Sunday, December 4, 2011

RTM - Ride To Mesjid

(Mesjid atau Masjid, adalah merujuk kepada perkara yang sama walaupun ejaan berbeza. Tapi di tempat kawe biasanya orang sebut 'ssejik' )

Basikal MTB dengan peralatan tambahan untuk melakukan RTM

Lama tak kayuh. Basikal dok terperap je kat dalam store sebab cuaca musim tengkujuh yang membawa hujan yang lebat. Ada juga tempat yang dilanda banjir. Jadi kawe mengambil kesempatan 'cuti berkayuh' ni untuk melakukan aktiviti servis pada basikal. Jadi pomen basikal sendiri la kiranya... :)
Hari Jumaat yang lepas, didorong oleh keadaan cuaca yang baik pada tengahari - tak panas dan tak juga hujan, kawe mengambil peluang ini untuk berbasikal ke masjid untuk Solat Jumaat. Takde la jauh, dalam 2 km dari rumah je. Pada mulanya agak was-was jugak sebab cuaca pada mula mendung dan nampak macam nak hujan. Tapi tak hujan, syukur Alhamdulillah.
Terus pasang mudguard untuk tayar belakang, untuk elakkan air memercik kena ke baju kalau-kalau ada terlanggar lopak air di jalan. 12.30 tengahari, cuaca masih ok, tiba masanya untuk bertolak. Doa dalam hati supaya perjalanan pergi-balik masjid dapat dilalui dengan selamat dan tak hujan. Capai pengunci basikal dan mula mengayuh. Kayuh slow2 je untuk mengelakkan dari berpeluh banyak. Sambil-sambil kayuh tu sambil berzikir (kawe dapati ia juga membantu untuk mengekalkan 'pacing' semasa berkayuh.Tq bro Akmal untuk tips ini). 15 minit kemudian sampai ke destinasi, terus parking di garaj masjid sebelah kereta imam pulak tu... jemaah dah mula ramai sampai ke masjid, ada yang senyum2 tengok kawe selamba sandar dan kunci basikal kat tiang sebelah kereta tok imam. Imam muda In training, kot? InsyaAllah... :)
Selesai solat Jumaat, doa dan bersalaman dengan jemaah masjid, macam biasa. Ada juga yang masa bersalam tu bertanya 'naik basikal ke hari ni'. Angguk dan senyum jelah. Perjalanan kayuh balik macam tadi jugak, tapi terasa berat sikit sebab angin dah mula bertiup dari arah bertentangan. Sampai rumah, sampai je kat pintu hujan terus turun dengan lebatnya.
Subhanallah! Alhamdulillah!

ps : Terjumpa laman fb mengenai 2 saudara muslim yang mengayuh basikal dari Cape Town, Afrika Selatan ke Mekah semata-mata untuk menunaikan Haji. Kagum dengan usaha mereka. Link ke laman fb mereka : http://www.facebook.com/pages/Cape-2-Mecca-Cycle-C2MC/330709716520.

Monday, October 24, 2011

RTW Route

(RTW = Ride To Work = Berbasikal Pergi Kerja = BPK??)


Elevation (klik untuk besarkan)
Lama gak tak update blog. Maaf, kawe pengsang jap lepas balik jamboree haritu,haha...
Okey, memula nak bagitau yang sekarang tempat kerja kawe dah berpindah ke tempat baru yang dekat sikit dengan rumah, jarak dalam 20km gitu(Alhamdilillah, lulus jugak permohonan kawe untuk bertukar). Mengikut garispanduan rtw yang kawe dapat dari blogger akmal, jarak yang sesuai (seingat kawe, maaf kalau tersilap) adalah 24km max untuk jarak sehala. Mana dia dapat garispanduan ni kawe pun tak pasti, tapi kalau mengikut logik akal tu memang logik. Sebabnya, masa yang diambil untuk cover jarak 24km (bagi kawe yang kayuh slow) adalah 1jam-1jam 30 minit.
Okey tu pasal jarak. Elevation pulak, kalau tengok kat graf di atas tu memang perghh...tu baru one way. Untuk pergi-balik pulak, sila tengok graf yang kat bawah ni pulak...garis hitam kat tengah-tengah tu adalah apabila kawe dijangkakan sampai ke pejabat (dan pengsan kejap dalam anggaran 30 minit,haha)


Mencabar betul....adakah possible?

Kita sama-sama tengok la nanti.... InsyaAllah

P/s : Jalanraya ke tempat kerja baru ni melalui kawasan bukit-bukau dan kawasan hutan simpan. Ada trek balak dan bukit. Macam best je, kalau dapat explore trek tu...


Thursday, October 13, 2011

Jamboree UMT ,Part 3 : The Final

( Sambungan dari Part 1 & Part 2 )

Pagi 8/10 semua peserta kayuhan berkumpul di perkarangan UMT. jumpa member2 dari Mahligai Extreme Team dan Gong Kedak Cycling Club. Kawe kali ni mendaftar secara solo, dan kayuh pun secara solo jugak most of the time...

Sebelum mula kayuhan, bergambar dulu bersama member2 dari MET. Yang helmat ada antena tu = Pok Su, orang lama MET

Peserta kayuhan 400+. Khabarnya ada yang baru daftar pagi tu pun ada. tak kesahla, the more, the merrier...
Bergambar dengan Maskot kayuhan Jamboree UMT

Pertengahan Trail

Akhirnya sampai... bersama pasukan marshall bantuan dengan motocross. Walaupun tak dapat tamatkan laluan sebab peha kiri-kanan krem, tapi memang enjoy melayan trail sehingga CP1. 25km kayuh kalau mengikut meter. Lain kali mesti datang lagi sini sebab trail memang 1st class, dan penganjuran + lucky draw memang patut terima pujian. Jumpa lagi tahun depan kepada semua member yang sempat berkenalan semasa event. Sekian....


Monday, October 10, 2011

Jamboree UMT ,Part 2 : Pendaftaran

(Sambungan dari Part 1 : Perjalanan)

Sampai ke UMT hari dah nak senja kira-kira 6.15pm. terus ke kaunter pendaftaran yang terletak di kompleks sukan. Disebabkan tak tau jalan, hampir-hampir terbabas masuk ke kawasan asrama perempuan hehe... sedar dah tersalah jalan bila co-pilot kat sebelah dah mula jeling-jeling

Bergambar dulu sebelum daftar

Kreatif?

Kaunter urusetia

Dapat T-shirt, cun jugak...

Selepas daftar terus shoot ke tempat penginapan untuk malam tu...

Part 3 : Final akan menyusul. Tungguuu... :)

Saturday, October 8, 2011

Jamboree UMT ,Part 1 : Perjalanan

(Catatan Perjalanan ke UMT Mountainbike Jamboree, Kuala Terengganu)

Mula bertolak: 7 Oktober 2011, 3.30 pm
(klik gambar untuk besarkan)
Persiapan sebelum bertolak. Pomen kecil Nur Amni(anak kawe) beria2 nak tolong jugak

Basikal dah siap letak atas rak cap ayam, sedia untuk bertolak

Berhenti sekejap di Pantai Penarik bagi betul urat

Seorang lelaki(identiti dirahsiakan,hehe..) sedang praktis menarik bot. Setelah ditanya beliau berkata ia adalah sebahagian dari persiapan untuk menolak basikal di acara Jamboree esok ... :)


Singgah sekejap di acara berkuda Sultan Mizan Cup di Lembah Bidong, bawak family tengok pertunjukan kuda sempena perlumbaan endurance esok

Part 2 : Pendaftaran akan menyusul seterusnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...