Saturday, January 29, 2011

29/01/2011 : Kayuhan 2-in-1

Sehari dua ni cuaca nampaknya tak menentu kat tempat Kawan. Sekejap hujan, kejap panas dengan angin yang kadang-kadang agak kuat. Mungkin musim tengkujuh dah nak sampai ke penghujungnya. Tapi apa pun cuaca yang datang, kita sebagai hamba-Nya harus redha.

Hari Sabtu yang lepas pun cuaca masih tak menentu, tapi Kawan awal-awal lagi dah tetapkan dalam hati nak kayuh pagi tu. Sedikit masalah pada mulanya apabila anak bangun awal dan badannya macam panas sikit, kena bagi makan ubat demam. Bila semua perkara dah settle, anak pun dah sambung tidur dapat la Kawan keluarkan basikal dan nak mula kayuh. Dalam kepala,"Nak ke mana ye?". Terfikir pulak, dah lama tak pegi pasar dengan naik basikal. Pernah buat sekali dulu macam tu menggunakan basikal Univega old skool,dan hasilnya agak memberangsangkan. Link: <Part1><Part2>. Peralatan yang dibawa untuk misi kayuh ke pasar kali ni pun lebihkurang sama: beg guni besar dari Tesco yang disangkut di hendal basikal. Mula kayuh macam biasa dalam cuaca yang agak mendung dan selang-seli dengan hujan gerimis. Tak kisahla, lagipun hujan sikit je... dah hampir sampai setelah kayuh kira-kira 15 minit, tetiba je telefon berbunyi. Sapa pulak yang telefon ni...ambik masa jugak la nak keluarkan sebab sebelum kayuh semua peralatan Kawan dah masukkan dalam 'waterproof bag'(baca: beg plastik kedai runcit) tak bagi kena air. Rupanya member yang baru kenal masa kayuh di trek GKCC<Link> haritu, Sabri dari Besut yang call, tanya ada kayuh ke tak haritu, dan tanya untuk join sama. Bagus la ada la member takde la boring sangat masa kayuh nanti. Sampai kat pasar dan beli semua barang-barang yang diperlukan dan mengikut 'list' yang disediakan oleh mem, terus bertolak balik. Harap-harapnya sempat sampai rumah hantar barang sebelum member sampai dari Besut. Tapi baru je keluar dengan basikal dari pasar, member dah sampai. Cepatnya? lama sangat ke Kawan beli barang tadi....

Terus direct member ke tempat parking yang sesuai dan selamat, InsyaAllah. Bila Kawan sampai tak lama lepas tu dalam 5 minit, member dah siap keluarkan basikal dari kereta dan ready nak kayuh. Simpan dulu barang-barang yang dibeli,tumpang dalam kereta member(tak sempat nak hantar ke rumah, takkan nak bawak kayuh pulak). Lepas bagitau serba-sikit mengenai laluan yang bakal diambil nanti, kayuhan dimulakan dalam suasana hujan yang turun semakin lebat. Syukur tak sampai 5 minit kayuh, hujan pun berhenti dan cuaca pun bertambah baik. Rancangan awal untuk berhenti di kedai makcik jual nasi kerabu depan Sekolah Sains kalau hujan bertambah lebat terpaksa dilupakan... Terus kayuh non-stop hingga ke Jeram Pasu, jarak 10km. Berhenti kejap makan bekalan(kuih pau je...) yang dibawa, untuk tenaga sebelum melayan pendakian bukit selepas ini.

Acara seterusnya, daki bukit Jeram Pasu yang memang agak mencabar(bagi Kawan la,member nampak rilek je) dalam cuaca hujan yang kadangkala agak lebat. Biasanya layan trek ni dalam cuaca kemarau, kali ni hujan pun kami belasah. Pengalaman baru la kononnya. Alhamdulillah, jalan mendaki bukit sejauh 8km tu dapat dihabiskan dengan selamat. Top speed semasa 'downhill' mencapai 52.5km/h, berkurang sedikit dari biasa(dalam cuaca kering), 55.5km/h mengikut meter. Yang penting masa melayan trek ni adalah peralatan(basikal) terutama brek dan tayar mesti dalam keadaan tip-top untuk keselamatan. Terus kayuh melalui jalan pintas Estet Cherang Tuli untuk melengkapkan 'loop' satu pusingan sejauh 30km.

Kayuhan kali ni mengambil masa 2 jam(lepas tolak masa pergi pasar 30 minit, berhenti rehat 15 minit) sejauh 30km. Jadi 2 objektif dapat dicapai pada masa kayuhan : 1)RTP- Ride to Pasar dan 2) Kayuhan meningkatkan stamina. Selain dari tu dapat bawa member baru kayuh kenal tempat kita. Lepas ni mungkin ada kunjungan balas pulak ke Besut, dengarnya ada trek off-road dekat dengan rumah member kat sana....dengar cerita tu macam menarik je....

Gambar yang sempat di'snap' semasa kayuhan:


7.30 pagi- RTP(Ride to Pasar) kePasar borong. Barang yang dibeli diisi dalam beg guni dan disangkut ke hendal


8.30pagi- Jeram Pasu. Terasa jugak nak mandi kat air terjun tapi sejukkkk....

Member kayuh : Sabri dari Pasir Akar,Besut. Sanggup datang dari jauh untuk test trek baru. Basikal sama model+kaler, bezanya seatpost basikal Kawan warna putih...


Bergambar di Jeram Pasu dengan basikal. Baju jersi lengan panjang untuk cuaca hujan+berangin...dengan Saddle bag Zixtro Shell (yang dapat hadiah contest...)

Start/ Finish : Masjid Pdg Pak Amat.
Akhir sekali sebelum bertolak balik, nasib baik ingat ambik barang yang disimpan dalam kereta member tadi. Kalau tak, sampai rumah karang bulih nyor la jawabnya dengan mem....;)
Nota: Hari Sabtu lepas sebenarnya Kawan dah plan nak join program kayuh anjuran PKD Pasir Mas, tapi terpaksa menarik diri pada saat-saat akhir disebabkan ada perkara yang tak dapat dielak(anak demam). Kepada member yang dah janji tu, maaf la ye...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...