Sunday, July 31, 2011

Ramadhan : Satu Harapan


Alhamdulillah, Ramadahan datang lagi. Jika tiada apa-apa halangan, esok Umat Islam di Seluruh dunia umumnya dan di Malaysia khasnya akan mula berpuasa. Di kesempatan ini kawe ingin memohon kemaafan dari semua pembaca dan followers blog kawe yang tak seberapa ini, andai kata ada salah silap, terkasar bahasa dan sebagainya.

Kayuh-kayuh juga, amal ibadat jangan dilupa... :)




Tuesday, July 26, 2011

Basikal Bukit Pelbagai Fungsi / Multi-Role MTB

(Sedang membaca artikel mengenai multi-role combat aircraft pada waktu rehat, tiba-tiba terfikir, beskal kawe pun multi-role juga...jadi kawe pun mula menaip)


Pelik sikit tajuk entry kali ni. Tapi takpe jangan panik lagi, teruskan membaca dan demo akan faham,harap2 nya...

Kebanyakan MTB ataupun basikal bukit yang kawe tau, biasanya hanya akan digunakan untuk 1 fungsi saja : berkayuh di hujung minggu atau bila ada kelapangan, sama ada off-road,on-road ataupun campuran kedua-duanya.

Tapi MTB kawe ni lain sikit. Sebabnya, basikal MTB kawe tu tak terhad kepada satu fungsi saja tapi ada banyak fungsi dan kegunaan. Tengok sini kawe senaraikan beberapa fungsinya:

1. kayuh santai/onroad
2. kayuh santai/ light off-road
3. Kayuh offroad/ Extreme Off-roading
4. Kayuh pegi kebun
5. Kayuh pegi pasar
6. kayuh kedai runcit/buang sampah
7. kayuh pegi masjid-hari jumaat
8.Kayuh bawak mesin rumput(?)
9. Kayuhan teman anak

Detail:

1. kayuh santai/onroad

Seperti namanya,kayuhan ni biasanya hanya dibuat atas jalanraya saja dan kayuhan secara santai. sama ada berkumpulan ataupun secara solo je. Cuma bezanya kalau secara berkumpulan, ia juga boleh dikenali sebagai 'kayuhan nasi berlauk' sebab biasanya berenti beli bekal nasi dulu sebelum sampai ke destinasi. Kalau kayuh solo, bawak bekal roti/cloud9 dari rumah pun dah cukup...

tayar diguna : semi-slick
aksesori dibawa : pam mini, tools, tiub spare, botol air

2. kayuh santai/ light off-road

'Mode' kayuhan ni juga dikenali sebagai 'Kayuhan Jiwa Lara'. Sebab biasanya kayuhan macam ni bila dah gian sangat nak kayuh mtb offroad tapi takde member nak ajak kayuh sama. nak pegi kat trek mungkin tak dapat sebab situ kayuh sekali seminggu je, jadi kayuh je kat trek sawit dekat rumah kawe tu...

tayar diguna : semi-slick/knobbies(hentam je)
aksesori dibawa : pam mini, tools, tiub spare, botol air


3. Kayuh offroad/ Extreme Off-roading

Antara semua 'mode' kayuhan, 'mode' yang ni paling best( semestinya!!). Malas nak cakap banyak, tengok je entry kawe yang sebelum-sebelum-sebelum ni....

tayar diguna : front semi-slick/rear knobbies
aksesori dibawa : pam mini, tools, tiub spare, botol air, hydration bag, hanger spare, first aid kit
Aksesori tambahan: Rak untuk gantung basikal di belakang kereta. Sebabnya,tak larat nak kayuh pergi-balik ke trek dari rumah. Rak cap ayam beli kat kedai bundle je...

