Monday, November 29, 2010

Tahun baru, design pun baru

Template baru untuk Blog Kawan. Sempena dengan tahun baru Hijrah yang akan disambut oleh semua umat Islam pada minggu depan....

Warna tema adalah mengikut...(ahem2)...keler basikal. kalau dulu basikal kuning background pun warna kuning, sekarang tukar basikal, background pun dah tukar jadi merah-putih pulak...

Harap-harap tak la sakit mata bila korang menengoknya ye, maklumla Kawan ni ada 'cacat' sikit kalu kena kat bahagian kreativiti. Tu la dulu masa cikgu mengajar kelas lukisan Kawan asyik main,kan dah tak(kurang) kreatif....:)

Nota : Silakan la komen...kalau ada komen la. baru perasan 3 ada ruangan untuk di'tick' kat bawah posting tu.apa fungsinya kawan pun tak tau. cuba try 'tick' tengok apa jadi?

Thursday, November 25, 2010

Berita Baik: Tulis dan Dapat Hadiah!

Tak disangka-sangka, pagi ni Kawan dapat berita gembira. Baru-baru ni Kawan ada hantar satu artikel di BaikBike.com mengenai satu produk aksesori basikal, tak sangka pulak terpilih sebagai salah seorang pemenang... kira 1st time la ni kawan dapat menang hadiah dalam pertandingan menulis ni...Alhamdulillah....



Produk yang dijadikan subjek review...ZIXTRO Shell Saddle Bag

Kalau nak baca artikel tu, klik kat sini(link). Artikel adalah dalam bahasa Inggeris, jangan terkejut pulak ye.... :)

Nota : Thank you to my former English Teacher, Pn. Raonah who used to teach me English Language in Form 1-3....

Saturday, November 20, 2010

Kayuhan Aidiladha: 'Misi' Menawan Puncak BML


'Huh... gapodio, ado 'misi' pulok ko join puok-puok gatih sikal bukit ni? Tokleh jadi ni...hari jumaat depey ambo pung nok keno gi join jugok ni...'

Mungkin jugak ada yang terpikir macam tu bila membaca tajuk entry kali ni. Tapi maaf la ye, 'Misi' yang dimaksudkan bukanlah yang comey-lote pakai baju uniform putih kerja kat hospital tu, tapi 'Misi' yang dimaksudkan adalah terjemahan dari perkataan Inggeris 'Mission'. Kecewa?hehehe...

Secara ringkasnya, kayuhan pagi tu berjalan lancar walaupun masih lagi dalam mood raya. kayuhan disertai seramai lebih 30 orang rider bermula jam 8.40pagi dan berakhir jam 11.30 tengahari. Jarak kayuhan kali ni adalah 16km mengikut meter, dengan 5km melalui atas tar dan selebihnya permukaan off-road. Kali ni keadaan agak berbeza bagi Kawan berbanding beberapa kayuhan yang lepas, kerana berjaya kayuh kira-kira 3/4 jalan ke puncak. lagi 1/4 tak dapat kayuh sebab jalan baru buat dari pasir gembur menyebabkan tayar depan basikal Kawan bersaiz 1.95 tenggelam(tolakk....sampai atas). Semasa turun pulak(melalui trek DH), dapat turun tanpa tolak kira-kira 60% dari keseluruhan laluan dengan mengawal brek tanpa jatuh tergolek, hanya sipi-sipi je... lagi 40% terpaksa tolak sebab terlalu curam bagi hati Kawan. Tapi bagi yang hati kering tu belasah je...

Syukur Alhamdulillah, acara kayuhan di trek BML pada hari tu berakhir tanpa apa-apa insiden kepada rider. Kalau setakat calar-calar biasa tu takde hal, perkara biasa dalam mtb ni...
Cuma kawan sikit kurang puashati dengan prestasi pedal baru Kawan, kaki asyik tergelincir je... selain dari tu, kayuhan kali ni adalah sangat baik & puashati. Terima kasih member-member MET terutama Abg Din dan Pengerusi atas pertolongan yang dihulurkan semasa berkayuh....


Pasukan pengayuh2 tegar bersedia untuk menyerang bukit. 1,2,3...Serang.....!!!


Untuk lagi cerita dan gambar kayuhan pada hari tu, klik sini(Laman Blog MET).

Selamat Berkayuh!

Nota : gambar-gambar diambil dari laman web MET. Kamera Kawan tu baterinya 'kong' pulak...adusss la

Monday, November 1, 2010

Kayuh Trek BML 29/10/10 : A Ride Above the Cloud

Hari Jumaat lepas ada ride macam biasa kat trek BML. Tak ramai yang turun ke trek kali ni, ada la dalam 20 orang termasuk Kawan. Ramai yang tak dapat datang, mungkin sebab bertolak awal ke KL tengok final Piala Malaysia(Kelantan menang!!).Hujan pun turun jugak, tapi tak melemahkan semangat para rider yang keluar berkayuh menikmati keindahan alam dan mengharungi cabaran yang ada di trek BML yang semakin terkenal(ye ke?? ) tu...


XC melalui kebun getah
Update Gambar: Menunggu giliran untuk melepasi Trek DH...curam & licin...hampir2 tergolek kat sini...

Aksi DH (pokok kat tengah tu dekat-dekat sipi-sipi je dgn handlebar beskal Kawan masa lalu sini)
Bergambar kat puncak bukit. Gambar diambil tanpa kebenaran dari laman fb tokey kedai beskal..jgn mare aa... (Mat_Yo : No. 5 dari kanan)

Kayuhan kali ni adalah dalam keadaan basah dan lecak serta diiringi hujan renyai. Dah memang nak sampai musim hujan pun sekarang kat negeri Kawan ni. Jadi kayuhan kali ni adalah sedikit mencabar sebab tu....
Mula-mula kayuh tu okey lagi. Masa kayuhan xc pun okey walaupun tayar dah jadi macam donat kena lumpur. Tapi bila sampai kat bukit....jenuh kayuh dan jenuh jugak tolak baru sampai kat puncak. Suasana kat puncak bukit berkabus tebal, ada rasa macam kat tempat peranginan pulak...hehe. Tapi takleh berenti lama-lama sebab trek DH sedang menanti untuk diterjah. Tapi disebabkan trek licik kerana hujan, turun shelow-shelow je sambil tolak basikal di beberapa tempat. Sampai ke bangsal tempat berkumpul jam 11.00pagi,dan terus kayuh ke port station sebelum bersiap untuk balik. Jarak kayuhan kali ni ikut meter hanya 12.5km, tapiii...letihnya, mak aii!Takpe..yang penting hati puas & dapat pengalaman berharga...
Disebabkan sekarang dah ada tanda-tanda musim tengkujuh dah hampir tiba, mungkin kayuhan kali ni adalah kayuhan mtb yang terakhir sebelum tibanya musim hujan. Rehat dulu la nampaknya aktiviti berbasikal Kawan lepas ni....


Nota : Macam best je tajuk entry kali ni. Saje je tu...hehe

Sunday, October 31, 2010

Hujan

Hujan turun dgn lebat sejak awal pagi tadi.Mungkin ini petanda awal yang musim hujan@bah akan melanda lagi di negeri Kawan. Maknanya banyak aktiviti,termasuk aktiviti berbasikal yang mjadi minat Kawan akan terpaksa dihadkan juga buat sementara waktu. Nak buat macam mana,itulah ketentuan dariNya...kita sebagai makhluk harus redha.
Nota : ini cubaan pertama 'update' blog menggunakan hp.Harap jadi la...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...