Tuesday, March 15, 2011

Counter Reset...Aargh...


Entah kenapa, pageview Counter blog kawe ni tak berfungsi sejak minggu lepas. Mula-mula ingatkan mata kawe yang rosak, maklumlah bermata 4(pakai cermin mata..hehe) tapi bila orang lain tengok pun tak nampak jugak, sahla ada sumthin wrong... Jadi terpaksa la kawe reset balik walaupun angka sebelum rosak(atau dirosakkan?tau la free service..) sudah menunjukkan 2400 lebih pageviews....nak buat cemana...
Nota : Akhirnya kawe jumpa satu page 'counter' yang bagi pilihan untuk mulakan kiraan dengan apa-apa nombor yang kawe nak....jadi kawe gunakan yang tu la, dan kawe mulakan dengan kiraan terakhir sebelum ni...2400...

Tuesday, March 8, 2011

Kayuhan Jeliride 2011 : My First Jamboree




Ni adalah catatan perjalanan kawe semasa menyertai Jamboree Jeliride Kayuh Sokmo pada 26-27/2/2011 di Jeli.
-Pada mulanya ingatkan dah tak jadi pergi disebabkan sedikit masalah untuk mendapatkan cuti (event pada hari Ahad, hari kerja di Kelantan) tapi Alhamdulillah cuti kawe telah diluluskan pada saat2 akhir..


Perjalanan Ke Jeli, 26/2/2011 (Sabtu)




5.15pm 26/2/2011 (Sabtu)- bersiap untuk bertolak. Basikal kena bukak tayar dulu baru dapat muat belakang kereta. Tak pakai rak basikal takut jatuh atas jalan, naya.....

-Selain dari basikal dan peralatan lain, tikar dan bantal dibawa jugak untuk keselesaan tidur pada malam tu kerana tak disediakan di rumah penginapan. Memang selesa, sebab tido malam tu lelap sampai ke pagi, hehehe....


6.15pm : berhenti depan UITM Machang menunggu konvoi kereta+lori transport Team GKCC untuk bergerak sama-sama ke Jeli. Macam ada buat event,manarik jugak ada dikir barat tapi tengok ikut luar je...tak lama lepas tu konvoi sampai, kawe terus follow di belakang....



7.30pm - Sampai di Jeli. berenti dulu di Masjid Jeli untuk solat Maghrib, kemudian terus check-in bersama member2 GKCC di kuarters bomba. Plan last minute, nasib baik ada tempat kosong lagi di rumah sewa, kalau tak mungkin masjid/surau menjadi destinasi pada malam tu.


8.30pm - keluar makan di bandar Jeli. Plan asal nak gi dinner disediakan penganjur tapi tak jadi sebab jauh dan tak tau jalan kesana. Last2 berenti kat gerai makan tepi jalan. Kawe bedal nasi kerabu special daging bakar, best jugak...


9.00pm - Mendaftar di Kaunter Pendaftaran di TNB Jeli. Tercari-cari juga pada mulanya sebab tempat tak familiar dan kurang papan tanda disediakan, tapi akirnya jumpa jugak. Selepas daftar, dapat nombor plet + beg goodies berisi baju T dan suntonic(campuran minuman isotonic).

Hadiah utama cabutan bertuah esok...basikal brand KONA


Lagi hadiah cabutan bertuah, Frame + helmet

10.00pm - Balik ke rumah sewa, setting basikal mana yang patut. Diaorang siap ada buat klinik basikal lagi. Dapat la kawe join sama untuk tambahkan ilmu sedikit-sebanyak berkenaan basikal.....

Jumpa member2 dari MET menyewa kat rumah depan tak jauh dari situ. (Tapi khabarnya berpindah ke tempat lain...kenapa ye?)


11.30pm - Tido...mula2 tu agak payah nak lelapkan mata, mungkin sebab excited untuk acara pagi esok. Tapi disebabkan letih drive 2 jam lebih tadi, tido jugak tak lama lepastu....



D-Day, 27/2/2011

6.00 am - bangun pagi-pagi dan bersiap untuk ke acara Jamboree. Ada surau kat depan kuarters bomba. Sempat solat berjemaah dan doa mana yang patut. Yang penting, mohon selamat dari sebarang kemalangan semasa berkayuh nanti.



7.30 am - Bergambar di depan kuarters bomba bersama member-member dari GKCC sebelum ke tempat acara.