4. Kayuh pegi kebun
Kadang-kadang kawe pegi kebun, tengok anak getah dengan naik basikal(klik sini: link). Okey, mungkin cangkul tu kurang sesuai letak kat handle. Biasanya pegi je naik basikal, balik tumpang 4wd sebab tak larat dah nak kayuh lepas tu. Letih tahu buat kerja kebun, respek kawe dengan orang yang hari-hari buat kerja ni....

tayar diguna : semi-slick/knobbies(hentam je)
aksesori dibawa : pam mini, tools, tiub spare, botol air
Aksesori tambahan : peralatan berkebun, kasut but

5. Kayuh pegi pasar
Ni kalau keluar kayuh awal pagi, lepas kayuh tu sempat la singgah pasar borong beli barang-barang keperluan dapur(link).

tayar diguna : semi-slick
aksesori dibawa : pam mini, tools, tiub spare, botol air, lampu depan+blinkers,
aksesori tambahan : beg guni buat isi barang-barang

Selain dari tu, ada juga:

6. kayuh kedai runcit/buang sampah: biasanya pada waktu petang hari cuti. Biasanya jarak kurang dari 5km. Sebenarnya itu hanya alasan nak keluar kayuh basikal... :)

7. kayuh pegi masjid-hari jumaat : baru je mula bulan lepas. hanya kalau cuaca dan masa mengizinkan. kalau nak hujan ataupun orang dah nak azan, naik kereta je(kawe takde motosikal..)
Aksesori wajib : rantai pengunci basikal, takut ade orang pinjam beskal lupa nak hantar...

8.Kayuh bawak mesin rumput : dibuat sebulan sekali/bila rumput depan rumah dah panjang sangat sampai anak lembu boleh main nyorok-nyorok . Kawe pinjam je, tak praktikal kalau nak beli sebab jarang guna, lagipun takde tempat nak simpan(stor penuh dengan barang beskal,hehe....) Cara bawak: mesin galas je kat belakang, galah mesin diikat kat handle. bawak dengan penuh berhati-hati... :)

9. Kayuh teman anak : 'mode' ni adalah bila anak kawan ajak nak pegi kayuh basikal petang-petang(link). Dah bosan tengok tv la tu... kawe, sebagai (perasan) bapa mithali pun keluarkan basikal anak kawe dari dalam stor dan ikut kayuh sama. Biasanya kat sekitar taman perumahan je, buat 2-3 lap.

Ada lagi ke 'mode' yang lain?Ada, tapi kena tunggu la, in progress(hint: melibatkan madgad depan-belakang, lampu+blinkers, kain pelikat,songkok/kopiah.what??jeng..jeng....)

p/s: Bulan Ramadhan dah tak lama, minggu depan dah mula puasa. Selamat Berpuasa kepada semua yang beragama Islam.

p/s2: update: tambahan mode ke-9, dan links.

Sunday, July 17, 2011

Kayuhan Trek BML(Reverse), 15/7/2011

(Bukan mengenai kayuh basikal ke belakang...'Reverse' = arah secara terbalik)

Pada hari Jumaat lepas, kawe berpeluang untuk pergi berkayuh mtb di trek BML(Bukit Moklipoh) bersama-sama member dari Mahligai Extreme team. Kayuhan sejauh kira-kira 20km (ikut meter kawe) mengambil masa 2.5 jam dan disertai oleh kira-kira 20 orang riders. Perkataan 'kira-kira' tu adalah sebab ada rider yang bermula dari port station dan ada juga yang join di pertengahan trail. Last-last orang yang buat 'headcount' pun tak pasti jumlah sebenar rider yang ikut. Tapi yang pastinya, semua riders selamat keluar.. :)

Punya la lama tak datang kayuh sini, sampai jalan trek pun dah banyak yang berubah berbanding masa last kawe datang dulu(link).

Kali ni keputusan dibuat adalah untuk berkayuh di trek secara 'Reverse' iaitu secara bertentangan dengan laluan kayuhan biasa yang dilalui dalam kayuhan sebelum ni.

Gambar yang sempat diambil semasa kayuhan( klik pada gambaruntuk Besarkan, kecuali pada gambar paling 'last' yang memang saiz asalnya kecik)



Sampai di Port Station Mahligai,8.15am

Jalan tali air sebelum mula trek offroad

Tengah sedap melalui jalan offroad, tiba-tiba je ada projek perumahan kat tengah-tengah ladang sawit. Entah bila naik pun kawe tak tau...

