Sunday, April 1, 2012

Kongsi : Keselamatan semasa berkayuh

Nasihat & saranan yang berguna, Dikongsi dari blog basikalipat.blogspot.com

“Setiap amalan itu dengan niat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kemalangan maut cyclist Le Tua - Pandangan Peribadi saya

Pertamanya, saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Rafizi Hamdan, 37 tahun. Semoga tabah dalam menerima pemergian Allahyarham.

Sesungguhnya ajal maut itu telah ditetapkan oleh Allah dan tidak akan dicabut nyawa dari badan sesaat awal mahupun sesaat lambat. Oleh itu kita hendaklah sentiasa bersedia untuk menghadapi sakaratul maut itu kerana kita tidak tahu bila saatnya. Yang pasti selangkah kita bergerak, selangkah juga kita mendekati maut.

Saya tidak mahu komen berkenaan peristiwa yang sudah berlaku cuma saya ingin melihat kehadapan persediaan kita dalam aktiviti berbasikal kita yang mendatang. Saya ingin lihat dari persediaan peribadi kita setiap kali turun ke gelandangan, jalan raya mahu pun bukit bukau atau sawah bendang.

  • Mulakan niat untuk berkayuhan dengan niat riadah - suatu ibadah
  • Pakailah pakaian yang sesuai dengan keadaan - yang pastinya menutup aurat
  • Bacalah bismilah dan doa sebelum keluar rumah - disertakan surah al-fatihah, ayat kursi dan lain-lain
  • Mulakan perjalanan dengan membaca doa menaiki kenderaan - Rasulullah dah ajar...
  • Berdoa dan bertawakkal kepada Allah agar perjalanan kita sentiasa dilindungi dan dihindari sebarang musibah
  • Iringi setiap kayuhan dengan ucapan membesarkan Allah - tahlil, tasbih, tahmid atau takbir
  • Mengucap syukur (Alhamdulillah) setiap kali sampai ke check point dan tamat kayuhan
  • Segerakan yang wajib (solat fardhu) setiap kali masuk waktunya - takut tak sempat
  • Mengucap salam dan senyum kepada pengayuh atau orang-orang yang kita jumpa sepanjang perjalanan
  • Sentiasa bersabar dalam meniti dugaan-dugaan yang mendatang sepanjang aktiviti
  • Jaga kebersihan persekitaran dan tidak membuang air merata-rata tempat
Wallahu a'lam. Semoga kita sentiasa dapat manfaat dalam aktiviti duniawi kita dalam menuju alam akhirat. InsyaAllah.

Baca artikel asal di :

basikalipat.blogspot.com

Mengepen (Iklan) Percuma : Fox Cave MTB Jamboreeee

Iklan percuma dari ambo...


Sesiapa berminat, boleh pergi ke link ni : Fox Cave MTB Challenge 2012

Sekian Iklan percuma dari ambo.

Nak gi ko eh? :)

Thursday, March 15, 2012

Aktiviti Minggu Ini (Bergambar)

(Mode : Malas)

Tak sempat(sebenarnya malas) nak tulis banyak2. Tapi dalam hati semangat nak hapdet blog. Agak sibuk (buat-buat sibuk) sekarang ni, nak Kayuh pun tak berapa sempat, tambah pulak tak berapa rajin. Tapi kayuh tetap kayuh, rajin ke malas itu lain cerita...:)


Peralatan baru : set brek bagi menggantikan peralatan lama yang dah barai. Macam biasa, beli kat BBS. dan macam biasa, beli barang terpakai tapi masih dalam keadaan baik.

Solo Morning Ride ke Jeram Pasu, Jumaat 9/3/2012. Gambar di atas sebagai bukti... ;)

Lost Waterfall, tapi kali ni dah tak 'lost' dah macam sebelum ni... :D

Singgah kebun jap...
Balik rumah & disambut Si Putih@ Shiro(versi kucing)??

Peralatn baru berfungsi dengan baik, cuma perlu setting sikit cable tension.


Statistik kayuhan:

Jarak : 15.8km. Onroad 70%, gravel 20%, mud 10% on d way ke air terjun

Masa kayuhan: 2 jam

Kerosakan : tiada

Kecederaan : tiada

Apa-apa pun, Alhamdulillah.... :)


Wednesday, February 29, 2012

Rabu Tanpa Kata : Beca

(Ni kali pertama kawe nak cuba buat Wordless Wednesday, ye macam ni ke? Hantam saja la....)

Jumpaan semasa RTW haritu...





Sekian... :)


Thursday, February 2, 2012

Masuk Race...

(Cerita ni dah agak lama, tapi baru ada peluang untuk dimasukkan sebagai Entry....)

Pada hari sabtu 28 Jan. 2012, kawe dan kawan-kawan dari GKCC telah menyertai Uitm Machang XC Race bertempat di UiTM Machang, Kelantan. Ya, ianya adalah satu perlumbaan(race) dan bukannya jamboree. Selama kawe mula berbasikal, ni la pertama kali kawe masuk race. Dan hasilnya, tengokla sendiri...

Happy Racers.... :)
Starting line...
Starting Line-Ups....
Starting Line-Up
Lepas 1 Lap keliling Uitm...semput dah bukit tinggi sangat

Bawak penyokong 2 orang, tapi terlupa bawak pom-pom buat cheering....:)


Seorang peminat basikal nak bergambar....layan je


Statistik kayuhan :

Jarak : 22km
Mula : 8:30am
Tamat : 10:45am
Ranking: 65/70. (3 orang drop out)
Kecederaan/kerosakan: Tiada. (Alhamdulillah)

Kesimpulannya....ok la...trek mmg best. Ada lucky draw, tapi tak dapat. Cuma macam biasa, kena training lagi kalau nak dapat ranking bagus. Tengok bulan 9 ni, katanya akan diadakan lagi secara jamboree. InsyaAllah akan join kalau berpeluang.

Tahniah kepada saudara Sabri dan Atok dari GKCC yang dapat ranking top 10. Kuat kayuh haa... :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...