8.00am - sudah berada di tempat permulaan bersama peserta-peserta lain. Semuanya nampak macam dah bersedia untuk berkayuh offroad sejauh hampir 50km.4 Check Point (CP) disediakan penganjur untuk peserta mengambil sticker.. kawe rasa berdebar jugak sebab ni la kali pertama masuk event macam ni...
Barang yang dibawa sekali semasa berkayuh:
-Toolset, chain tool, patch kit, tiub spare, pam
-Air kosong 1.5L(dalam bladder), air isotonic 100+ 500ml(dalam botol)
- Sedikit makanan : cloud 9, kismis
- First Aid : ubat luka, plaster, kapas, spray anti-cramp
-Kamera, wallet, handphone untuk bantuan sekiranya ada kecemasan

Sebahagian dari peserta kayuhan. Ada la dalam 700-800 orang semuanya.

8.15am - peserta dilepaskan. mula berkayuh on-road di belakang 'safety car' sejauh 7 km sebelum memasuki laluan off-road. Cabaran kayuhan Jamboree Jeli pun bermula....


Pak Cik yang turut menjadi peserta walaupun dengan basikal 1 speed dan kasut but getah. Helmet guna serban je. Memang respek dengan semangat yang ditunjukkan pak cik ni...(gambar dicilok dari laman fb tokey kedai basikal)


Cabaran bermula


Kayuhan bermula dengan baik, laluan offroad yang disediakan penganjur memang mengujakan. Kayuhan terbahagi kepada 3 zon yang ditandakan mengikut warna iaitu merah, Pink dan kuning(eh, BIRU...konfius sebab spek kawe lens warna kuning...hehe). Tapi malang menimpa kawe pada masa menuruni bukit dengan laluan berbatu sebelum sampai ke CP1. Tayar bergelincir di batu yang agak licin dan basikal menjadi tidak stabil lalu kawe jatuh menyebabkan luka pada betis dan lutut kanan. Ibujari tangan kanan rasa sengal-sengal sebab tangan kanan digunakan untuk menahan muka daripada tersembam ke tanah semasa jatuh. Peserta di belakang ada yang bersuara memberi amaran kepada rider lain supaya berhati-hati di laluan. Dapat bangun dan periksa basikal, masih okey. Tapi masa ni masih belum sedar luka yang dialami semasa jatuh tadi (dan meter yang tercicir). Mula berkayuh semula. Bila dah nak sampai ke CP1 baru rasa pedih-pedih sikit. Berhenti tepi dan sapu ubat dan tampal plaster, semua dah bawa kat dalam beg galas. Terus kayuh ke CP1, berhenti untuk tampal stiker je. Orang lain pun nampaknya terus je kayuh, rupanya kat CP1 tiada air/makanan disediakan ataupun dah habis dimakan.

Selepas CP1 mula rasa agak penat, berhenti 2-3 kali bersama rider lain menghilangkan penat. Banyak jugak bukit yang mencabar stamina dan technical skill seorang rider macam kawe yang baru nak mula join event seperti ni. Ada laluan berselut, bukit licin dan downhill tapi semuanya dapat dilepasi dengan selamat. Enjoy juga dengan laluan offroad yang disediakan. Kayuh lagi menghampiri ke CP2, tapi laluan mendaki bukit dengan jalan bersimen sebelum CP2 telah menyebabkan kawe mengalami krem di kedua-dua belah peha hingga terpaksa berhenti lagi sekali. Nasib baik kali ni kawe bawa spray anti-krem. Mungkin dah expect benda macam ni akan terjadi, entah la. Tapi ia memang membantu kawe untuk meneruskan kayuhan, menuju CP yang seterusnya. di CP2 cuma disediakan air mineral botol kecil, kawe habiskan dengan sekali harung je. Mungkin silap langkah, tapi masa tu tekak memang betul-betul rasa haus. Tengok ke meter untuk mengetahui berapa km sudah dilalui, baru terperasan meter dah takde! Mungkin tercabut dari soketnya semasa jatuh tadi, kawe pun tak pasti. Teruskan perjalanan ke laluan seterusnya, keluar ke jalan tar. Masa ni jumpa laluan berbukit yang betul-betul menimbulkan rasa saiko,sakit hati dan rasa menyampah pun ada. Tapi rasa menyesal sebab datang tu jauh sekali.haha. Agak-agak tinggi tu macam bukit di Jeram Pasu tapi yang ni tak habis-habis. Jumpa ramai member yang turun dan tolak basikal, tapi kawe cuba teruskan dengan berkayuh, dan berazam akan teruskan sehingga kaki dah tak berkuasa lagi untuk terus berkayuh. Sebabnya kawe rasa sekali ni kalau berenti dari kayuh, peluang untuk berkayuh semula dan menghabiskan kayuhan adalah tipis. Rider bermotor yang selisih di pertengahan jalan cuba memberi semangat kepada kawe, katanya CP3 dah taj jauh dalam 1km lebih lagi.
Ternyata kali ni nasib tak menyebelahi, di km 30(tanya bacaan meter basikal member) kaki dah tak dapat teruskan mengayuh(krem), dan terpaksa berhenti menunggu kenderaan bantuan.


