Monday, October 3, 2011

Kayuhan Semput

(Mana tak semput, dekat dua bulan tak kayuh melainkan keliling rumah je...)

Pada hari Sabtu yang lepas kawe berjaya jugak melakukan kayuhan beskal melebihi 10km dalam sekali harung. Pertama kali kayuh jauh sejak lepas raya Aidilfitri. Laluan adalah yang biasa dilalui dalam kayuhan sebelum ni iaitu laluan kg jeram-sri aman-pdg pak amat-jeram pasu-chengal pulas-kg jeram. keseluruhan jarak dilalui hari tu kurang 0.5 je lagi nak cecah 30km.
Dah lama tak kayuh jauh, penat tu memang terasa sangat. tambah pulak 2 hari sebelum tu kawe dah mula mengalami batuk-batuk. jadi kayuhan kali ni memang terasa semput, terutama semasa berkayuh naik bukit jeram pasu-chengal pulas.
Perkara yang tak disangka akan terjadi semasa kayuh adalah dapat jumpa member berkayuh baru bernama Saupi. Pada masa tu dia mengetuai sekumpulan pengayuh basikal fixie yang juga disertai anaknya bermula dari Sri Aman. Jumpa pulak semasa kawe tengah berkira-kira nak pusing balik menggunakan laluan offroad untuk balik ke rumah.Yelah, daripada melayan naik bukit jeram pasu tu sorang-sorang,risau juga kalau jadi apa-apa kat atas tu. Kalau ada member tu lain la sikit. A chance meeting, kata orang putih la. Kawe terima ia sebagai takdir.
Jadi, selepas singgah jap kat kawasan air terjun Jeram Pasu kami berdua pun melayan jalan bukit, anaknya dengan kawan-kawan berkelah di kawasan air terjun. Macam biasa, kawe slow but steady semasa melayan kecuraman bukit, slow-slow kayuh sampai ke atas sebelum layan jalan turun bukit. Lepas tu meneruskan kayuhan melalui kg kawe, berenti sekejap minum di kedai kopi di kampung kawe sebelum saudara Saupi meneruskan perjalanan balik.


Gambar laluan menuruni bukit dan naik semula di seberang sana, di laluan jeram pasu-chengal pulas. Puncak tertinggi laluan (mengikut data diperoleh dari peta google maps) adalah 287 kaki dari aras laut, dengan kecerunan 6.1% pada arah menaik dan 8.8% pada arah turun. (Tapi kalau betul nak rasa curam dipersilakan try kayuh kat sini,hehehe). Masa turun bukit kelajuan dicatatkan pada meter basikal kawe mencecah 56km/h. Tu kawe guna tayar tebal 2.1, kalau tayar nipis mau cecah 60km/h agaknya.Lupa pulak nak tanya member kat depan pakai tayar nipis berapa dia punya max speed, tapi memang berdesup...

Yang tak best dalam kayuhan kali ni, balik rumah petang tu terus rasa macam nak demam. Malamnya batuk makin kuat sampai kena pegi klinik pada pagi esoknya. Apa lagi dapat mc la hari tu...

Ai Mat Yoe, baru kayuh 30km dah semput,cemana agaknya nak kayuh offroad 50km jamboree minggu depan ni?(Tanya pada diri sendiri...)

p/s: Rancangan asal pada pagi sabtu adalah join member2 GKCC berkayuh offroad untuk persiapan ke Jamboree minggu depan. Tapi apakan daya tak dapat pergi atas sebab kesihatan kurang memuaskan dan tak mendapat kelulusan. Oleh kerana lesen kayuh offroad pada hari tu tak diluluskan, tepaksa la kayuh on-road je... tapi kalau jadi kayuh offroad hari tu, mau kena tambah mc 2 hari lagi kot... :)

Sunday, September 25, 2011

In The News : Kayuh basikal kembalikan nostalgia PM

Petikan dari Akhbar Utusan Malaysia hari ni, 26 sept. 2011 :

Kayuh basikal kembalikan nostalgia PM


NAJIB Tun Razak (tengah) melambai tangan ketika berkayuh pada program Kayuhan Amal 1Malaysia Untuk Pelajaran di Tanjong Tokong, Pulau Pinang, semalam. – Bernama


PULAU PINANG 25 Sept. – Undangan melancarkan program Kayuhan Amal Untuk Pendidikan 1Malaysia di Penang Straits Quay hari ini mengembalikan nostalgia Datuk Seri Najib Tun Razak mengayuh basikal.

Perdana Menteri berkata, beliau tidak ingat bila kali terakhir mengayuh basikal namun tidak pernah melupakan kenangan 50 tahun lalu berbasikal semata-mata untuk membeli nasi lemak.

Baca berita seterusnya di sini.


Kawe: Rasa bangga la jugak sebab PM pun sokong aktiviti berbasikal ni... balik ni ingat nak sapu debu yang dah lama melekat kat tayar beskal kawe tu,dah lama simpan kat dalam stor... :)

Wednesday, September 14, 2011

Berkulat dah...

Semalam kawe masuk bilik stor tempat simpan peralatan cycling yang dah lebih sebulan terperap kat satu sudut( Cuti bulan Ramadan)Bila dibelek-belek, nak tau apa kawe jumpa?

Hydration Bladder Pack (beg isi air yang bersambung dengan hos) dah tumbuh kulat/fungus kat dalamnya.Aarrgh...! camne nak buat ni? Baru je berapa kali guna,sayang betul kalau nak buang gitu je. Nak dapat punya la payah...

Kawe search kat internet, nasib baik la jumpa satu tips di blog bro Riezal tentang cara-cara nak cuci bladder bag yang dah berkulat..heh...Tengok sini : How to clean your Hydration Bladder pack

Kawe dah cuba buat malam tadi(Tapi kawe tak guna Poliden,kawe guna benda lain: sabun basuh botol susu anak). Sekarang Hydro Pack tu dah fungus-free. Thanks Bro! Bye-bye kulat! :)

p/s: Masih menunggu sambungan cerita di blog 'Balada Seorang Suami Mountainbiker Jalanan' bro Riezal. Apa cer bro, password ilang kaa...?
Update: Sekarang blog ni dah di'update', kawe tarik balikla. Sori bro, Saja je bikin panass... ;)

Thursday, August 25, 2011

Event Lepas Raya?



Raya dah dekat. Dah boleh atur program yang nak join lepas raya.

Dalam banyak-banyak event, satu ni nampaknya agak menarik perhatian kawe. Sebab utama adalah 'kedekatan'(buat kat negeri jiran sebelah negeri kawe), dan 'kedekutan'(fee rm40, murah sikit dari event yg lain...rm50 standard). Tapi tadi kawe try nak daftar online tak dapat la pulak. Admin, apa cer? Closing date 4 Sept 2011...


Oh, sebelum terlupa, SELAMAT HARI RAYA!!

(UPDATE: Kawe dah berjaya daftar secara online tak lama selepas entry ni di'upload')

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan : Satu Harapan


Alhamdulillah, Ramadahan datang lagi. Jika tiada apa-apa halangan, esok Umat Islam di Seluruh dunia umumnya dan di Malaysia khasnya akan mula berpuasa. Di kesempatan ini kawe ingin memohon kemaafan dari semua pembaca dan followers blog kawe yang tak seberapa ini, andai kata ada salah silap, terkasar bahasa dan sebagainya.

Kayuh-kayuh juga, amal ibadat jangan dilupa... :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...