Showing posts with label trail. Show all posts
Showing posts with label trail. Show all posts

Tuesday, August 28, 2012

WW : Gambar Kayuh Mtb Pra-Ramadhan

(WW=Wordless Wednesday)
Gambar semasa kayuh Mtb sehari sebelum Ramadhan di Trail Estet Cherang Tuli-Jeram Pasu(Trail belakang rumah kawe...hehe), bersama member2 dari Mahligai Extreme Team(MET). Cuba teka mana satu kawe? :)



Sunday, January 29, 2012

Solo Offroad Ride 27/01/2012 : The Lost Waterfall


Solo Ride pada pagi Jumaat yang lepas. Pada mulanya bermula sebagai ride untuk menguji kesesuaian peralatan yang baru diperolehi ( bicycle glove, vest), kemudiannya telah bertukar menjadi trail exploring. Dengan tak semena-mena telah terjumpa jalan ke satu jeram & air terjun yang dah lama hilang dari peta laluan. Pernah datang sini dulu-dulu, dalam 10 tahun lepas bersama abang-abang dengan naik motor, sekarang kalau dengan motor pun rasanya susah nak lepas sebab laluan asal yang dah tertutup dan berselut. Air terjun dikenali sebagai Jeram Kokpeh @ Jeram Kapis di kalangan penduduk sekitar. Alhamdulillah, kali ni kawe telah berpeluang untuk datang ke sini lagi setelah lebih 10 tahun berlalu...

Jeram yang menderu deras airnya

Air terjun bertingkat dengan kolam dalam di bawahnya

Parking basikal kat atas batu tepi air terjun

Penulis, bergambar di tepi air terjun bersama hi-visibility LED Sport Vest( Link) hasil kemurahan hati seorang teman blogger & cyclist, saudara Akmal dari JB. Jazakallah khoiran.... :)

Laluan balik adalah melalui laluan berbukit Jeram Pasu-Chengal Pulas dalam keadaan hujan renyai kadangkala lebat.

Statistik kayuhan 27/01/2012:

Jarak : 15km (30% loose gravel, 10% Mud, 60% jalan tar)

Masa diambil : 2 jam, tak termasuk lepak tepi air terjun 30 minit.. :)

Kerosakan & kecederaan : tiada( Alhamdulillah)

Esoknya 28 Jan. 2012, ikut serta dalam XC Race di UiTM Machang. Tapi tu lain kali cerita la ye... InsyaAllah. :)

Nota : 'Trail exploring' boleh juga dibaca sebagai ' tersesat jalan'. ;)

Sunday, July 17, 2011

Kayuhan Trek BML(Reverse), 15/7/2011

(Bukan mengenai kayuh basikal ke belakang...'Reverse' = arah secara terbalik)

Pada hari Jumaat lepas, kawe berpeluang untuk pergi berkayuh mtb di trek BML(Bukit Moklipoh) bersama-sama member dari Mahligai Extreme team. Kayuhan sejauh kira-kira 20km (ikut meter kawe) mengambil masa 2.5 jam dan disertai oleh kira-kira 20 orang riders. Perkataan 'kira-kira' tu adalah sebab ada rider yang bermula dari port station dan ada juga yang join di pertengahan trail. Last-last orang yang buat 'headcount' pun tak pasti jumlah sebenar rider yang ikut. Tapi yang pastinya, semua riders selamat keluar.. :)

Punya la lama tak datang kayuh sini, sampai jalan trek pun dah banyak yang berubah berbanding masa last kawe datang dulu(link).

Kali ni keputusan dibuat adalah untuk berkayuh di trek secara 'Reverse' iaitu secara bertentangan dengan laluan kayuhan biasa yang dilalui dalam kayuhan sebelum ni.

Gambar yang sempat diambil semasa kayuhan( klik pada gambaruntuk Besarkan, kecuali pada gambar paling 'last' yang memang saiz asalnya kecik)



Sampai di Port Station Mahligai,8.15am

Jalan tali air sebelum mula trek offroad

Tengah sedap melalui jalan offroad, tiba-tiba je ada projek perumahan kat tengah-tengah ladang sawit. Entah bila naik pun kawe tak tau...

Atas bukit botak(dulu botak, sekarang dah berjambul)

kena lalu trail di lereng bukit. eh istana apa pulak kat hujung sana tu?

Sampai di trail DH Bukit Botak.
Ni bukit yang ke-3 kena tolak...

'Take 5' di Trek Downhill Bukit Botak. Rupa-rupanya ada member dari kl yang pancit tayar. ada juga rider yang berani nak cuba-cuba trek ni haritu.

Sampai semula di port jam 11.15am. Sempat lagi pergi pasar selepas tu...

Kawe, sebagai jurugambar tak rasmi(lantik diri
sendiri) dalam kayuhan kali ni kerana saudara Webmaster(WM) tak datang pada kayuhan kali ni. tapi takpe, kayuhan kali ni memang best! :)

Statistik Kayuhan

Jarak: 20 km
Masa diambil : 2.5 jam
Trail : 80% offroad, 20% gravel(jalan tali air)
Hidupan liar dijumpa : sekawan lembu liar, kesan 'fresh' babi hutan
Pacat ikut balik rumah: 2 ekor(Eewww...)
Tayar pancit & kerosakan lain : tiada, Alhamdulillah
Kaki krem & kecederaan lain: tiada(kecuali 2 kesan gigitan pacat..hehe), Alhamdulillah

p/s: syabas kepada semua peserta kayuhan Fox's Cave Mtb Jamboree pada minggu sebelumnya. Maaf kawe tak dapat pergi kayuh sama pada haritu sebab ada komitmen lain, walaupun rancangan pada asalnya nak pergi. Khabarnya best juga trek kat sana...


