Pada Jumaat, 8/10/10 yang lepas Kawan berpeluang berkayuh ke Tok Bali bersama member-member kayuh seramai 6 orang semuanya. Pergi melalui jalan Pasir Puteh-Cherang Ruku dan balik melalui Jambatan Tok Bali. Sempat singgah di Bukit Peraksi(tempat melihat anak bulan) tapi taklah kayuh sampai ke atas cuma sampai separuh je. Untuk kayuh sampai atas kena training lain pulak...
Satu pusingan kayuh hari ni, sejauh 28+22km=50km sampai rumah. Jauh jugak tu...
Bergambar di atas jambatan Tok Bali. Berbentuk macam bukit untuk membolehkan kapal lalu di bawahnya. Semput juga nak panjat....
Laguna Semerak
Pandangan dari separuh dakian (Bukit Peraksi). Simpang jalan masuk ke Bukit Peraksi
Nota : Seorang member kayuhan, Cikgu Azhan khabarnya akan bertolak ke Tanah Suci dalam masa beberapa hari lagi. Selamat berangkat pergi dan pulang,dan semoga mendapat haji yang mabrur...