Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Saturday, September 21, 2013

Baby Seat + Pannier untuk bawak anak jalan-jalan dengan basikal


Ni la keadaan basikal kawe hanya beberapa hari sebelum nak ke Jambori Jeli. Masih lagi dilengkapi dengan Tempat duduk budak(baby seat) + pannier(orang tempat kawe panggil 'perangan') untuk bawak anak kawe kayuh makan angin petang-petang di sekitar kawasan perumahan. Onroad je, bukannya bawak gi offroad. tempat duduk+ pannier tu kawe beli kat kedai bundle je dengan harga RM40. Tapi nak memasangnya di basikal MTB kawe memerlukan tapak khas yang kawe buat sendiri. kira boleh la. Takde masalah selama diguna sebanyak lebih 5x ride onroad(pannier+seat), 1x light offroading(pannier sahaja).

Baby seat + Helmet warna pink
Selain dari tu kawe juga membeli helmet size budak untuk dipakai oleh anak kawe untuk dipakai semasa berkayuh. Untuk keselamatan.

Anak kawe buat 'muncung' sebab takleh ikut. Merajuk la tu?? :)
Untuk ke jamboree di Jeli baru ni kawe dah tanggalkan sementara tempat duduk tu. Ye la takkan nak bawak masa kayuh kat offroad pulak?

Lepas ni mungkin nak kena pasang balik, anak kawe dah hari-hari tanya ni bila nak pasang balik kerusi dia kat belakang basikal kawe... :)


Saturday, September 22, 2012

Proses Tukar Crank : BB Jammed la Pulok!

(BB = Bottom Bracket)

Proses tukat BB dan Crank pada basikal Mtb kawe minggu lepas. Sebenarnya dah agak lama kawe perasan yang BB pada basikal mtb kawe tu mengeluarkan bunyi tik...tik...tik bila dikayuh, terutama bila mendaki bukit tapi kawe biarkan je. Tapi bila lama-lama nak kayuh pun crank dah rasa berat, tahulah kawe yang mungkin bb yang bermasalah dan tiba masanya untuk ditukar. 
Crank+ bb ganti dah ada, tapi disebabakan kawe takde alat untuk bukak jadi terpaksala bawak ke kedai jugak...

 Proses bukak Crank lama (untuk gearset 8speed)...

Crankset baru. Barang sekenhand, Shimano non-series 9spd crank + Shimano BB(UN-26)...tulisan kat crank dah hampir hilang dan ada calar sikit,tapi chainring masih keadaan baik. bb tu nampak macam baru lagi...

 BB lama jammed, tak boleh bukak la pulak...macam-macam cara kawe dan pomen kedai dah cuba tapi tak boleh dibuka jugak

 Apa nak buat, terpaksa tinggal dulu basikal kat kedai sementara mencari kaedah sesuai untuk bukak bb yang jammed...

Akhirnya berjaya jugak bukak 4 hari kemudian, guna kaedah yang kawe dapat kat internet.hehehe.... kalau nak tau caranya boleh rujuk di SINI dan di sini....

Mak aii...karat + lumpur penuh, memang patut la jammed! Masuk kut celah mana pun tak tau....heran betul ni!


Akhirnya....BERJAYA! Tinggal nak setting FD(derailer depan)je lagi...Alhamdulillah...:)

p/s: Bawak je basikal kat kedai, tapi proses bukak+pasang kebanyakannya dibuat sendiri (dengan sedikit bantuan). Terima kasih kawe ucapkan kepada pemilik Kedai Basikal Mutiara di Alor Lintang, Besut, Terengganu dan kedai Engineering di Kg. Raja kerana sudi membantu dan bagi kawe guna peralatan....:)


Wednesday, July 18, 2012

Projek DIY : Sudah Siap...?



