Sunday, July 17, 2011

Kayuhan Trek BML(Reverse), 15/7/2011

(Bukan mengenai kayuh basikal ke belakang...'Reverse' = arah secara terbalik)

Pada hari Jumaat lepas, kawe berpeluang untuk pergi berkayuh mtb di trek BML(Bukit Moklipoh) bersama-sama member dari Mahligai Extreme team. Kayuhan sejauh kira-kira 20km (ikut meter kawe) mengambil masa 2.5 jam dan disertai oleh kira-kira 20 orang riders. Perkataan 'kira-kira' tu adalah sebab ada rider yang bermula dari port station dan ada juga yang join di pertengahan trail. Last-last orang yang buat 'headcount' pun tak pasti jumlah sebenar rider yang ikut. Tapi yang pastinya, semua riders selamat keluar.. :)

Punya la lama tak datang kayuh sini, sampai jalan trek pun dah banyak yang berubah berbanding masa last kawe datang dulu(link).

Kali ni keputusan dibuat adalah untuk berkayuh di trek secara 'Reverse' iaitu secara bertentangan dengan laluan kayuhan biasa yang dilalui dalam kayuhan sebelum ni.

Gambar yang sempat diambil semasa kayuhan( klik pada gambaruntuk Besarkan, kecuali pada gambar paling 'last' yang memang saiz asalnya kecik)



Sampai di Port Station Mahligai,8.15am

Jalan tali air sebelum mula trek offroad

Tengah sedap melalui jalan offroad, tiba-tiba je ada projek perumahan kat tengah-tengah ladang sawit. Entah bila naik pun kawe tak tau...

Atas bukit botak(dulu botak, sekarang dah berjambul)

kena lalu trail di lereng bukit. eh istana apa pulak kat hujung sana tu?

Sampai di trail DH Bukit Botak.
Ni bukit yang ke-3 kena tolak...

'Take 5' di Trek Downhill Bukit Botak. Rupa-rupanya ada member dari kl yang pancit tayar. ada juga rider yang berani nak cuba-cuba trek ni haritu.

Sampai semula di port jam 11.15am. Sempat lagi pergi pasar selepas tu...

Kawe, sebagai jurugambar tak rasmi(lantik diri
sendiri) dalam kayuhan kali ni kerana saudara Webmaster(WM) tak datang pada kayuhan kali ni. tapi takpe, kayuhan kali ni memang best! :)

Statistik Kayuhan

Jarak: 20 km
Masa diambil : 2.5 jam
Trail : 80% offroad, 20% gravel(jalan tali air)
Hidupan liar dijumpa : sekawan lembu liar, kesan 'fresh' babi hutan
Pacat ikut balik rumah: 2 ekor(Eewww...)
Tayar pancit & kerosakan lain : tiada, Alhamdulillah
Kaki krem & kecederaan lain: tiada(kecuali 2 kesan gigitan pacat..hehe), Alhamdulillah

p/s: syabas kepada semua peserta kayuhan Fox's Cave Mtb Jamboree pada minggu sebelumnya. Maaf kawe tak dapat pergi kayuh sama pada haritu sebab ada komitmen lain, walaupun rancangan pada asalnya nak pergi. Khabarnya best juga trek kat sana...


Thursday, July 14, 2011

Kayuhan QC


Kawe dan anak kawe yang nampaknya semakin minat kayuh beskal. Dia pun nak ikut kayuh jugak, jadi kawe bawak dia kat jalan tali air sejauh 1km sebelum pusing balik

Kayuhan pada 9/7/2011 sejauh 35km di sekitar daerah Besut. Laluan on-road dari Kerandang-Kg Raja- Kem TUDM Gong Kedak- Seberang Jertih-Taman tepi sungai masjid Hadhari- Kedai baulu bakar-Kerandang.. :)

Cuaca mendung je sepanjang perjalanan. Sekali nampak macam nak hujan tapi tak jadi. Syukur la jugak sebab kawe tak bawak baju hujan hari tu.

Kayuh solo je, sebab member kayuhan lain khabarnya kena standby/kerja hari tu. Nak buat cemana....

