Sunday, December 4, 2011

RTM - Ride To Mesjid

(Mesjid atau Masjid, adalah merujuk kepada perkara yang sama walaupun ejaan berbeza. Tapi di tempat kawe biasanya orang sebut 'ssejik' )

Basikal MTB dengan peralatan tambahan untuk melakukan RTM

Lama tak kayuh. Basikal dok terperap je kat dalam store sebab cuaca musim tengkujuh yang membawa hujan yang lebat. Ada juga tempat yang dilanda banjir. Jadi kawe mengambil kesempatan 'cuti berkayuh' ni untuk melakukan aktiviti servis pada basikal. Jadi pomen basikal sendiri la kiranya... :)
Hari Jumaat yang lepas, didorong oleh keadaan cuaca yang baik pada tengahari - tak panas dan tak juga hujan, kawe mengambil peluang ini untuk berbasikal ke masjid untuk Solat Jumaat. Takde la jauh, dalam 2 km dari rumah je. Pada mulanya agak was-was jugak sebab cuaca pada mula mendung dan nampak macam nak hujan. Tapi tak hujan, syukur Alhamdulillah.
Terus pasang mudguard untuk tayar belakang, untuk elakkan air memercik kena ke baju kalau-kalau ada terlanggar lopak air di jalan. 12.30 tengahari, cuaca masih ok, tiba masanya untuk bertolak. Doa dalam hati supaya perjalanan pergi-balik masjid dapat dilalui dengan selamat dan tak hujan. Capai pengunci basikal dan mula mengayuh. Kayuh slow2 je untuk mengelakkan dari berpeluh banyak. Sambil-sambil kayuh tu sambil berzikir (kawe dapati ia juga membantu untuk mengekalkan 'pacing' semasa berkayuh.Tq bro Akmal untuk tips ini). 15 minit kemudian sampai ke destinasi, terus parking di garaj masjid sebelah kereta imam pulak tu... jemaah dah mula ramai sampai ke masjid, ada yang senyum2 tengok kawe selamba sandar dan kunci basikal kat tiang sebelah kereta tok imam. Imam muda In training, kot? InsyaAllah... :)
Selesai solat Jumaat, doa dan bersalaman dengan jemaah masjid, macam biasa. Ada juga yang masa bersalam tu bertanya 'naik basikal ke hari ni'. Angguk dan senyum jelah. Perjalanan kayuh balik macam tadi jugak, tapi terasa berat sikit sebab angin dah mula bertiup dari arah bertentangan. Sampai rumah, sampai je kat pintu hujan terus turun dengan lebatnya.
Subhanallah! Alhamdulillah!

ps : Terjumpa laman fb mengenai 2 saudara muslim yang mengayuh basikal dari Cape Town, Afrika Selatan ke Mekah semata-mata untuk menunaikan Haji. Kagum dengan usaha mereka. Link ke laman fb mereka : http://www.facebook.com/pages/Cape-2-Mecca-Cycle-C2MC/330709716520.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...