Test Ride ke Jeram Pasu, 13/07/2012. 30km onroad

Nampaknya usaha kawe untuk menaiktaraf sistem gear, sistem ampaian(fork) dan beberapa perkara lain pada basikal mtb telah dapat dibuat dengan lancar. Alhamdulillah. Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan projek ini : Akmal Hizam(khidmat nasihat, sumbangan peralatan), BC Kelolo(beli barang dapat diskaun), kedai beskal BSL Tanah Merah(pemasangan cassette), Wan's Cycle(order barang), Otai2 BBS(khidmat nasihat), pengendali, penjual (&pembeli...hehehe) di BBS, abang posmen, pekerja kaunter poslaju, dan tak lupa kepada Isteri tersayang yang sentiasa memberikan sokongan... :D
Test ride pada hari Jumaat lepas mendapati semua peralatan dapat berfungsi dengan baik walaupun komponen dari gred campuran(macam beras gread campuran pulak...hehehe). Tapi belum benar2 test lagi sebab kayuhan hanya atas jalan tar je hari tu, kat trail belum lagi.
Mungkin ada peluang lagi untuk test sebelum bulan puasa, sebab dengarnya pagi esok(Jumaat) ada geng ajak kayuh kat trail baru area jeram pasu. Kepada sesiapa yang berminat nak join, berkumpul di depan S K  Padang Pak Amat, jam 8.00pagi. Eh, dekat rumah kawe la tu! InsyaAllah....:)

Nota: Selamat menyambut Ramadhan kepada semua, dan selamat berpuasa! "Kayuh, kayuh juga, amal ibadat jangan dilupa". Pesanan ikhlas dari kawe.....:) Di kesempatan ini juga kawe ingin meminta maaf sekiranya ada tersalah-tersilap selama menulis di blog ini, sama ada yang disedari atau tak, dan juga kepada member yang sama-sama berkayuh kalau-kalau ada perbuatan, perkataan & gurauan yang menyinggung perasaan tanpa disedari.

Monday, July 2, 2012

DIY : Tukar Pelana


Fasa terbaru projek DIY kawe adalah menukar pelana yang lama(cover ada terkoyak sikit) kepada pelana yang baru(barang sekenhen tapi masih baru). Pelana adalah dari brand WTB dan asalnya dari basikal lipat jenama Dahon. Tak kisahla jenama apa pun, yang penting adalah selesa, tahan lasak dan MURAH.... :)
Caranya simple je, ikut saje apa yang ditunjukkan dalam Video Link di bawah ni. Bagi kawe bahagian pasang tu mudah je, yang mungkin susah sikit adalah meng'adjust' kedudukan dan kecondongan pelana supaya sesuai dengan bon...err... bahagian tubuh yang akan diletak di atas pelana tersebut nanti. Ada la dalam 3-4 kali 'adjust' baru la kena dengan ukuran yang selesa.

Video link :

How to Change a Bicycle Saddle(eHow)


Ini pulak link berkenaan cara memilih pelana yang sesuai, cara untuk 'adjust' dan sebagainya(in english) : 

A Comfortable Bicycle Saddle(sheldonbrown)

Kepada semua, selamat meng'adjust' kawe ucapkan!! :D

Tuesday, June 26, 2012

DIY : Tukar Stem

( DIY = Do It Yourself  =  Buat Sendiri @ Sendiri Bikin )


Sambungan kepada Projek DIY kawe. Yang terbaru adalah menukar Stem (pemegang hendal) lama dari jenis standard kepada stem baru yang berukuran lebih panjang. Barang adalah dibeli 'sekenhand' dari pemilik basikal Giant dengan harga yang amat berpatutan secara online. Tujuan utama kawe memasang stem yang lebih panjang adalah untuk mendapatkan 'reach' yang lebih selesa semasa berkayuh. Tambahan stem ni adalah lebih ringan(sikit) dari stem lama.

Stem lama bersaiz standard.  Pada firasat kawe ianya agak pendek sikit kalau untuk orang yang tinggi macam kawe. (Baru terasa selepas pakai setahun lebih. Hehe...)

