(sambungan daripada entry sebelum ini, RTW Route)
(sekali lagi, RTW membawa maksud Ride To Work ataupun Berbasikal ke tempat kerja, bukan Round The World seperti yang dikatakan pakcik gugel...)
Bertolak : 7.55 am.
Sampai : 9.15 am.
Jarak : 22km(anggaran je sebab meter problem)
Alhamdulillah, perjalanan dilalui tanpa halangan yang sukar, kecuali di bahagian pendakian yang agak mencabar dan laluan jambatan sempit di Kg Batu Tapong di mana sebuah bas memotong secara berbahaya di laluan 'double line'. Lupa pulak nak catat nombor bas sebab sibuk mengelak ke tepi masa tu...
Gambar yang sempat di'snap' sepanjang perjalanan...



Update : Perjalanan balik dilalui dengan selamat tanpa apa-apa insiden, dan cuaca sepanjang perjalanan pun cerah. Alhamdulillah. Mengalami krem kaki yang tak serius pada malamnya tapi lega selepas diurut dengan sedikit minyak panas. Terima kasih duhai permaisuriku kerana memberi sokongan yang tak berbelah bahagi kepada aku dan aktiviti berbasikalku ini... jiwang siket :D
tahniah der!
ReplyDelete22km tu jauh juga tu.
kayuh dan kayuh lagi.
ride safe ya.
/Akmal Hizam
ReplyDeleteTerima kasih. 22km kali dua, tapi jalan balik dah kurang climbing, banyak downhill pulak.
Safe,InsyaAllah (have to keep telling myself that with the cars,buses and lorries whooshing by at top speed).
Jaket yang ada lampu tu berapa ye bro? :)