Hari Selasa, 1 Muharram 1432H. Satu rancangan telah diatur bersama-sama member MET untuk berkayuh pada hari tu yang merupakan cuti umum. Kayuhan kali ini agak istimewa kerana beberapa sebab : 1. rasanya kali pertama kayuh di BML dibuat pada hari selain dari hari Jumaat, 2. Kayuhan kali ni disertai member-member dari GKCC seramai 4 orang, menjadikan jumlah rider dalam kayuhan kali ni 20 orang. Pernah kayuh dengan Team GKCC beberapa bulan lepas<link> 3. Kayuhan mtb kali ni dibuat selepas hujan yang turun dengan agak lebat sejak beberapa hari sebelumnya.
Pada kayuhan kali ni, selut dan lumpur dah tak boleh nak elak dah, dan beberapa kali kena angkat basikal disebabkan jalan dan jambatan kayu dihanyutkan oleh air. Paling tak dapat dilupakan, pengalaman terjerumus ke dalam pasir jerlus sehingga hampir ke paras lutut. Kasut pun hampir tercabut, nasib baik sempat selamat! Laluan kali ni memang mencabar disebabkan cuaca yang hujan tak berhenti. Walaupun jaraknya lebihkurang sama dengan kayuhan yang sebelum ini, kira-kira 20km, masa yang diambil lagi lama, kira-kira 3 jam lebih untuk balik semula ke port berbanding biasa hanya 2 jam lebih. Kayuhan kali ni juga menggunakan trek bawah dan tidak naik ke atas bukit(trek DH).
Apa pun, kayuhan kali ni memang paling mencabar dan juga paling best yang kawan sertai setakat ini di BML. Syabas dan terima kasih diucapkan kepada semua member-member kayuhan hari tu di atas semangat kerjasama yang ditunjukkan semasa menghadapi laluan yang sukar dan juga semasa ada member yang mengalami kerosakan pada peralatan-tercabut cranks! Gambar yang sempat di'snap' pada hari tu...
Kerosakan pada basikal salah seorang member kayuh - cranks tercabut!
Group picture yang tak jadi. Mungkin sebab ada air yang terlepas masuk ke kamera hp Kawan semasa berkayuh...sori ye kawan2.....
Selepas melalui kawasan berpasir jerlus...kena basuh basikal dulu sebelum kayuhan dapat diteruskan...
Member2 dari GKCC...En. Aidi & HogenBest....
"Apa yang penting, kerjaa...samaa..."Semangat saling membantu ketika manghadapi laluan sukar, sesuai dengan semangat Maal Hijrah(ada kaitan ke?of course...)-*Gambar diambil dari laman fb saudara Boheng Heng...*
Nota : Selamat berjuang kepada member-member MET dalam Kayuh Lasak di P. Pinang dan member-member dari GKCC di dalam Kayuhan ATM di Lumut, Perak. Kedua-dua event akan dibuat pada hari yang sama, Ahad 12 Disember 2010. 'All the Best' Kawan ucapkan...Kayuh sampai Lenguh, bro's!
No comments:
Post a Comment