Showing posts with label rtw. Show all posts
Showing posts with label rtw. Show all posts

Sunday, September 29, 2013

RTW #2 : 27/09/2013 - Berbasikal ala-ala Touring?



Basikal MTB 'Multipurpose' kawe dilengkapi dengan pannier + beg serta mudguard belakang, sedia untuk mulakan perjalanan RTW  pada hari tu. Ada rupa macam basikal 'Touring' ke tak?

Setelah lama tak berkayuh ke tempat kerja, pada hari Jumaat yang lepas kawe telah berpeluang mengulangi RTW yang pernah dilakukan pada penghujung tahun 2011 dulu(klik). Dekat 2 tahun baru nak buat balik, lama tu!

Statistik kayuhan RTW haritu:
PERGI :
Bertolak dari rumah: 8:15am.
Sampai ke pejabat : 9:30am.
Masa diambil: 1 jam 15 minit
Jarak dilalui : 21.75km (sehala)
Cuaca : Mendung

BALIK :
Bertolak: 3:30pm
Sampai: 4.30pm
Masa : 1 jam.
Jarak: 20.78km - guna shortcut jalan taliair.
Cuaca: Mendung kadang-kadang panas.

Nota: kayuhan ke masjid Bandar Machang untuk Solat Jumaat sejauh kira-kira 2km tak masuk dalam meter.

Secara ringkasnya, perjalanan kayuh ke tempat kerja kali ni terasa ringan, santai dan nyaman. Tambahan dengan keadaan cuaca yang mendung dan arah angin yang sepoi-sepoi dan macam selari dengan arah perjalanan kawe pergi dan balik. Alhamdulillah.

gambar- gambar semasa kayuhan RTW:

 Leburaya Pasir Puteh - Machang : Papan tanda Awas Kawasan Lintasan HIDUPAN LIAR.

 Sampai ke pejabat. Apa-apa hal pun kena 'punch kad' dulu. :)
Tempat parking basikal. Terlindung dari hujan & panas. Cuma yang takde aircond je.
 Sampai balik ke rumah dengan selamat. Alhamdulillah. Dilengkapi dengan blinker dan high-visibility LED vest pemberian(pinjaman?) dari seorang rakan peminat basikal. Jazakallah.
Meter menunjukkan jarak dilalui.
Kawe dengan topeng muka/skaf bercorak 'camo'. Pakai untuk mengelakkan habuk/asap lori dari masuk ke dalam hidung.

Nota: Ni cuma permulaan awal kawe dalam bidang 'touring' dengan basikal. kalau nak tengok pengayuh basikal 'Touring' yang betul-betul serius, boleh jenguk ke laman blog beliau di sini(klik)

Wednesday, February 29, 2012

Rabu Tanpa Kata : Beca

(Ni kali pertama kawe nak cuba buat Wordless Wednesday, ye macam ni ke? Hantam saja la....)

Jumpaan semasa RTW haritu...





Sekian... :)


Sunday, December 18, 2011

Blogwalking : Ride-To-Work Bloglist

(Blogwalking, bukanlah bermaksud membaca blog sambil berjalan-jalan. Aktiviti sedemikan agak bahaya sebenarnya kerana risiko kepala terhantuk tiang...)

Oleh kerana kawe sudah pun memulakan langkah dengan berbasikal ke tempat kerja, jadi kawe pun mula mencari-cari maklumat mengenai aktiviti ni terutamanya di arena tempatan(dalam Malaysia). Dengan kata lain Local riders yang turut sama melakukan aktiviti ini. Di antara blog tempatan yang kawe dapati boleh dijadikan sebagai rujukan antaranya(listed in no particular order) :

Rezdrake : Balada Seorang Suami Mountainbiker Jalanan - pernah tersenarai sebagai Top 50 bike commuting blog (Carbusters).


Azizan Fixie : Cycle Friday


Setakat ni dah banyak jumpa tips dan ilmu yang (rasanya) boleh digunakan dari aktiviti blogwalking ni. Alhamdulillah. Dalam kepala pun dah macam-macam idea yang terlintas di fikiran. Such as : membina basikal yang khusus bagi tujuan RTW dari ground up... contohnya yang macam ni, cuma mungkin bukan fixed gear sebab mungkin kurang sesuai untuk layan laluan berbukit dengan fixie(kaki belum kuat...hehe) :

(imej dari 718 Cyclery , di antara site luar negara yang sempat dijenguk)

Tepuk lutut, tanya hati.... :)

maksud sebenar blogwalking

Thursday, December 8, 2011

RTW 001 : Selesai Sudah (Updated)

(sambungan daripada entry sebelum ini, RTW Route)

(sekali lagi, RTW membawa maksud Ride To Work ataupun Berbasikal ke tempat kerja, bukan Round The World seperti yang dikatakan pakcik gugel...)

Hari ini hari Jumaat ,tapi kawe kena datang kerja jugak kerana ada hal di tempat kerja yang perlu dibereskan. Jadi rancangan untuk berbasikal ke tempat kerja pun diteruskan, walaupun lewat sikit bertolak sebab hujan renyai yang turun pada awal pagi.