Thursday, April 14, 2011

Recce Trek MTB Pasir Akar




Sabtu lepas, kawe telah join member2 dari GKCC recce trek mtb di Pasir Akar dalam daerah Besut, dengan ditunjuk arah oleh Sabri, rider dari area situ. Trek yang berakhir di Jeram Batu Balai memang best dan terkenal di kalangan peminat kenderaan 4x4 yang selalu membuat ekspedisi ke sana. Juga merupakan tapak empangan hidro dan kerja-kerja sedang berjalan rancak. Tapi....ada cerita di sebalik kayuhan kali ni...
(Gambar diambil dari laman FB En Roslee GKCC)
Bergambar di tempat pengumpulan balak... semua posing ala-ala nak masuk majalah ni... Ni la tempat yang dikatakan...Jeram Batu Balai. View memang cantik,dapat mandi manda kat sini mmg best!


Tapi dalam perjalanan balik, hujan lebat, beb!


Semasa melintas satu sungai (sambil pikul basikal), air paras betis naik tiba-tiba hingga paras pinggang. Tapi Alhamdulillah semua dapat melintas dengan selamat...Fuhh...

Dan jalan yang kering berdebu tadi telah bertukar jadi laluan berselut tebal....

Kenal?Kawe la tu...di sebalik lapisan selut.

Kecederaan agak parah pada derailer belakang disebabkan 'Chain Suck'. Terpaksa bypass menjadi single speed, tapi masih tak dapat kayuh sebab rantai asik tercabut(chain slipped) je...kena tolak la pulak...


Akhirnya...terpaksa naik kenderaan bantuan yang dipanggil oleh saudara Sabri...tapi ada jugak 4 orang rider hari tu yang berjaya menamatkan kayuhan hari tu tanpa naik transport. Tahniah...


Keseluruhan ride, 3 Basikal mengalami rosak derailer/hanger termasuk basikal kawe...adusss...



Statistik kayuhan hari tu, jarak 20km mengambil masa 5 jam untuk dihabiskan disebabkan trek berlumpur. Nasib member dapat panggil 4x4.Kalau tak, mungkin kena camping kat dalam tu agaknya sampai malam..


Gitu la ceritanya.




Jadi kayuhan kali ni rasanya layak dicalonkan bagi anugerah gatihsikal.blogspot kategori "The MUDDIEST Ride Ever"....setuju? Pengajaran : Periksa dulu laporan cuaca sebelum pergi kayuh mana-mana trek. kalau tak mau jadi macam ni la...."bernafas dalam lumpur"...heehee


Wednesday, June 23, 2010

My Secret Playground (Update)


Peta Laluan Trail. Tak tepat sangat sebab tak pakai gps


Selalu jugak orang tanya kat Kawan, "demo gatih basika bukit ni mmano eh?"(terjemahan ke bahasa Malaysia : awak kayuh basikal bukit ni di mana?)Jawapan standard Kawan : "Adalah...","kayuh dekat-dekat je...",itu la jawapan yang biasa Kawan bagi. Bukan saja-saja taknak bagitahu,tapi adalah sebabnya. Sebab yang utama adalah KESELAMATAN. Untuk yang belum pernah datang ke Kelantan, Kawan nak bagitahu satu je, kat Kelantan masih banyak khazanah alam yang masih belum terusik. Flora dan faunanya masih lagi boleh dijumpai dalam keadaannya yang asal. Termasuk la di tempat Kawan selalu main basikal tu. Tempatnya tak jauh dari rumah kawan, kira macam belakang rumah je la. Tapi macam kawan cakap tadi, flora dan fauna masih banyak yang belum usik. Flora tak risau sangat,tapi kalau fauna tu macam-macam dah yang orang jumpa. Dengan Kawan, setakat ni takde jumpa apa-apa lagi, Alhamdulillah (cuma jumpa bekasnya saja). Tapi setakat ni Kawan baru je explore tak sampai 10% pun lagi area ni rasa-rasanya. Maklumlah rider amatur, basikal pun old skool, ride sorang-sorang pulak tu...meremang gak kekadang bulu roma Kawan bila teringatkan cerita orang dulu-dulu yang pernah jumpa macam-macam kat tempat tu.

Jadi pada hari ni kawan nak berkongsi la dengan pembaca blog kawan yang entah apa-apa ni mengenai tempat bermain kawan. Mungkin bukan istimewa sangat,tapi bagi Kawan yang baru berkecimpung ni,kira boleh la... Seperkara lagi, kalau berada dekat dengan tempat ni dan rasa-rasa macam nak cuba tempat ni, harap bagitau Kawan, siapkan tayar knobbies(juga lampu) pada basikal dan kita try sama-sama,okey?
Mana la tau kalau sesuai untuk buat trail jamboree ke...



Entrance/ jalan masuk. Kenapa kena pakai lampu, gelap ke kat dalam tu?.... Ntah la,tengok kat dalam gambar ni gelap semacam...





Mid-trail, kira-kira 5km dari entrance tadi. Baru dapat jumpa cahaya matahari..Legaa...

Dah sampai kat hujung trail. Alhamdulillah, semuanya selamat...





Pemandangan dari atas bukit(Bukit Hangus). Diluar laluan trail dah ni, tapi masih dekat. Overlooking bukit dimana terletaknya Jeram Pasu

Nota tambahan : Laluan ini adalah jalan pintas yang digunakan oleh penduduk kg Jeram dan sekitarnya untuk ke Jeram Pasu. Juga dikatakan kawasan ini agak 'keras' dan krew penggambaran sebuah rancangan paranormal pernah datang ke tempat ini bagi membuat siasatan sekitar 2 tahun lepas. Bagi sesiapa yang berminat untuk mencuba laluan, risikonya tanggung sendiri....

Selamat berkayuh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...