Saturday, January 29, 2011

29/01/2011 : Kayuhan 2-in-1

Sehari dua ni cuaca nampaknya tak menentu kat tempat Kawan. Sekejap hujan, kejap panas dengan angin yang kadang-kadang agak kuat. Mungkin musim tengkujuh dah nak sampai ke penghujungnya. Tapi apa pun cuaca yang datang, kita sebagai hamba-Nya harus redha.

Hari Sabtu yang lepas pun cuaca masih tak menentu, tapi Kawan awal-awal lagi dah tetapkan dalam hati nak kayuh pagi tu. Sedikit masalah pada mulanya apabila anak bangun awal dan badannya macam panas sikit, kena bagi makan ubat demam. Bila semua perkara dah settle, anak pun dah sambung tidur dapat la Kawan keluarkan basikal dan nak mula kayuh. Dalam kepala,"Nak ke mana ye?". Terfikir pulak, dah lama tak pegi pasar dengan naik basikal. Pernah buat sekali dulu macam tu menggunakan basikal Univega old skool,dan hasilnya agak memberangsangkan. Link: <Part1><Part2>. Peralatan yang dibawa untuk misi kayuh ke pasar kali ni pun lebihkurang sama: beg guni besar dari Tesco yang disangkut di hendal basikal. Mula kayuh macam biasa dalam cuaca yang agak mendung dan selang-seli dengan hujan gerimis. Tak kisahla, lagipun hujan sikit je... dah hampir sampai setelah kayuh kira-kira 15 minit, tetiba je telefon berbunyi. Sapa pulak yang telefon ni...ambik masa jugak la nak keluarkan sebab sebelum kayuh semua peralatan Kawan dah masukkan dalam 'waterproof bag'(baca: beg plastik kedai runcit) tak bagi kena air. Rupanya member yang baru kenal masa kayuh di trek GKCC<Link> haritu, Sabri dari Besut yang call, tanya ada kayuh ke tak haritu, dan tanya untuk join sama. Bagus la ada la member takde la boring sangat masa kayuh nanti. Sampai kat pasar dan beli semua barang-barang yang diperlukan dan mengikut 'list' yang disediakan oleh mem, terus bertolak balik. Harap-harapnya sempat sampai rumah hantar barang sebelum member sampai dari Besut. Tapi baru je keluar dengan basikal dari pasar, member dah sampai. Cepatnya? lama sangat ke Kawan beli barang tadi....

Terus direct member ke tempat parking yang sesuai dan selamat, InsyaAllah. Bila Kawan sampai tak lama lepas tu dalam 5 minit, member dah siap keluarkan basikal dari kereta dan ready nak kayuh. Simpan dulu barang-barang yang dibeli,tumpang dalam kereta member(tak sempat nak hantar ke rumah, takkan nak bawak kayuh pulak). Lepas bagitau serba-sikit mengenai laluan yang bakal diambil nanti, kayuhan dimulakan dalam suasana hujan yang turun semakin lebat. Syukur tak sampai 5 minit kayuh, hujan pun berhenti dan cuaca pun bertambah baik. Rancangan awal untuk berhenti di kedai makcik jual nasi kerabu depan Sekolah Sains kalau hujan bertambah lebat terpaksa dilupakan... Terus kayuh non-stop hingga ke Jeram Pasu, jarak 10km. Berhenti kejap makan bekalan(kuih pau je...) yang dibawa, untuk tenaga sebelum melayan pendakian bukit selepas ini.

Acara seterusnya, daki bukit Jeram Pasu yang memang agak mencabar(bagi Kawan la,member nampak rilek je) dalam cuaca hujan yang kadangkala agak lebat. Biasanya layan trek ni dalam cuaca kemarau, kali ni hujan pun kami belasah. Pengalaman baru la kononnya. Alhamdulillah, jalan mendaki bukit sejauh 8km tu dapat dihabiskan dengan selamat. Top speed semasa 'downhill' mencapai 52.5km/h, berkurang sedikit dari biasa(dalam cuaca kering), 55.5km/h mengikut meter. Yang penting masa melayan trek ni adalah peralatan(basikal) terutama brek dan tayar mesti dalam keadaan tip-top untuk keselamatan. Terus kayuh melalui jalan pintas Estet Cherang Tuli untuk melengkapkan 'loop' satu pusingan sejauh 30km.

Kayuhan kali ni mengambil masa 2 jam(lepas tolak masa pergi pasar 30 minit, berhenti rehat 15 minit) sejauh 30km. Jadi 2 objektif dapat dicapai pada masa kayuhan : 1)RTP- Ride to Pasar dan 2) Kayuhan meningkatkan stamina. Selain dari tu dapat bawa member baru kayuh kenal tempat kita. Lepas ni mungkin ada kunjungan balas pulak ke Besut, dengarnya ada trek off-road dekat dengan rumah member kat sana....dengar cerita tu macam menarik je....

Gambar yang sempat di'snap' semasa kayuhan:


7.30 pagi- RTP(Ride to Pasar) kePasar borong. Barang yang dibeli diisi dalam beg guni dan disangkut ke hendal


8.30pagi- Jeram Pasu. Terasa jugak nak mandi kat air terjun tapi sejukkkk....

Member kayuh : Sabri dari Pasir Akar,Besut. Sanggup datang dari jauh untuk test trek baru. Basikal sama model+kaler, bezanya seatpost basikal Kawan warna putih...


Bergambar di Jeram Pasu dengan basikal. Baju jersi lengan panjang untuk cuaca hujan+berangin...dengan Saddle bag Zixtro Shell (yang dapat hadiah contest...)

Start/ Finish : Masjid Pdg Pak Amat.
Akhir sekali sebelum bertolak balik, nasib baik ingat ambik barang yang disimpan dalam kereta member tadi. Kalau tak, sampai rumah karang bulih nyor la jawabnya dengan mem....;)
Nota: Hari Sabtu lepas sebenarnya Kawan dah plan nak join program kayuh anjuran PKD Pasir Mas, tapi terpaksa menarik diri pada saat-saat akhir disebabkan ada perkara yang tak dapat dielak(anak demam). Kepada member yang dah janji tu, maaf la ye...



Sunday, January 23, 2011

Trek GKCC, Revisited

Pada hari Sabtu lepas Kawan berpeluang sekali lagi untuk kayuh bersama-sama GKCC Team di trek mereka. Terima kasih kepada member yang sudi mengajak untuk Kawan turut sama dalam kayuhan kali ni yang turut disertai 2 orang rider dari luar, Sabri dan Li(pomen basikal) selain rider GKCC seramai 5 orang: Aidi, Azizul, Atok, A-teng dan En. Faizal. Campur dengan Kawan jadilah 8 orang kayuh pada hari tu...

Pernah kayuh kat sini pada Julai 2010(Link),bezanya kali ni guna trek yang lain(jauh sikit)

Kayuhan bermula jam 8.15am dan berakhir 11.00am. Jarak dilalui 22.5km, dengan anggaran 60% offroad, 20% gravel(jalan taliair) dan 20% atas tar. Agak mencabar terutama masa 'climbing', tapi takde downhill sangat kali ni sebab sebahagian trek terhakis disebabkan banjir dan aktiviti korek pasir. Takpe sebab basikal Kawan tu bukan untuk downhill pun...jadi memang sesuai la dengan kayuhan kali ni. Kira berjaya jugak la kayuhan kali ni sebab berjaya sampai ke atas tanpa perlu tolak basikal..(Yeay!). Kayuhan juga adalah sebagai warming-up untuk ke Jamboree Jeli pada bulan 2 nanti...

Antara gambar yang sempat di'snap' pada hari tu:

Persiapan sebelum kayuh, buat 'equipment check' dulu...tengah buat anggaran berapa liter air yang nak kena bawak:1.5L dalam bladder bag, 0.5L isotonic drinks diisi dalam botol...cukup la kot untuk 2.5 jam kayuh....

Jumpa tanah runtuh di tengah jalan. Kena tunggu lori tanah tolong clear dulu baru dapat lalu...

Dah habis kayuh. Sesi 'Debrefing' pulak kat kedai air nyor muda...hehe. Terima kasih saudara Sabri sebab belanja...

Terima kasih juga kepada member-member dari GKCC yang sudi mengajak Kawan dalam sesi kayuh pada kali ni. Tapi sedikit kecewa(sikit je laaa...) sebab takde pulak nampak jet-jet pejuang Sukhoi terbang semasa berkayuh tu. Biasanya ada jugak yang melintas...

Nota : Jumpa pulak kat Jeli bulan 2 nanti...InsyaAllah....

Thursday, January 20, 2011

RTW Hari Jumaat, Kayuh Pegi Kebun

Hari Jumaat adalah hari cuti kat tempat Kawan. Tapi ada masanya kawan kena kerja part time.... bezanya, pergi kerja bukan kat dalam opis, dan pergi kerja pun dengan naik basikal je sambil melayan jalan offroad dalam kebun getah dan sawit. Jadi pekebun la haritu Kawan....

Gambar pekebun part-time dengan full battle gear...sedia bertempur dengan nyamuk, pacat dll....

laluan dalam kebun getah yang baru ditanam semula...

Basikal sebagai kenderaan RTW hari tu bersama Jip ayah Kawan(sori takde gambar, Ayah Kawan tu memang camera-shy sikit...hehe...)
Tujuan sebenarnya hari tu adalah pergi menolong ayah Kawan je kat kebun getah yang baru ditanam semula...ye lah orang tua kan.....
Jadi kalau hari Jumaat tu tak dapat turun ke trek, tau la Kawan pegi ke mana ye....jadi pekebun part-time...:)

Best jugak jadi pekebun part-time ni, jalan offroad nak ke kebun pun boleh tahan layan, sejauh kira-kira 3 km dari rumah melalui kebun getah dan sawit... tapi kena berhati-hati dengan duri pelepah sawit yang boleh menyebabkan tayar bocor....
Masa balik boleh layan bawak 4x4 pulak, basikal naik atas... best wa cakap lu...tapi tak sama dgn masa layan trail dgn basikal la...
Nota : RTW adalah singkatan bagi 'Ride To Work' atau 'Kayuh ke tempat Kerja'....



Sunday, January 16, 2011

Link : Panduan Meng-ejas Gear Basikal Anda

Satu kegemaran Kawan*, selain dari kayuh basikal adalah meng'ejas' basikal. 'Adjust' kata orang putih. Terutama pulak masa tak dapat keluar berkayuh disebabkan hari hujan/ribut petir/hari dah gelap/tak dapat kelulusan untuk keluar berkayuh(sapa yang bagi kelulusan?b1n1 la...hehehe...)
Masa tu, tangan pun mula la rasa gatal2 nak melakukan aktiviti ejas-mengejas nih. Tapi AWAS! silap ejas nanti, terbang basikal demo* atas bumbung macam dalam cerita P.Ramlee tu, jangan salahkan Kawan* pulak yeee...

Untuk mengelakkan perkara yang tak diingini daripada berlaku, sebelum memulakan aktiviti yang agak berisiko ni baik la cari ilmu dulu. Zaman sekarang ni cari ilmu bukan lagi payah macam zaman dulu dah, nak kena pergi menuntut sana-sini sampai ke puncak gunung mana entah baru dapat ilmu. Cukup dengan dok kat depan komputer, mulakan pencarian ikut topik yang dikehendaki dan pilih je link yang berkenan. Mudah...


Komponen gear yang biasa ada pada basikal...



Jadi hari tu Kawan* nak cuba fine-tune derailer kat basikal pulak. Untuk basikal yang menggunakan gear, memang biasa kalau lama-kelamaan berlaku 'gear skip' ataupun 'auto-shifting' dimana tukaran gear menjadi kurang lancar dan gear bertukar dengan sendirinya semasa berkayuh, terutama apabila basikal digunakan dengan lasak seperti mountain-biking.



Ni adalah petikan sebahagian dari artikel yang Kawan jumpa kat e-how berkenaan topik ni:




Instructions



Adjust the Rear Derailleur
1.Find the rear derailleur(Duh!): Starting with the right shift lever, follow the cable to the pulley mechanism near the back gears.
2.Look for two screws. As with the front derailleur, there is one screw for Low and one for High.
3.Turn the pedals forward and shift into your smallest cog. If the chain doesn't shift into the smallest cog, loosen the "H" screw. If it overshoots the small cog, tighten the screw.
4.Shift into the largest rear cog. Again, if it doesn't shift, loosen the "L" screw. If it goes too far, tighten the screw.



Link:

How to Adjust Bike Gears

How to Adjust Gears on a Mountain Bike



Video:

How To Adjust Your Rear Derailleur

How To Adjust Your Front Derailleur

Selamat meng'ejas'!;)


Nota : kalau rasa-rasa tak berani buat jugak walaupun dah tengok panduan ni, elok la kalau demo* bawak basikal tu ke kedai je untuk service...tapi kalau dapat buat sendiri lagi puas hati,at least untuk Kawan* la....

*Mari belajar Bahasa Kelantan

Kawan= saya/aku
Demo = awak

Monday, January 10, 2011

Daftar Jamboree Jeli



Ada lagi 4 hari sebelum tarikh tutup. