Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

Wednesday, October 9, 2013

Jamboree HM MTBGP & Cuti2 1Malaysia, Marang

 Gambar2 semasa menyertai Jamboree Harian Metro di Marang, Terengganu pada 5 Oktober 2013. Kayuh santai je sambil Cuti2 1Malaysia bersama keluarga. Tapi trek memang mencabar la. Best!

Dalam perjalanan ke Marang. Singgah dulu tepi pantai tengok pemandangan dan berkelah sekejap.


Sampai di tempat penginapan di Marang. Dekat je dengan tempat event esok.


Daftar dapat Beg berisi barangan 'goodies', Jersi dan nombor plet untuk pasang di basikal esok

 Kawe gi tempat permulaan bersama rider2 lain yang turut serta. Gambar dari laman Fb saudara Azamgiant RB Mtb

Habis event dan sampai di garisan penamat pada 12:30 tengahari. Puas main selut dengan basikal Raleigh kawe. Trek di Marang memang 1st class, lenguh kaki kawe kayuh. Bukit punya la tinggi, siap dengan licin dan berselut pulak tu. Tahniah kepada penganjur sebab berjaya menyediakan trek yang mencabar.

Dapat medal. Lucky draw pun dapat jugak(beg hiking). Alhamdulillah. :)

Lagi gambar boleh tengok di laman  laman rasmi penganjur(klik). Juga di laman Fb majalah Cycling Malaysia ( Part 1 , Part 2 ). Gambar kawe pun ada jugak masa sampai di garisan penamat. :)

Kawe.. :)

Wednesday, September 25, 2013

Event : HARIAN METRO MOUNTAIN BIKE GP 2013 - XCO RACE (CROSS COUNTRY OLYMPIC) & METRO OPEN (JAMBOREE)


Tarikh: 5 Oktober 2013 (Sabtu)
Masa: 7 pagi
Tempat berkumpul: Majlis Daerah Marang, Terengganu
Konsep Acara: Jamboree (Metro Open) dan XCO Race
  (Dua trek berasingan)
Jarak: 45 kilometer (Jamboree) dan 3.7 satu pusingan (XCO Race)
Yuran Penyertaan: Jamboree (Metro Open) - RM50
   XCO Race - RM90

TARIKH TUTUP : 30 SEPTEMBER 2013

Laluan (Jamboree)


Untuk maklumat lanjut berkenaan event, pendaftaran boleh tengok di website penganjur:



Jumpa di sana, InsyaALLAH.

Tuesday, September 17, 2013

I'M BACK!



Dah lama tak Update Blog ni, sampai naik sawang. Nak buat macamana tak sempat. Kayuh basikal pun cuma jarang-jarang je lepas habis jamboree di Jeli dulu(tahun 2012). Sekarang baru rasa ada ruang sikit nak bernafas semula. Kawe mulakan sesi 'comeback' kali ni dengan memaparkan gambar acara Jamboree Hard Rock Jeli 2013 yang kawe sertai pada 16 Sept. yang baru 3 hari lepas. Krem kat kaki pun tak habis lagi ni. Enjoy!

Daftar dan ambil goodie bag + nombor plat di Kaunter Pendaftaran UMK Kampus Jeli
Tempat pelepasan acara yang akan dimulakan pada esok nya 16 Sept. 2013 jam 8.00pagi
Pasang basikal dan setting lebihkurang...ZZZZ
Bersedia untuk ke tempat acara. Family dok kat bilik hotel je. Nak bawak takut bosan pulak menunggu sampai acara tamat.
Jumpa member2 lama dari MET yang pernah kayuh sama2.
Pok Su dari MET
selepas lebihkurang 5 jam kayuh basikal, dapat finisher medal. Syukur semuanya selamat. Cabutan bertuah ada tapi nombor kawe tak dapat apa-apa  pada hari tu.
No. Plat + Finisher Medal, Bag goodies - ada jersi, sijil penyertaan, powerbar, kacang. Alhamdulillah.