Atas bukit botak(dulu botak, sekarang dah berjambul)

kena lalu trail di lereng bukit. eh istana apa pulak kat hujung sana tu?

Sampai di trail DH Bukit Botak.
Ni bukit yang ke-3 kena tolak...

'Take 5' di Trek Downhill Bukit Botak. Rupa-rupanya ada member dari kl yang pancit tayar. ada juga rider yang berani nak cuba-cuba trek ni haritu.

Sampai semula di port jam 11.15am. Sempat lagi pergi pasar selepas tu...

Kawe, sebagai jurugambar tak rasmi(lantik diri
sendiri) dalam kayuhan kali ni kerana saudara Webmaster(WM) tak datang pada kayuhan kali ni. tapi takpe, kayuhan kali ni memang best! :)

Statistik Kayuhan

Jarak: 20 km
Masa diambil : 2.5 jam
Trail : 80% offroad, 20% gravel(jalan tali air)
Hidupan liar dijumpa : sekawan lembu liar, kesan 'fresh' babi hutan
Pacat ikut balik rumah: 2 ekor(Eewww...)
Tayar pancit & kerosakan lain : tiada, Alhamdulillah
Kaki krem & kecederaan lain: tiada(kecuali 2 kesan gigitan pacat..hehe), Alhamdulillah

p/s: syabas kepada semua peserta kayuhan Fox's Cave Mtb Jamboree pada minggu sebelumnya. Maaf kawe tak dapat pergi kayuh sama pada haritu sebab ada komitmen lain, walaupun rancangan pada asalnya nak pergi. Khabarnya best juga trek kat sana...


Thursday, July 14, 2011

Kayuhan QC


Kawe dan anak kawe yang nampaknya semakin minat kayuh beskal. Dia pun nak ikut kayuh jugak, jadi kawe bawak dia kat jalan tali air sejauh 1km sebelum pusing balik

Kayuhan pada 9/7/2011 sejauh 35km di sekitar daerah Besut. Laluan on-road dari Kerandang-Kg Raja- Kem TUDM Gong Kedak- Seberang Jertih-Taman tepi sungai masjid Hadhari- Kedai baulu bakar-Kerandang.. :)

Cuaca mendung je sepanjang perjalanan. Sekali nampak macam nak hujan tapi tak jadi. Syukur la jugak sebab kawe tak bawak baju hujan hari tu.

Kayuh solo je, sebab member kayuhan lain khabarnya kena standby/kerja hari tu. Nak buat cemana....

Tujuan kayuhan hari tu (selain dari bersenam bagi keluar peluh dan melepas gian kayuh beskal) adalah bagi menjalankan QC testing bagi beberapa barang aksesori basikal yang baru dapat beberapa hari sebelumnya.

1. Top Tube Bag - beli melalui online dari GerekGear
2. Hydration Bag : beli semasa hari terbuka PU Gong Kedak(rujuk entry sebelum ni)
3. Hanger Derailer belakang(RD) : untuk ganti hanger yang bengkok semasa kayuh offroad di Pasir Akar(link) beli kat WanCycle.

Juga untuk test setting RD selepas pasang hanger baru.

Top Tube Bag
Hydration Bag(pandangan atas) & hanger RD

Mendaki bukit Tangki Air di Bukit Puteri. Jumpa bukit je, tak jumpa puteri

Kem TUDM
Testing jambatan gantung baru siap di Taman Tepi sungai...

Statistik Kayuhan:

Jarak : 35km
Masa kayuhan : 2 jam
Air diminum semasa kayuh : 1.5L
Makanan dilantak semasa kayuh : tiada
Anjing jahat dijumpa: 1 ekor kat atas bukit
Tayar pancit & kerosakan lain : tiada, Alhamdulillah
Kaki krem & kecederaan lain: tiada, Alhamdulillah

Review akan menyusul kemudian, kalau rajin... :)


Thursday, July 7, 2011

Kayuhan Angkasa Raya 2.0: Sukhoi UpClose

(Entry ni adalah sambungan daripada entry kawe yang terdahulu, Kayuhan Angkasa Raya : Hari Terbuka Kem TUDM Gong Kedak)