Tujuan kayuhan hari tu (selain dari bersenam bagi keluar peluh dan melepas gian kayuh beskal) adalah bagi menjalankan QC testing bagi beberapa barang aksesori basikal yang baru dapat beberapa hari sebelumnya.

1. Top Tube Bag - beli melalui online dari GerekGear
2. Hydration Bag : beli semasa hari terbuka PU Gong Kedak(rujuk entry sebelum ni)
3. Hanger Derailer belakang(RD) : untuk ganti hanger yang bengkok semasa kayuh offroad di Pasir Akar(link) beli kat WanCycle.

Juga untuk test setting RD selepas pasang hanger baru.

Top Tube Bag
Hydration Bag(pandangan atas) & hanger RD

Mendaki bukit Tangki Air di Bukit Puteri. Jumpa bukit je, tak jumpa puteri

Kem TUDM
Testing jambatan gantung baru siap di Taman Tepi sungai...

Statistik Kayuhan:

Jarak : 35km
Masa kayuhan : 2 jam
Air diminum semasa kayuh : 1.5L
Makanan dilantak semasa kayuh : tiada
Anjing jahat dijumpa: 1 ekor kat atas bukit
Tayar pancit & kerosakan lain : tiada, Alhamdulillah
Kaki krem & kecederaan lain: tiada, Alhamdulillah

Review akan menyusul kemudian, kalau rajin... :)


Thursday, July 7, 2011

Kayuhan Angkasa Raya 2.0: Sukhoi UpClose

(Entry ni adalah sambungan daripada entry kawe yang terdahulu, Kayuhan Angkasa Raya : Hari Terbuka Kem TUDM Gong Kedak)

Setelah lama menunggu, akhirnya Hari Terbuka TUDM di Pangkalan Udara Gong Kedak diadakan lagi pada tahun ni pada 24-25 Jun 2011. Sempat la kawe pergi bawak family pegi tengok jet. Dan secara ringkasnya dari pandangan kawe, rasanya acara kali ni lagi 'best' berbanding acara pada tahun lepas. Kenapa? Haa....sila tengok gambar2 di bawah yang sempat diambil semasa acara berlangsung selama 2 hari(dan kawe pergi 2 kali!) :)

Paling best, dapat tengok Jet Pejuang Sukhoi, antara aset pertahanan negara paling canggih dari dekat. Berapa dekat, demo tanya? sangat dekat.kalau lagi dekat mau benjol kepal terantuk kena bucu sayap. Takpun terbakar jadi abu kalau enjin tu sedang 'on', atau kena sedut masuk dalam airvents. Nasib baik, enjin tak 'on'..... :)

Selain pada tu ada lagi yang menarik, macam pertunjukan payung terjun oleh pasukan khas udara(PASKAU), masuk dalam pesawat pengangkut, pameran helikopter. Dan macam tahun lepas, Wan's Cycle pun ada bukak booth jugak pada hari pertama. Sempat juga jumpa beberapa orang member dalam kem TUDM yang sama-sama kayuh basikal(dan sama-sama Berbasikal dalam Lumpur...hehehe)

Dan lagi, kawe dapat mengumpul lagi satu 'momento' bertemakan basikal dan military. kalau pada tahun lepas kawe sempat sambar sehelai jersi cycling bergambar Sukhoi, tahun ni, jeng...jeng....hydration beg(3L) 'Spec Ops' standard military menjadi habuan. Memang kawe lama dah cari hydration/bladder bag untuk dibawa semasa kayuh, dan pada haritu ada gerai jualan barang-barang military dibuka. Macam-macam dijual kat situ, dari baju-T, keychain, sehingga la ke topi 'camo'. Baju untuk penyamaran pun ada, tapi rasanya untuk display je. Yang paling menarik minat kawe haritu tentulah 'hydration bag'. Selepas tawar-menawar, kawe sempat la sambar satu. Harga? Biarlah Rahsia..hehe.tapi harga special la sebab masa tu abang yang jual tu dah nak mula kemas barang-barang jualan untuk dibawa balik. Beg ni boleh diguna semasa operasi,sesuai juga semasa kayuh mtb. Pelik, tapi benar....