 Proses Mengukur kedudukan stem baru sebelum pasang. Perbezaan dalam 10-15mm. Brand Giant juga sesuai untuk orang yang bertubuh saiz giant@besar, kot? :)

 Stem baru selepas siap dipasang pada basikal. Proses menukar stem lama kepada stem baru, rujuk panduan (video) di bawah... Sumber video didapati dari sini: (Link)

Pandangan dari sisi depan.

Selesai lah proses DIY tukar stem. Alhamdulillah.  Next .... :)

Panduan video proses menukar stem pada basikal :

Video 1 (membuka) & Video 2( Memasang). Enjoy!









































Nota : Terima kasih kepada member yang telah sudi memberi sumbangan spacer (carbon!!) dan housing cable end caps untuk projek pemasangan DIY kawe ni. Jazakallah khoiran katsira... :)

Sunday, June 10, 2012

DIY Upgrading : Update Gambar

Gambar2 Progress :

Proses tuning rear derailer....
Selesai jam 2.30 AM...ZZZzzzz dulu.....
Kaset 9spd Deore dengan rantai juga untuk 9spd. Jumlah gear bertambah tapi berat berkurang. Heran??
Bar Hendal dengan kawalan gear(shifter) 3 X 9, Brake lever cap ayam dan Ergo Grip dengan bar-end tanduk. Plastik nasi berlauk tak termasuk dalam senarai upgrade ini.. :)

Morning Test Run : beli nasik berlauk pagi

99.9% Complete, Nak kena buat fine-tuning je sikit lagi bagi lancar. Alhamdulillah.... :))



Thursday, June 7, 2012

DIY: Gropset Upgading

Upgading dari 8 ke 9 speed. Status : in progress

 barang yang diterima melalui pos

Kerja-kerja pembersihan bar hendal daripada groupset lama. Sila abaikan pemandangan di bilik store/bengkel yang kuca lana 

Kerja-kerja pemasangan (in progress)

Harap Doakan kejayaan kawe dalam melakukan kerja-kerja upgrading sendiri bikin ini. Amin.... :)

Wednesday, January 4, 2012

DIY : Tempat Parking + Workstation

(Entry Pertama tahun untuk 2012... Selamat tahun baru!)

Musim tengkujuh datang lagi... :/ Sebab tak dapat nak kayuh sangat, jadi inilah dia Projek terbaru kawe sempena musim tengkujuh (gelombang ke-2) ...

Tempat parking basikal secara tergantung kat dalam store. menggunakan rak basikal(sangkut belakang kereta) yang disangkut / ikat pada jeriji tingkap. Juga boleh diguna sebagai bike stand / workstation semasa nak membuat apa-apa servis pada basikal.

Siap dengan cover... :D

p/s : perasan tak platform pedal warna putih yang baru dipasang dalam gambar, sekali dengan rotor disc brek depan & Rear derailer . Semuanya dibeli secara online( Rujuk entry kawe sebelum ni: Beli Atas Talian). Semua tu pun kawe servis & pasang sendiri jugak. Terpaksa buat servis D.I.Y ala-ala cerita 'McGyver' je sebab alat / tools yang ada masih tak cukup.hehe...

Monday, December 26, 2011

Berbasikal Dalam Rumah?


Jumpa satu entry dari Baikbike mengenai alat senaman 'Bike roller' yang dibuat sendiri(DIY). Sangat sesuai diguna untuk mengekalkan stamina terutama semasa musim hujan dan tak boleh kayuh di jalanan. Menarik juga. Mungkin boleh cuba buat lepas ni? :)



DIY Bike Rollers

by BaikBiker | Posted on Friday, December 23rd, 2011
DIY Bike Rollers

It is my personal belief that many people own bicycles, and that many of those people aren’t interested in riding for pleasure / exercise when it is raining, snowing, dark, etc. outside, and that many of those people would ride their bicycle indoors if they had a fun and challenging device that allowed them to do so, and that many of those people would build such a device themselves if given the encouragement and advice to do so. Thus, if my calculations are correct, this Instructable my indeed be appropriate for, and benefit many people.