Setelah lama menunggu, akhirnya Hari Terbuka TUDM di Pangkalan Udara Gong Kedak diadakan lagi pada tahun ni pada 24-25 Jun 2011. Sempat la kawe pergi bawak family pegi tengok jet. Dan secara ringkasnya dari pandangan kawe, rasanya acara kali ni lagi 'best' berbanding acara pada tahun lepas. Kenapa? Haa....sila tengok gambar2 di bawah yang sempat diambil semasa acara berlangsung selama 2 hari(dan kawe pergi 2 kali!) :)

Paling best, dapat tengok Jet Pejuang Sukhoi, antara aset pertahanan negara paling canggih dari dekat. Berapa dekat, demo tanya? sangat dekat.kalau lagi dekat mau benjol kepal terantuk kena bucu sayap. Takpun terbakar jadi abu kalau enjin tu sedang 'on', atau kena sedut masuk dalam airvents. Nasib baik, enjin tak 'on'..... :)

Selain pada tu ada lagi yang menarik, macam pertunjukan payung terjun oleh pasukan khas udara(PASKAU), masuk dalam pesawat pengangkut, pameran helikopter. Dan macam tahun lepas, Wan's Cycle pun ada bukak booth jugak pada hari pertama. Sempat juga jumpa beberapa orang member dalam kem TUDM yang sama-sama kayuh basikal(dan sama-sama Berbasikal dalam Lumpur...hehehe)

Dan lagi, kawe dapat mengumpul lagi satu 'momento' bertemakan basikal dan military. kalau pada tahun lepas kawe sempat sambar sehelai jersi cycling bergambar Sukhoi, tahun ni, jeng...jeng....hydration beg(3L) 'Spec Ops' standard military menjadi habuan. Memang kawe lama dah cari hydration/bladder bag untuk dibawa semasa kayuh, dan pada haritu ada gerai jualan barang-barang military dibuka. Macam-macam dijual kat situ, dari baju-T, keychain, sehingga la ke topi 'camo'. Baju untuk penyamaran pun ada, tapi rasanya untuk display je. Yang paling menarik minat kawe haritu tentulah 'hydration bag'. Selepas tawar-menawar, kawe sempat la sambar satu. Harga? Biarlah Rahsia..hehe.tapi harga special la sebab masa tu abang yang jual tu dah nak mula kemas barang-barang jualan untuk dibawa balik. Beg ni boleh diguna semasa operasi,sesuai juga semasa kayuh mtb. Pelik, tapi benar....

Jet Sukhoi baru lepas mendarat lepas buat airshow. Bahang panas enjin masih rasa walaupun jarak agak jauh. Kalau pergi dekat lagi mungkin rentung kena api enjin jet tu...(link)

Pertunjukan payung terjun oleh pasukan PASKAU. Masa landing sentiasa jatuh 'on target'.Terer sungguh demo ni...

tercucuk mata tu karang, naya... :)

Sempat bergambar bersama tarikan utama acara hari terbuka, Jet Sukhoi SU-30MKM. Tengok berapa ramai yang dok kerumun nak tengok dari dekat. Ye lah bukan selalu dapat tengok dari dekat...

Hydration beg. Mungkin perlu 'modify' sikit sebelum boleh bawak berkayuh.baru terperasan jalur reflective takde, tak macam beg lain yang ada di pasaran. Hos jugak disalut dengan kain, mungkin untuk menambah ketahanan/elak dari berkilau bila disuluh. Ciri lain yang berbeza adalah tali strap menggunakan kancing yang boleh ditanggal dengan mudah. Fabrik adalah dari jenis campuran NOMEX, katanya(klik link untuk keterangan lanjut).

Keputusan, sangat puashati dengan event kali ni. Harap tahun depan diadakan lagi. :)

p/s: dah macam blog jet TUDM pulak jadinya. maaf la ye kalau terlebih 'detail' pasal benda2 lain selain basikal, tapi minat kawe ada macam-macam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...