Gambar-gambar kawe yang diambil dari laman Fb :

 Gambar kawe selepas menamatkan section 'Offroad' Kredit gambar kepada Azrul Yaa.
 Berdoa dulu sebelum acara dimulakan. Kawe ada kat belakang2 tu.
Rehat sekejap lepas mengharungi sungai. Keringkan setokin dulu baru mula kayuh balik.

Masuk suratkhabar : keratan akhbar pasal acara Jambori Jeli. Tahun depan jumpa lagi, InsyaALLAH... :)

Sunday, September 30, 2012

HRJR 2012 : Selesai Sudah...

29/9/12 : Hard Rock Jeli Ride Mtb Jamboree. Alhamdulillah semuanya dapat dilalui dengan selamat...
(Bukan gambar kawe nih... saja letak untuk intro.hehe)

 Trail Jamboree. 51km kesemuanya. Tapi kawe dapat habiskan 30km je, krem kaki sebab kurang air + kurang training. Apa nak buat.... kena training lagi nampaknya untuk jamboree tahun depan.


Dapat Goodies + Finisher Medal(dapat jugak!).... :)

Kawe memang puas hati dengan event kali ni. Tahniah buat para Penganjur....

Update : Ada jugak gambar kawe walaupn menyelit-nyelit. Kredit gambar kepada AnuarHussin Photography

Berkumpul di garis permulaan bersama peserta lain

 Mula kayuh, gambar depan Kak Mas dari MET(tempat ke 7 kategori wanita)

Lagi Gambar-gambar semasa Jamboree boleh tengok di laman FB HRJR 12.

Wednesday, September 5, 2012

WW : Daftar

(WW= Wordless Wednesday)

Daftar jamboree Hard Rock Jeli hari ni. Last minit punya daftar ni... :)


Wednesday, August 29, 2012

SELAMAT HARI MERDEKA 31 OGOS

(Catatan Blog sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke 55 esok, 31 Ogos)

Kepada semua pembaca blog Gatihsikal dan seluruh rakyat Malaysia, Selamat Menyambut Hari Merdeka ke-55 kawe ucapke, esok 31 Ogos 2012.


Nota: Kepada yang kayuh basikal, kayuh dengan berhati-hati. Sebabnya, Malam Merdeka biasanya terkenal dengan aksi lumba mat motor dan kereta. Kawe pun tak pasti kenapa jadi macam tu. Kalau tak lumba, tak merdeka ke? Hmmm...

Nota 2: Untuk yang berkelapangan, esok pagi kawe dimaklumkan ada kayuhan Mtb di port Mahligai(Klik Link untuk lokasi). Mungkin spesel sikit sebab kebetulan tarikh kayuhan rutin hari Jumaat jatuh pada tarikh hari merdeka.... Kawe, InsyaAllah pergi (kalau lulus permit kayuh...hehehe) ... :)

Monday, July 9, 2012

Event :Jamboree Berbasikal: Hard Rock Jeli Ride 2012

Event lepas Hari Raya :

Jamboree Berbasikal: Hard Rock Jeli Ride 2012


Untuk maklumat lanjut berkenaan acara ni, boleh tengok di laman blog penganjur :


Nota : Macam menarik je penganjuran pada kali ni. Harap laluan jamboree kali ni dah takde banyak laluan berbukit jalan tar macam tahun lepas. Insya Allah kawe akan join sama... :)

Sunday, April 1, 2012

Mengepen (Iklan) Percuma : Fox Cave MTB Jamboreeee

Iklan percuma dari ambo...


Sesiapa berminat, boleh pergi ke link ni : Fox Cave MTB Challenge 2012

Sekian Iklan percuma dari ambo.

Nak gi ko eh? :)

Thursday, February 2, 2012

Masuk Race...

(Cerita ni dah agak lama, tapi baru ada peluang untuk dimasukkan sebagai Entry....)

Pada hari sabtu 28 Jan. 2012, kawe dan kawan-kawan dari GKCC telah menyertai Uitm Machang XC Race bertempat di UiTM Machang, Kelantan. Ya, ianya adalah satu perlumbaan(race) dan bukannya jamboree. Selama kawe mula berbasikal, ni la pertama kali kawe masuk race. Dan hasilnya, tengokla sendiri...

