Monday, June 28, 2010

My first jamboree?


Nak gi ke? Menarik jugak ni.....





Daftar sekarang untuk menyertai kami bagi merentas sempadan 3 buah negeri P.Pinang, Kedah dan Perak. Semuanya dihidangkan bagi pengembaraan Nibong Tebal Adventure 2010- Darjah 2.Where ever we may roam.......Wonder? Across the state of Penang, Kedah n Perak n step foot for a while is something that you are gonna to miss these years if you're not registered Now!
Nota kaki:
Seseorang pernah berkata,"A journey of a thousand mile,starts with a single step...."
Siapalah orang tu agaknya...?

Wednesday, June 23, 2010

My Secret Playground (Update)


Peta Laluan Trail. Tak tepat sangat sebab tak pakai gps


Selalu jugak orang tanya kat Kawan, "demo gatih basika bukit ni mmano eh?"(terjemahan ke bahasa Malaysia : awak kayuh basikal bukit ni di mana?)Jawapan standard Kawan : "Adalah...","kayuh dekat-dekat je...",itu la jawapan yang biasa Kawan bagi. Bukan saja-saja taknak bagitahu,tapi adalah sebabnya. Sebab yang utama adalah KESELAMATAN. Untuk yang belum pernah datang ke Kelantan, Kawan nak bagitahu satu je, kat Kelantan masih banyak khazanah alam yang masih belum terusik. Flora dan faunanya masih lagi boleh dijumpai dalam keadaannya yang asal. Termasuk la di tempat Kawan selalu main basikal tu. Tempatnya tak jauh dari rumah kawan, kira macam belakang rumah je la. Tapi macam kawan cakap tadi, flora dan fauna masih banyak yang belum usik. Flora tak risau sangat,tapi kalau fauna tu macam-macam dah yang orang jumpa. Dengan Kawan, setakat ni takde jumpa apa-apa lagi, Alhamdulillah (cuma jumpa bekasnya saja). Tapi setakat ni Kawan baru je explore tak sampai 10% pun lagi area ni rasa-rasanya. Maklumlah rider amatur, basikal pun old skool, ride sorang-sorang pulak tu...meremang gak kekadang bulu roma Kawan bila teringatkan cerita orang dulu-dulu yang pernah jumpa macam-macam kat tempat tu.

Jadi pada hari ni kawan nak berkongsi la dengan pembaca blog kawan yang entah apa-apa ni mengenai tempat bermain kawan. Mungkin bukan istimewa sangat,tapi bagi Kawan yang baru berkecimpung ni,kira boleh la... Seperkara lagi, kalau berada dekat dengan tempat ni dan rasa-rasa macam nak cuba tempat ni, harap bagitau Kawan, siapkan tayar knobbies(juga lampu) pada basikal dan kita try sama-sama,okey?
Mana la tau kalau sesuai untuk buat trail jamboree ke...



Entrance/ jalan masuk. Kenapa kena pakai lampu, gelap ke kat dalam tu?.... Ntah la,tengok kat dalam gambar ni gelap semacam...





Mid-trail, kira-kira 5km dari entrance tadi. Baru dapat jumpa cahaya matahari..Legaa...

Dah sampai kat hujung trail. Alhamdulillah, semuanya selamat...





Pemandangan dari atas bukit(Bukit Hangus). Diluar laluan trail dah ni, tapi masih dekat. Overlooking bukit dimana terletaknya Jeram Pasu

Nota tambahan : Laluan ini adalah jalan pintas yang digunakan oleh penduduk kg Jeram dan sekitarnya untuk ke Jeram Pasu. Juga dikatakan kawasan ini agak 'keras' dan krew penggambaran sebuah rancangan paranormal pernah datang ke tempat ini bagi membuat siasatan sekitar 2 tahun lepas. Bagi sesiapa yang berminat untuk mencuba laluan, risikonya tanggung sendiri....

Selamat berkayuh!

