(Mana tak semput, dekat dua bulan tak kayuh melainkan keliling rumah je...)
Pada hari Sabtu yang lepas kawe berjaya jugak melakukan kayuhan beskal melebihi 10km dalam sekali harung. Pertama kali kayuh jauh sejak lepas raya Aidilfitri. Laluan adalah yang biasa dilalui dalam kayuhan sebelum ni iaitu laluan kg jeram-sri aman-pdg pak amat-jeram pasu-chengal pulas-kg jeram. keseluruhan jarak dilalui hari tu kurang 0.5 je lagi nak cecah 30km.
Dah lama tak kayuh jauh, penat tu memang terasa sangat. tambah pulak 2 hari sebelum tu kawe dah mula mengalami batuk-batuk. jadi kayuhan kali ni memang terasa semput, terutama semasa berkayuh naik bukit jeram pasu-chengal pulas.
Perkara yang tak disangka akan terjadi semasa kayuh adalah dapat jumpa member berkayuh baru bernama Saupi. Pada masa tu dia mengetuai sekumpulan pengayuh basikal fixie yang juga disertai anaknya bermula dari Sri Aman. Jumpa pulak semasa kawe tengah berkira-kira nak pusing balik menggunakan laluan offroad untuk balik ke rumah.Yelah, daripada melayan naik bukit jeram pasu tu sorang-sorang,risau juga kalau jadi apa-apa kat atas tu. Kalau ada member tu lain la sikit. A chance meeting, kata orang putih la. Kawe terima ia sebagai takdir.
Jadi, selepas singgah jap kat kawasan air terjun Jeram Pasu kami berdua pun melayan jalan bukit, anaknya dengan kawan-kawan berkelah di kawasan air terjun. Macam biasa, kawe slow but steady semasa melayan kecuraman bukit, slow-slow kayuh sampai ke atas sebelum layan jalan turun bukit. Lepas tu meneruskan kayuhan melalui kg kawe, berenti sekejap minum di kedai kopi di kampung kawe sebelum saudara Saupi meneruskan perjalanan balik.
Gambar laluan menuruni bukit dan naik semula di seberang sana, di laluan jeram pasu-chengal pulas. Puncak tertinggi laluan (mengikut data diperoleh dari peta
google maps) adalah 287 kaki dari aras laut, dengan kecerunan 6.1% pada arah menaik dan 8.8% pada arah turun. (Tapi kalau betul nak rasa curam dipersilakan try kayuh kat sini,hehehe). Masa turun bukit kelajuan dicatatkan pada meter basikal kawe mencecah 56km/h. Tu kawe guna tayar tebal 2.1, kalau tayar nipis mau cecah 60km/h agaknya.Lupa pulak nak tanya member kat depan pakai tayar nipis berapa dia punya max speed, tapi memang berdesup...
Yang tak best dalam kayuhan kali ni, balik rumah petang tu terus rasa macam nak demam. Malamnya batuk makin kuat sampai kena pegi klinik pada pagi esoknya. Apa lagi dapat mc la hari tu...
Ai Mat Yoe, baru kayuh 30km dah semput,cemana agaknya nak kayuh offroad 50km jamboree minggu depan ni?(Tanya pada diri sendiri...)
p/s: Rancangan asal pada pagi sabtu adalah join member2 GKCC berkayuh offroad untuk persiapan ke Jamboree minggu depan. Tapi apakan daya tak dapat pergi atas sebab kesihatan kurang memuaskan dan tak mendapat kelulusan. Oleh kerana lesen kayuh offroad pada hari tu tak diluluskan, tepaksa la kayuh on-road je... tapi kalau jadi kayuh offroad hari tu, mau kena tambah mc 2 hari lagi kot... :)