12.05pm - terpaksa berhenti kerana kaki krem. tak dapat bangun / berjalan selama dekat 10 minit jugak walaupun dah guna spray. Rider bermotor berhenti beri bantuan kecemasan



12.15pm - Terpaksa naik kenderaan bantuan disebabkan kaki dah tak dapat mengayuh lagi. Nampaknya berakhirlah cabaran Jamboree kali ni buat kawe...



12.30pm -sampai ke tempat berkumpul di Balai Bomba dan Penyelamat Jeli. Turun dari van dan, ehhh..dapat medal jugak? Orang yang bagi kata "semua dapat". Dah orang bagi, ambik je la...kan?


Khemah makanan disediakan pihak penganjur.. masa ni rasa keciwa punya pasal sebab tak dapat habiskan CP, kawe habiskan satu pinggan nasi berlauk daging singgang dan sayur serta air sirap. Hiah....



Tempat basuh basikal. Ada perkhidmatan basuh basikal dengan waterjet, tapi kena tunggu giliran. Sebab sampai pun lambat, kena tunggu lama. Last-last kawe basuh sendiri je...


2.00pm - Acara cabutan bermula. Tak menang apa-apa hadiah pun. Mungkin tak layak sebab tak habis semua CP. Tapi ada jugak nombor orang yang tak datang kayuh pun turut dipanggil, itu yang herannya...(Iye Yang, tak menang apa-apa hadiah. Topi tu Abang beli untuk bawak balik bagi kat Ayang...)

3.30pm - Kemaskan barang-barang dan bertolak balik

5.15pm - Sampai ke rumah.


Epilog


Selesailah sudah cerita kawe dalam acara kayukan di Jeli. Walaupun nampaknya agak mencabar dan ada sedikit kekurangan dari segi penganjuran, tapi sebenarnya bagi kawe pihak penganjur sudah membuat yang terbaik untuk penganjuran kali pertama. Terima kasih kepada rider bantuan bermotosikal dan kenderaan bantuan yang memberikan bantuan dengan baik semasa memerlukan. Semuanya bergantung kepada persediaan rider sebenarnya, dan mungkin persediaan fizikal kawe kali ni masih belum cukup mantap. Takpe, lain kali kalau ada peluang lain kali akan datang lagi ke sini pada Jamboree akan datang untuk menghabiskan cabaran di laluan ini dengan persediaan yang cukup dari semua segi, InsyaAllah....

Walau apa pun, pengalaman yang didapati semasa menyertai cabaran Jamboree kali yang pertama ni adalah sesuatu yang sangat berharga bagi kawe dan tak akan dapat dicari ganti. Terima kasih di atas sokongan dan galakan dari kawan-kawan dan keluarga terutama Isteri tersayang yang sentiasa memahami. Dan semoga persahabatan yang terjalin semasa bertemu dan berkumpul bersama semasa disana akan berkekalan...sekian...

Friday, March 4, 2011

Kayuhan Minda Sihat, 5/3/2011

Gambar : Berbasikal sambil berbakti. Bergambar di Rumah Anak Yatim(Puteri) Taman Sabariah, kelihatan penghuni berkumpul sebelum memulakan program mengedarkan risalah kesihatan bersama para rider...

Unik betul program kayuhan yang kawe sertai pada pagi tadi. Kayuhan Minda Sihat, Peringkat Daerah Kota Bharu anjuran Kementerian Kesihatan. Ramai juga yang join, anggaran dalam 250 orang. Kayuhan adalah secara santai dengan ada escort trafik. Bermula di Klinik Kesihatan Bandar(KKB), Kota Bharu ke Pantai Sabak dan balik semula ke KKB, sejauh kira-kira 20km. Itu yang diberitahu, kawe tak dapat nak pastikan disebabkan meter hilang tempohari, semasa menyertai Jamboree Jeli.

Yang unik dan menariknya, acara kayuhan kali ni turut termasuk acara mengedarkan risalah kesihatan bersama penghuni rumah anak yatim bertempat di Rumah Anak Yatim Taman Sabariah dan Taman Uda Murni kepada penduduk di sekitar. Selepas tu di Pantai Sabak pulak ada sesi gotong-royong membersih kawasan dan cabutan bertuah bersama penduduk setempat.

Walaupun kawe tak menang apa-apa cabutan pun,Untung dapat turut serta dalam program kali ni....dapat berbasikal sambil berbakti kepada masyarakat....:)

Sunday, February 27, 2011

KSJ 2011 : Selesai sudah

7.15am : bergambar dengan member2 dari GKCC. Tumpang tido kat rumah sewa demo pada malam sebelum kayuh. Terima kasih....


Sempat bergambar di tempat permulaan, depan Balai Bomba Jeli. Boleh senyum lagi masa ni, jumpa bukit tinggi kejap lagi tau la...



Gambar semasa menunggu dilepaskan. Punya la ramai yang ambik bahagian...

(Gambar diambil dari laman fb Azim, Atok GKCC dan dari laman blog MET)




Selesai sudah Kayuh Sokmo Jeli 2011, yang merupakan Jamboree sulung disertai oleh kawe sejak berbasikal ni.

Alhamdulillah dapat dilalui tanpa kecederaan yang serius. Calar siket je ngan krem kaki...meter hilang, tiub spare cicir,glove baru koyak...adalah antara penangan yang dapat kali ni....hadusss

Tapi jangan silap faham, event pada hari tu memang enjoy terutama trek offroad yang sungguh mengancam. Lain kali, ada peluang kawe akan join lagi, InsyaAllah.

Cerita & gambar masa Jamboree akan menyusul kemudian....sibuk siket ni...


Sementara menunggu cerita dari kawe, boleh tengok dulu cerita dan gambar berkenaan Jamboree Jeli dari blog MET.


Nota : Dukacita seorang member yang juga 'orang kuat' MET, Abg Din Kes telah kemalangan semasa Jamboree, menyebabkan satu tulang patah. Sekarang beliau telah dimasukkan ke HRPZ II, Kota Bharu.Harap lekas2 sembuh dan dapat berkayuh semula...

Thursday, February 10, 2011

Perjalanan Hidup


















"...Hidup Umpama Roda,Kadang di atas, kadang di bawah". Penah dengar tak papatah tu? Dalam minggu ni Kawan rasa macam benar-benar menghayati pulak kata-kata tu.










Sebabnya, mesti ada cerita di sebaliknya la. Cuti CNY yang lepas Kawan bawak family datang ke ibukota bertujuan memenuhi satu urusan sambil-sambil makan angin. Mula-mula plan nak bawak basikal tapi disebabkan kurang konfiden dengan keupayaan dan keselamatan rak belakang cap ayam yang biasa digunakan, rancangan tersebut terpaksa dibatalkan. Takpe la, berkorban kayuh walaupun rancangan dah separuh diatur untuk ke PCP bersama seorang member.




Sampai ke ibukota sehari sebelum cuti CNY bermula, memang banyak yang dah berubah sejak kali akhir Kawan datang ke sini. Jalanraya sedikit lengang mungkin sebab ramai yang dah mula balik ke kampung untuk bercuti. Selesaikan dulu urusan kerja sebelum buat rancangan seterusnya: bawak keluarga bersiar-siar sekitar ibukota KL. Aquaria, KLCC jadi pilihan utama(anak Kawan tu memang suka tengok ikan kat situ).Serta beberapa tempat yang lain. Keesokan harinya ingat nak pergi la ke sekitar putrajaya, mungkin singgah sekejap ke Taman Cabaran. Tak dapat kayuh, dapat tengok pun jadi la....




Pagi esoknya, mula la terbayang macam-macam benda yang nak dibuat pada hari tu. Tapi nak dijadikan cerita, ataupun dah ketentuan-Nya pada Kawan, kereta taknak start pada pagi tu. macam-macam usaha dibuat termasuk menggunakan 'jumper cable' tapi masih tak jalan. Panggilan ke Servis Centre kenderaan tak berjawab. Oh, lupa hari tu cuti umum, jadi semua tempat servis tutup dan mungkin akan buka semula pada hari Sabtu - 2 hari lagi!




Masa 2 hari dihabiskan dengan bersiar-siar menggunakan pengangkutan awam dan kereta yang dipinjamkan sebentar oleh adik-beradik, dan tempat tinggal menumpang sementara di rumah adik Kawan di Bukit Antarabangsa.




2 hari kemudian, Sabtu 5 Feb, baru la panggilan ke Pusat Servis berjawab, tapi malangnya spare-part barang yang rosak (alternator) takde stok. Ambil keputusan untuk balik dulu ke Kelantan menggunakan perkhidmatan bas ekspres kerana ada urusan kerja yang perlu diselesaikan , dan akan datang balik ke KL pada hujung minggu....





