Thursday, January 20, 2011

RTW Hari Jumaat, Kayuh Pegi Kebun

Hari Jumaat adalah hari cuti kat tempat Kawan. Tapi ada masanya kawan kena kerja part time.... bezanya, pergi kerja bukan kat dalam opis, dan pergi kerja pun dengan naik basikal je sambil melayan jalan offroad dalam kebun getah dan sawit. Jadi pekebun la haritu Kawan....

Gambar pekebun part-time dengan full battle gear...sedia bertempur dengan nyamuk, pacat dll....

laluan dalam kebun getah yang baru ditanam semula...

Basikal sebagai kenderaan RTW hari tu bersama Jip ayah Kawan(sori takde gambar, Ayah Kawan tu memang camera-shy sikit...hehe...)
Tujuan sebenarnya hari tu adalah pergi menolong ayah Kawan je kat kebun getah yang baru ditanam semula...ye lah orang tua kan.....
Jadi kalau hari Jumaat tu tak dapat turun ke trek, tau la Kawan pegi ke mana ye....jadi pekebun part-time...:)

Best jugak jadi pekebun part-time ni, jalan offroad nak ke kebun pun boleh tahan layan, sejauh kira-kira 3 km dari rumah melalui kebun getah dan sawit... tapi kena berhati-hati dengan duri pelepah sawit yang boleh menyebabkan tayar bocor....
Masa balik boleh layan bawak 4x4 pulak, basikal naik atas... best wa cakap lu...tapi tak sama dgn masa layan trail dgn basikal la...
Nota : RTW adalah singkatan bagi 'Ride To Work' atau 'Kayuh ke tempat Kerja'....



2 comments:

  1. waa...
    RTW ni lagi best ni, nak pi opis kena offroad.
    :)

    ReplyDelete
  2. /Akmal

    Tu la nikmatnya duduk kat kawasan kampung bagi peminat mtb macam Kawan; kalau nak, bila2 masa je boleh offroad!)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...