Jet Sukhoi baru lepas mendarat lepas buat airshow. Bahang panas enjin masih rasa walaupun jarak agak jauh. Kalau pergi dekat lagi mungkin rentung kena api enjin jet tu...(link)

Pertunjukan payung terjun oleh pasukan PASKAU. Masa landing sentiasa jatuh 'on target'.Terer sungguh demo ni...

tercucuk mata tu karang, naya... :)

Sempat bergambar bersama tarikan utama acara hari terbuka, Jet Sukhoi SU-30MKM. Tengok berapa ramai yang dok kerumun nak tengok dari dekat. Ye lah bukan selalu dapat tengok dari dekat...

Hydration beg. Mungkin perlu 'modify' sikit sebelum boleh bawak berkayuh.baru terperasan jalur reflective takde, tak macam beg lain yang ada di pasaran. Hos jugak disalut dengan kain, mungkin untuk menambah ketahanan/elak dari berkilau bila disuluh. Ciri lain yang berbeza adalah tali strap menggunakan kancing yang boleh ditanggal dengan mudah. Fabrik adalah dari jenis campuran NOMEX, katanya(klik link untuk keterangan lanjut).

Keputusan, sangat puashati dengan event kali ni. Harap tahun depan diadakan lagi. :)

p/s: dah macam blog jet TUDM pulak jadinya. maaf la ye kalau terlebih 'detail' pasal benda2 lain selain basikal, tapi minat kawe ada macam-macam...

Thursday, June 30, 2011

Permulaan Baru


Bacaan Odometer masih pada 0.0

Meter yang hilang semasa menyertai Jamboree Jeli yang lalu dah ada pengganti dari jenis yang sama, dan meter lama bersama 'milage' yang dah mencatatkan 900km+ pada meter hanya tinggal memori(chewah!).

Mungkin nak kena ikat pulak untuk elakkan daripada terjatuh/terhilang next time kawe sertai mana-mana jamboree.

Cakap pasal jamboree, masih lagi dalam dilema nak ikut serta ke tak Fox's Cave Mtb Jamboree pada 9 Julai ni. Tarikh tutup pendaftaran pada 3hb Julai.Hmmm....

Thursday, May 19, 2011

Terpengaruh?


Ni la gambar anak kawe yang sulung Alya masa kayuh basikal di waktu petang beberapa hari lepas. Masih lagi ada tayar trainer sebab umur baru 5 tahun. Mula mengayuh sejak umur 3 tahun.

Anak kawe ni kalau kayuh basikal memang minat. Pantang ada peluang mesti nak keluar kayuh basikal(Eh mengikut minat kayuh basikal macam sapa ye?hehe...), jadi untuk safety kawe pun beli la helmet basikal dengan pelindung lutut. Lepas ni mungkin nak kena cari pelindung siku dengan glove pulak.

Kayuh haritu kat jalan tar je sekitar kawasan perumahan, tapi ada la sikit-sikit lopak kering kesan jalan rosak bekas laluan tayar lori yang terlebih muatan. Alya(panggil kakak) kayuh kat depan sementara kawe ikut kat belakang. sampai kat jalan rosak dengan tak semena-mena terus dia buat aksi ala-ala downhill dengan menghalakan tayar depan ke lubang bekas tayar lori yang agak dalam, sedangkan lubang tu boleh dielak ke jalan yang tak rosak. Siap dengan off-saddle pulak tu. Berdebar gak kawe takut kakak jatuh, tapi Alhamdulillah tak, siap dapat naik ke jalan tar semula. Lepastu kawe tanya, 'mana kakak belajar naik basikal lagu(macam) tu? 'ala kakak tengok ayah naik basikal ayah lagu tu,kakak ikut la', sambil sengih. Haiyya....sori kakak, tak sengaja kawe dah bagi pengaruh kat dia. Haru sungguh! :)

Nota ; kadang-kadang kita tak sedar pun yang perbuatan kita ni dapat memberi pengaruh kepada orang lain, terutama kepada anak-anak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...