Bertolak : 7.55 am.
Sampai : 9.15 am.
Jarak : 22km(anggaran je sebab meter problem)

Alhamdulillah, perjalanan dilalui tanpa halangan yang sukar, kecuali di bahagian pendakian yang agak mencabar dan laluan jambatan sempit di Kg Batu Tapong di mana sebuah bas memotong secara berbahaya di laluan 'double line'. Lupa pulak nak catat nombor bas sebab sibuk mengelak ke tepi masa tu...

Gambar yang sempat di'snap' sepanjang perjalanan...

Persediaan. Persalinan kerja dibawa dalam beg galas. Tools, pump, spare tube, botol air tak ketinggalan dibawa sekali.

Lagi 15 km. " U Can Do It Mat Yoe..."

Bergambar bersama beca berhias di tepi jalan. Siap ada garaj tu....

Alhamdulillah selamat sampai ke ofis...

Tempat simpan basikal : laluan koridor ofis.(Bilik shower di sebelah kanan koridor,tak kelihatan dalam gambar. Turun dari basikal boleh terus masuk shower, bersiap untuk masuk ofis. Solat Jumaat tumpang kereta member sebab kunci basikal terlupa bawak).

Update : Perjalanan balik dilalui dengan selamat tanpa apa-apa insiden, dan cuaca sepanjang perjalanan pun cerah. Alhamdulillah. Mengalami krem kaki yang tak serius pada malamnya tapi lega selepas diurut dengan sedikit minyak panas. Terima kasih duhai permaisuriku kerana memberi sokongan yang tak berbelah bahagi kepada aku dan aktiviti berbasikalku ini... jiwang siket :D


Monday, October 24, 2011

RTW Route

(RTW = Ride To Work = Berbasikal Pergi Kerja = BPK??)


Elevation (klik untuk besarkan)
Lama gak tak update blog. Maaf, kawe pengsang jap lepas balik jamboree haritu,haha...
Okey, memula nak bagitau yang sekarang tempat kerja kawe dah berpindah ke tempat baru yang dekat sikit dengan rumah, jarak dalam 20km gitu(Alhamdilillah, lulus jugak permohonan kawe untuk bertukar). Mengikut garispanduan rtw yang kawe dapat dari blogger akmal, jarak yang sesuai (seingat kawe, maaf kalau tersilap) adalah 24km max untuk jarak sehala. Mana dia dapat garispanduan ni kawe pun tak pasti, tapi kalau mengikut logik akal tu memang logik. Sebabnya, masa yang diambil untuk cover jarak 24km (bagi kawe yang kayuh slow) adalah 1jam-1jam 30 minit.
Okey tu pasal jarak. Elevation pulak, kalau tengok kat graf di atas tu memang perghh...tu baru one way. Untuk pergi-balik pulak, sila tengok graf yang kat bawah ni pulak...garis hitam kat tengah-tengah tu adalah apabila kawe dijangkakan sampai ke pejabat (dan pengsan kejap dalam anggaran 30 minit,haha)


Mencabar betul....adakah possible?

Kita sama-sama tengok la nanti.... InsyaAllah

P/s : Jalanraya ke tempat kerja baru ni melalui kawasan bukit-bukau dan kawasan hutan simpan. Ada trek balak dan bukit. Macam best je, kalau dapat explore trek tu...


Thursday, January 20, 2011

RTW Hari Jumaat, Kayuh Pegi Kebun

Hari Jumaat adalah hari cuti kat tempat Kawan. Tapi ada masanya kawan kena kerja part time.... bezanya, pergi kerja bukan kat dalam opis, dan pergi kerja pun dengan naik basikal je sambil melayan jalan offroad dalam kebun getah dan sawit. Jadi pekebun la haritu Kawan....

Gambar pekebun part-time dengan full battle gear...sedia bertempur dengan nyamuk, pacat dll....

laluan dalam kebun getah yang baru ditanam semula...

Basikal sebagai kenderaan RTW hari tu bersama Jip ayah Kawan(sori takde gambar, Ayah Kawan tu memang camera-shy sikit...hehe...)
Tujuan sebenarnya hari tu adalah pergi menolong ayah Kawan je kat kebun getah yang baru ditanam semula...ye lah orang tua kan.....
Jadi kalau hari Jumaat tu tak dapat turun ke trek, tau la Kawan pegi ke mana ye....jadi pekebun part-time...:)

Best jugak jadi pekebun part-time ni, jalan offroad nak ke kebun pun boleh tahan layan, sejauh kira-kira 3 km dari rumah melalui kebun getah dan sawit... tapi kena berhati-hati dengan duri pelepah sawit yang boleh menyebabkan tayar bocor....
Masa balik boleh layan bawak 4x4 pulak, basikal naik atas... best wa cakap lu...tapi tak sama dgn masa layan trail dgn basikal la...
Nota : RTW adalah singkatan bagi 'Ride To Work' atau 'Kayuh ke tempat Kerja'....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...