Happy Racers.... :)
Starting line...
Starting Line-Ups....
Starting Line-Up
Lepas 1 Lap keliling Uitm...semput dah bukit tinggi sangat

Bawak penyokong 2 orang, tapi terlupa bawak pom-pom buat cheering....:)


Seorang peminat basikal nak bergambar....layan je


Statistik kayuhan :

Jarak : 22km
Mula : 8:30am
Tamat : 10:45am
Ranking: 65/70. (3 orang drop out)
Kecederaan/kerosakan: Tiada. (Alhamdulillah)

Kesimpulannya....ok la...trek mmg best. Ada lucky draw, tapi tak dapat. Cuma macam biasa, kena training lagi kalau nak dapat ranking bagus. Tengok bulan 9 ni, katanya akan diadakan lagi secara jamboree. InsyaAllah akan join kalau berpeluang.

Tahniah kepada saudara Sabri dan Atok dari GKCC yang dapat ranking top 10. Kuat kayuh haa... :)


Thursday, October 13, 2011

Jamboree UMT ,Part 3 : The Final

( Sambungan dari Part 1 & Part 2 )

Pagi 8/10 semua peserta kayuhan berkumpul di perkarangan UMT. jumpa member2 dari Mahligai Extreme Team dan Gong Kedak Cycling Club. Kawe kali ni mendaftar secara solo, dan kayuh pun secara solo jugak most of the time...

Sebelum mula kayuhan, bergambar dulu bersama member2 dari MET. Yang helmat ada antena tu = Pok Su, orang lama MET

Peserta kayuhan 400+. Khabarnya ada yang baru daftar pagi tu pun ada. tak kesahla, the more, the merrier...
Bergambar dengan Maskot kayuhan Jamboree UMT

Pertengahan Trail

Akhirnya sampai... bersama pasukan marshall bantuan dengan motocross. Walaupun tak dapat tamatkan laluan sebab peha kiri-kanan krem, tapi memang enjoy melayan trail sehingga CP1. 25km kayuh kalau mengikut meter. Lain kali mesti datang lagi sini sebab trail memang 1st class, dan penganjuran + lucky draw memang patut terima pujian. Jumpa lagi tahun depan kepada semua member yang sempat berkenalan semasa event. Sekian....


Monday, October 10, 2011

Jamboree UMT ,Part 2 : Pendaftaran

(Sambungan dari Part 1 : Perjalanan)

Sampai ke UMT hari dah nak senja kira-kira 6.15pm. terus ke kaunter pendaftaran yang terletak di kompleks sukan. Disebabkan tak tau jalan, hampir-hampir terbabas masuk ke kawasan asrama perempuan hehe... sedar dah tersalah jalan bila co-pilot kat sebelah dah mula jeling-jeling

Bergambar dulu sebelum daftar

Kreatif?

Kaunter urusetia

Dapat T-shirt, cun jugak...

Selepas daftar terus shoot ke tempat penginapan untuk malam tu...

Part 3 : Final akan menyusul. Tungguuu... :)

Saturday, October 8, 2011

Jamboree UMT ,Part 1 : Perjalanan

(Catatan Perjalanan ke UMT Mountainbike Jamboree, Kuala Terengganu)

Mula bertolak: 7 Oktober 2011, 3.30 pm
(klik gambar untuk besarkan)
Persiapan sebelum bertolak. Pomen kecil Nur Amni(anak kawe) beria2 nak tolong jugak

Basikal dah siap letak atas rak cap ayam, sedia untuk bertolak

Berhenti sekejap di Pantai Penarik bagi betul urat

Seorang lelaki(identiti dirahsiakan,hehe..) sedang praktis menarik bot. Setelah ditanya beliau berkata ia adalah sebahagian dari persiapan untuk menolak basikal di acara Jamboree esok ... :)


Singgah sekejap di acara berkuda Sultan Mizan Cup di Lembah Bidong, bawak family tengok pertunjukan kuda sempena perlumbaan endurance esok

Part 2 : Pendaftaran akan menyusul seterusnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...