal pagi atau lewat malam. Hembusan udara yang segar pada kedua-dua waktu ini mampu menenangkan fikiran sekaligus mengusir stress yang sedang dialami. Dalam masa yang sama ia turut meningkatkan kepekaan dan daya kosentrasi individu.

Kredit kepada blog DRCT

Wednesday, January 25, 2012

Fits Like A Glove...(Literally)


Memang padan. Persediaan untuk ke UiTM XC Race (klik Link) hari Sabtu ni:

Glove SPECIALIZED Size L, memang padan dengan tangan kawe...

Telapak yang dilengkapi 'padding' berteknologi 'Body geometry'. Memang selesa bila pakai

Tak sabar nak testing masa kayuh pulak...

Purchased Online from Damiena Trading... :)

Thursday, December 22, 2011

Beli Atas Talian


(Online Purchase, bukan beli barang yang tergantung di atas tali)


Kawe sudah beberapa kali membuat pembelian barang berkaitan basikal secara online. Demo pernah try? Sebab yang utama cara ini menjadi pilihan adalah sebab banyak pilihan, yang kedua harga pun boleh dikatakan murah(sebab kebanyakannya yang kawe beli barang 2nd kot...hehe). kadang-kadang boleh mintak diskaun lagi pulak tu. Alhamdulillah semua urusan berjalan dengan lancar setakat ni...

Di antara barangan yang telah dibeli:

Parcel yang baru sampai. Apa ada kat dalam? Jeng...jeng....

Platform pedal(Brand Kona)...yiiiha....!

Barang sebelum tu :




RD untuk menggantikan RD lama yang dah bengkok (penangan semasa kayuh di trek Pasir Akar dulu)

Dan yang bakal sampai(on the way) : Disc rotor untuk ganti disc depan yang dah bengkok sikit.




p/s : kebanyakan barang yang dibeli adalah barang 'used', tapi masih dalam keadaan baik dan berfungsi tanpa perlu baiki apa-apa kecuali buat sedikit servis. Lepas servis terus jadi good as new... :)

Link : BBS

UPDATE :

1. Barang (Disc Rotor) sudah diterima dari saudara Khairul (seller). kondisi barang baik, macam dalam gambar.

Nota : Semasa membuat pembelian secara online, perlu sentiasa berhati-hati. Kenali dulu dengan siapa anda berurusan. Jangan mudah percaya terutama tawaran jualan dengan harga terlalu murah/tak masuk akal. Juga periksa juga kalau ianya satu 'scam' yang mungkin dah pernah terjadi kepada pengguna yang lain.

Disclaimer: Kawe tak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini semasa berurusan secara online, apa yang kawe paparkan di sini hanyalah catatan pengalaman kawe sahaja. Mungkin berbeza bagi anda, jadi risiko perlu ditanggung sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...