Baca artikel penuh di sini.


Wednesday, September 14, 2011

Berkulat dah...

Semalam kawe masuk bilik stor tempat simpan peralatan cycling yang dah lebih sebulan terperap kat satu sudut( Cuti bulan Ramadan)Bila dibelek-belek, nak tau apa kawe jumpa?

Hydration Bladder Pack (beg isi air yang bersambung dengan hos) dah tumbuh kulat/fungus kat dalamnya.Aarrgh...! camne nak buat ni? Baru je berapa kali guna,sayang betul kalau nak buang gitu je. Nak dapat punya la payah...

Kawe search kat internet, nasib baik la jumpa satu tips di blog bro Riezal tentang cara-cara nak cuci bladder bag yang dah berkulat..heh...Tengok sini : How to clean your Hydration Bladder pack

Kawe dah cuba buat malam tadi(Tapi kawe tak guna Poliden,kawe guna benda lain: sabun basuh botol susu anak). Sekarang Hydro Pack tu dah fungus-free. Thanks Bro! Bye-bye kulat! :)

p/s: Masih menunggu sambungan cerita di blog 'Balada Seorang Suami Mountainbiker Jalanan' bro Riezal. Apa cer bro, password ilang kaa...?
Update: Sekarang blog ni dah di'update', kawe tarik balikla. Sori bro, Saja je bikin panass... ;)

Tuesday, December 14, 2010

Tips : Cara Membetulkan Rantai Tercabut





Pernah tak mengalami rantai tercabut semasa berkayuh? Kawan pernah, 2 kali semasa berkayuh kat offroad. Sekali tu berlaku dalam hujan lebat. Masa tu, terkial-kial jugak la untuk betulkan, sedangkan member-member yang kat depan semakin jauh. Bawak ke kedai? Jangan mengarut, kat tengah-tengah hutan mana ada kedai basikal. Kalau ada pun jumpa kedai kat tengah-tengah hutan macam tu, betul ke yang jaga kedai tu....manusia? Ishh...




Nak tak nak, kena la betulkan sendiri. kat sini kawan ada nak kongsikan video dari Videojug mengenai cara-cara membetulkan rantai basikal. Di dalam video ni, ditunjukkan cara membetulkan rantai Roadbike, tapi secara asasnya semua rantai adalah sama di antara Roadbike dan Mtb. Fixie, tak pasti pulak Kawan...









Step 1: Hook back on
The easiest way to do this is to hook the chain onto the bottom sprocket and pedal backwards. Don't try and hook onto the top of the chain ring, always hook onto the bottom and pedal backwards
Step 2: Pedal
Now pedal forwards until it is in the right gear or keep changing gear until the chain pedals smoothly.
Step 3: If it's jammed
Sometimes the chain gets jammed between the smallest sprocket and the frame. In this case, it's a good idea to loosen the quick release and undo the wheel nut to ease out the chain. The quick release is simply opened by pulling the lever. Pull it open so you can loosen the wheel nut on the other side. Now adjust the chain like before. When closing the quick release, you should be able to close it completely. It should be tight, but not too hard to push. If it feels too tight, loosen the wheel nut by the derailleur. Likewise if it's too loose, then tighten the wheel nut.
Step 4: Final checks
Before you ride away, make sure you are in a comfortable gear. Pedal and change gear on both the rear and front derailleur.