Monday, June 21, 2010

Kayuhan Angkasa Raya : Video Update

Ini adalah sambungan daripada entry kawan yang sebelum ni(belum tengok? klik sini). Rasanya tak lengkap kalau takde video clip aksi mendebarkan dari pilot Sukhoi SU-30MKM haritu...
Nota : 1st time nak cuba letak video kat blog. harap jadi...puhh

video

Tuesday, June 15, 2010

Kayuhan Angkasa Raya : Hari Terbuka Kem TUDM Gong Kedak

"Wei...orang kayuh kat bumi je la, mana ada kayuh basikal kat angkasa.... "

Entry kali ni ada kelainan sikit. Kawan nak cerita pasal minat kawan yang satu lagi, selain dari basikal. Pada hujung minggu yang baru lepas kawan berpeluang bawak family pergi tengok pertunjukan udara sempena hari terbuka kem TUDM Gong Kedak, kira-kira 30km je dari rumah Kawan. Kalau hari biasa tempat ni sori la diaorang nak bagi masuk disebabkan kawalan keselamatan yang ketat kat sini.

Pergi dengan kereta kali ni. Mula-mula ada plan untuk ke sana dengan berkayuh, tapi terpaksa dibatalkan kerana nak bawak family pergi sekali. Sori Bro Yen dan rakan-rakan lain yang mengajak....

Ni antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan...



Star of the show...Jet Sukhoi SU-30MKM

Persembahan Brass Band TUDM sebelum pertunjukan udara bermula

Tu dia...jet melintas betul-betul kat atas kepala Kawan. Bergegar jantung Kawan dibuatnya...

Demonstrasi menyelamat dengan helikopter

Wan's Cycle dari Kubang Kerian pun ada buka Booth haritu...sempat la jugak cuci mata tengok basikal idaman, cantik tapi harganya...perghh...


Kona Primo Stab(for display only-dah ada yang punya...)




Giant Yukon Fullsus (masih solo...)


Rupanya diaorang kat dalam kem ni pun ada tem MTB jugak...link Facebook diaorang kat sini (GKCC). Err...nak join kayuh jugak boleh? Tapi sure kena tinggal kat belakang je nanti...hehe


Apa kaitannya jet pejuang TUDM dengan basikal? Ntah, Kawan pun tak tau. Tapi yang kawan tau kat show tu juga ada jual jersi basikal(!!) dengan gambar jet Sukhoi lagi. Kawan pun sempat sambar satu... buat kenang-kenangan. :)








Wednesday, June 9, 2010

Quick release skewer



Dua hari lepas Kawan ada pasang benda alah ni kat basikal Kawan. Sebelum ni tayar depan pakai nat,tiap kali nak kayuh jauh sikit kena bawak sepana sebagai persediaan. Leceh (sori, maksud kawe bukenyo hok dale bahasa klate deh gu!haha) betull....

Barang yang kawan pasang tu bukan la 100% macam dalam gambar,dekat-dekat dah rupanya tapi yang penting fungsinya sama. Jumpa yang 2nd hand(tapi masih elok) kat kedai Abg Mail, pomen basikal old skool kat kb. Minta dia cuba pasangkan kat basikal Kawan, padan...

Lepas ni gi kayuh tak payah bawak sepana dah laa...:)

Maklumat lanjut berkenaan alat ni, ambik dari laman encik wiki:

Quick release skewer From Wikipedia, the free encyclopedia



A quick release skewer is the rod, threaded on one end and with a cam assembly on the other, a part of the quick release mechanism, a lever operated cam system used with a hollow axle for securing the wheels on a bicycle. Wheels equipped with quick release mechanisms can be removed from the bicycle frame and replaced without using tools by opening and closing a lever, thus more quickly than wheels with solid axles and hex nuts. On the negative side, a quick-release hub renders a wheel more vulnerable to theft. Also, care must be taken to ensure that the mechanism is properly tightened.
Similar quick-release mechanisms are also used to operate seatpost clamps.
Contents[hide]
1 History
2 Usage
3 Variations
4 References
5 External links
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...