Sabtu lepas, kawe telah join member2 dari GKCC recce trek mtb di Pasir Akar dalam daerah Besut, dengan ditunjuk arah oleh Sabri, rider dari area situ. Trek yang berakhir di Jeram Batu Balai memang best dan terkenal di kalangan peminat kenderaan 4x4 yang selalu membuat ekspedisi ke sana. Juga merupakan tapak empangan hidro dan kerja-kerja sedang berjalan rancak. Tapi....ada cerita di sebalik kayuhan kali ni...
(Gambar diambil dari laman FB En Roslee GKCC) Bergambar di tempat pengumpulan balak... semua posing ala-ala nak masuk majalah ni... Ni la tempat yang dikatakan...Jeram Batu Balai. View memang cantik,dapat mandi manda kat sini mmg best!
Tapi dalam perjalanan balik, hujan lebat, beb!
Semasa melintas satu sungai (sambil pikul basikal), air paras betis naik tiba-tiba hingga paras pinggang. Tapi Alhamdulillah semua dapat melintas dengan selamat...Fuhh...
Dan jalan yang kering berdebu tadi telah bertukar jadi laluan berselut tebal....
Kenal?Kawe la tu...di sebalik lapisan selut.
Kecederaan agak parah pada derailer belakang disebabkan 'Chain Suck'. Terpaksa bypass menjadi single speed, tapi masih tak dapat kayuh sebab rantai asik tercabut(chain slipped) je...kena tolak la pulak...
Akhirnya...terpaksa naik kenderaan bantuan yang dipanggil oleh saudara Sabri...tapi ada jugak 4 orang rider hari tu yang berjaya menamatkan kayuhan hari tu tanpa naik transport. Tahniah...
Keseluruhan ride, 3 Basikal mengalami rosak derailer/hanger termasuk basikal kawe...adusss...
Statistik kayuhan hari tu, jarak 20km mengambil masa 5 jam untuk dihabiskan disebabkan trek berlumpur. Nasib member dapat panggil 4x4.Kalau tak, mungkin kena camping kat dalam tu agaknya sampai malam..
Gitu la ceritanya.
Jadi kayuhan kali ni rasanya layak dicalonkan bagi anugerah gatihsikal.blogspot kategori "The MUDDIEST Ride Ever"....setuju? Pengajaran : Periksa dulu laporan cuaca sebelum pergi kayuh mana-mana trek. kalau tak mau jadi macam ni la...."bernafas dalam lumpur"...heehee
No comments:
Post a Comment