To be continued.....




...sambungan




Habis je kerja petang Khamis 10/02/2011, terus bergegas balik ke rumah. kemas barang yang nak dibawa,bersama baju 2-3helai. Barang spare-part dah dibeli 2 hari sebelum dengan harga RM270 selepas kurang 10 ringgit dari harga asal dengan gerenti kedai 1 bulan. Bawak isteri & anak-anak ke rumah orang tua Kawan untuk stay sana selama 2 hari sementara Kawan ke KL.




Sebelum bertolak, salin nombor mekanik yang menunggu di sana. Sempat juga salin nombor member dari kampung yang duduk kat sana, boleh la jumpa kalau ada kesempatan. Belum pernah jumpa lagi, tapi dengarnya dia pun geng kayuh jugak....




Perjalanan dengan bas biasa je takde yang menarik, cuma sekali kena tukar naik bas lain sebab bas rosak di stesen bas Machang. Pukul 5 pagi dah sampai ke KL,turun di stesen greenwood dan ambil teksi ke rumah adik Kawan. Rehat jap, pagi tu terus call mekanik suruh datang ke tempat kereta. Dimaklumkan dia tengah sibuk di bengkel dan hanya dapat datang lepas solat jumaat. Dalam pukul 3 mekanik sampai, terus mula membaiki. Susah jugak nak bukak barang alternator ni sebab kedudukan kat tengah dalam enjin, tapi lepas 2 jam selesai la kerja-kerja repair. Tiba masa untuk cuba start, dengan sekali pulas je "Brumm..." Berjaya!:)




Bawak kereta pergi pusing-pusing untuk test di kawasan sekitar Bukit Antarabangsa, nampaknya semua berjalan lancar. Bayar upah mekanik, RM100 lagi terbang....:(




Urusan dah settle, baru teringat nombor member tu. Call sekali, tak angkat. Sekali lepas tu terima SMS, rupanya member kat dalam meeting. Member call balik dan rupanya dia duduk tak jauh dari tempat Kawan berada. Janji untuk jumpa kat satu tempat berdekatan, dan tak sampai 10 minit member pun sampai. sempat berbual sikit je sebab member ada komitmen lain, tapi puas hati la sekurang-kurangnya dapat jumpa sendiri secara real, berbanding sebelum ni kenal melalui alam maya je, fb.... sedikit kecewa jugak bila dapat tau yang malam tu ada program kayuh keliling bandar KL bermula di Setiawangsa dan Kawan tak dapat join atas sebab yang nyata, takde basikal! Walaupun tak sempat berbual lama, terima kasih kepada saudara ACS kerana sudi datang jumpa...smula la deh....(khabarnya kayuhan malam tu turut disertai pelumba negara Anuar Manan)




Pagi-pagi esoknya terus bersiap untuk perjalanan balik dengan kereta. Agak cuak kerana kena drive balik ke Kelate sorang-sorang kali ni. Walaupun berbagai perkara bermain di minda Kawan, tambahan pulak kereta pun dalam kondisi yang bukan 100%, Kawan serahkan semuanya kepada Allah. Alhamdulillah, perjalanan balik kali ni amat lancar dengan cuaca yang sangat baik di sepanjang perjalanan sejauh kira-kira 450km yang mengambil masa 7 jam untuk sampai.




Sampai ke rumah, rasa letih terus hilang bila dapat jumpa family dan anak. Balik ke rumah pukul 5, ternampak pulak basikal yang dah tersimpan kat dalam stor dekat 2 minggu dah. Terus rasa bertenaga dan semangat untuk kayuh. Mungkin jugak kesan sampingan dari 3 botol air livita energy drink yang kawan minum sepanjang perjalanan tadi kot...hehe.Kayuh pusing-pusing keliling taman, tapi masih tak puas hati. "Awal lagi...kalu gi offroad kejap pun sempat lagi ni...". Bawak ke bukit estet yang terletak tak jauh, dalam 1km dari rumah dan mula mendaki. Menggunakan teknik yang baru dipelajari semasa di KL(nanti Kawan jelaskan lain kali), pendakian kali ni rasa ringan je tak berat macam biasa-biasa. Uisshhh, berkesan nampaknya... sempat la buat 1 loop petang tu sejauh 10km...


Kuala Lumpur oh Kuala Lumpur.....

Makanan feveret Kawan semasa kat sana....Sate Kajang yang bukan kat Kajang

Punca penderitaan....

Melepaskan rindu kayuh offroad....:)

Tamat...

Nota: Entry kali ni lari tajuk sikit..... Tapi harapnya tak boring la bila mambacanya yeee..;)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...