Untuk baca Artikel Penuh : How To Put On A Bicycle Chain (BaikBike.com)




Nota : Selepas beberapa kali kayuh dalam hujan, rantai basikal dah mula menunjukkan tanda-tanda karat. Mungkin nak kena servis rantai pulak lepas ni.... DIY Mat Yoe style.....:)

Tuesday, November 30, 2010

DIY : Tips Mengelakkan Cable Rubs

Aii...rajin dan semangat betul update blog sekarang ni ye. Yelah, sejak design baru blog, jadi semangat sikit...:)


Kali ni Kawan nak tulis mengenai satu projek DIY ataupun Do-It-Yourself yang baru dijalankan di... mana lagi kalau bukan kat basikal Kawan. Kalau projek DIY baiki rumah mungkin kurang sesuai untuk letak kat blog ni kot...


Okey. Idea untuk buat projek ni datang selepas Kawan habis kayuh kat Trek BML tempohari. Tengah basuh basikal, baru terperasan yang kat headset terutama kat logo basikal dah ada kesan-kesan calar akibat bergeser(ke bergesel?)dengan housing cable. Teruk jugak, sampaikan huruf 'h' dah tak berapa nampak. Tak boleh jadi ni...


Jadi Kawan pun mula la cari-cari kat internet, dengan bantuan daripada en. google. Banyak site yang mencadangkan supaya tampal sticker di tempat(frame) yang bersetuhan dengan cable housing. Kawan kurang setuju dengan cadangan tu sebab dah cuba kat basikal yang dulu, lama-kelamaan stiker tu akan haus juga terutama apabila basikal digunakan secara agak lasak. Cari lagi dan jumpa satu tips yang agak menarik dan boleh dicuba dari blog mtb saudara akmal(link). Thanks bro...keep it coming, yeah!


Balik dari kerja semalam, sempat singgah di kedai basikal untuk mencari barang yang diperlukan. Sempat kidnap barang yang diperlukan(dengan kebenaran dari tokey kedai)...kepada encik Malik tokey kedai basikal: terima kasih ye!!(itu bashguard bila mau sampai haa...?hehe...)


Dan inilah barang yang diperlukan. 1 unit cable tie, 2 tiub plastik yang dipotong sepanjang kira-kira 10mm setiap satu...semuanya barang-barang recycle, untuk menjimatkan kos...






Tiub plastik ada satu je, jadi Kawan gunakan pemegang tali jam tangan yang dah tak digunakan sebagai ganti...:)



Langkah pertama, buka skru yang menyambung kabel ke derailer/brek belakang, lepaskan cable dari sebarang penyangkut yang melekatkannya ke frame(kalu guna cable tie mungkin terpaksa potong cable tie tu). lepastu masukkan cable dan housing melalui tiub yang telah dipotong tadi. terus gerakkan tiub di sepanjang laluan sehingga tiub tadi berada berhampiran headset, bahagian bawah. Ulang untuk setiap cable kecuali brek hadapan(dan remote lockout kalau ada) dan masukkan cable tie pada kedua-dua tiub plastik. Pasang balik hujung cable kepada brek/derailer. Langkah seterusnya, ada 2 pilihan bergantung kepada jenis headset. kalau yang jenis integrated headset, cable tie melalui bahagian bawah headset bearing housing. Kalau normal headset, buleh letak di bahagian atas bearing housing. ikat cable tie (dengan kemas tapi tinggalkan sedikit ruang untuk pergerakan), potong bahagian yang berlebihan dan WALLA.... dah siap! Hasil kerja yang dah siap sepatutnya nampak macam ni:



Pandangan dari depan. kelihatan 2 cable dalam tiub sebelah kiri, 1 di sebelah kanan basikal.(nampak jugak logo depan basikal dah hilang satu huruf 'H'...huwaaaa)






Pandangan sisi...kemass... No more cable rubs!


Senang dibuat, jimat, berkesan...

Sekarang, tinggal nak test je lagi...mungkin hari Jumaat ni?


Nota : hadiah 'writing contest' tempohari dah sampai. Terima kasih BaikBike!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...