Thursday, July 8, 2010

Test Tayar : Kayuhan Trail bersama GKCC MTB Team - Part 1

Tayar baru cemar bbolot(bahasa kelate) selepas kayuhan


Pada entry Kawan yang lepas(klik sini untuk lihat), Kawan ada sebut pasal team mtb GKCC sambil bertanya khabar, boleh join berkayuh sekali ke jika berpeluang. Tanpa disangka-sangka, salam yang kawan hulur disambut mesra oleh mereka, dan rancangan diatur untuk kayuhan bersama pada pagi hari Sabtu. Molek benar, dapat menambah kenalan dalam dunia mtb ni sambil-sambil kenal tempat orang dan sama-sama berkongsi pengalaman. Terima kasih kepada brader Adi dari GCKK Team yang mula-mula menghubungi kawan melalui laman sosial Facebook.



Tak tau nak mula kat mana, pasal tayar dulu kot. Lepas beli, balik rumah terus pasang tayar Continental Speed King 2.1 yang baru dibeli kat rim belakang basikal Kawan. Lepas tu pam, mula-mula okey, tapi lepas tu angin semakin kurang. Rupa-rupanya bocor daa....nasib baik Kawan sempat juga beli kit penampal tayar. Dah lama beli sebenarnya,tapi belum berpeluang guna lagi sebelum ni. Murah je, RM5 untuk 48 keping siap dengan gam. Lepas tu test, Alhamdulillah percubaan Kawan menampal tayar buat kali pertama ni menjadi... bunga tayar pun menjadi semakin menyerlah ke-knobbyannya(istilah baru,dbp jangan mare...:) ) bila tekanan angin dalam tiub mencapai tahap optimum seperti ditetapkan oleh pengeluar.



Janji nak jumpa pagi esoknya jam 8 di Masjid TUDM, Gong Kedak. Jam 7.00 pagi hujan masih renyai-renyai, malamnya hujan turun agak lebat. Tak kisahlah, hujan pun hujanlah. Sempat juga Kawan sumbat baju hujan nipis(beli kat 7-Eleven)ke dalam backpack yang akan dibawa bersama nanti.



Sesampainya kat tempat pertemuan, jam dah menunjukkan tepat 8 pagi. Nampak dah ada beberapa orang yang menunggu. Maaf,sedikit terlambat sebab kurang arif dengan tempat dan teragak-agak mencari lokasi pertemuan. Tapi itu bukannya alasan....(bersambung)







Gambar yang sempat dirakam bersama sebahagian ahli Team GKCC semasa berhenti minum kat kedai (sori, takleh ambik gambar sangat haritu..high-security area.......)



(Sambungan-lama dah tertunggak ni. Maaf la ye!)



Lepas minum, mula kayuh ke trail. Secara ringkas : 3 bukit dengan 1 DH yang agak mengancam selepas bukit ke-3, laluan 'scenic' melalui tepian sungai Jertih(ke Jerteh?), single trail yang mengujakan, lagi DH single trail yang agak licin, dan sekali hampir tergolek lepas silap ambik line. Jarak kayuhan hari tu kira-kira 14.5km,sebabnya Kawan berhenti kayuh bila sampai ke Jambatan. Member-member lain dari GKCC meneruskan kayuhan ke Air Terjun Pelagat. Satu sebabnya adalah kerana Kawan merasa ada sesuatu yang tak kena pada basikal,tayar belakang rasa macam berayun sikit bila malaui jalan tak rata. Jadi Kawan pun ucapkan terima kasih diatas kesudian mereka menerima kawan dalam kayuhan kali ni dan meneruskan kayuhan ke rumah mertua yang terletak kira-kira 8km dari situ.



Bila sampai, family dah sedia menunggu kat sana. Rehat kejap,dan terus mulakan dengan aktiviti pemeriksaan ka atas basikal. Tengok kalau-kalau ada yang tak kena. Dan inilah yang dijumpa;



Seatstay(dekat dengan spring susp. belakang) dah patah! Abih tu nak buat camna....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...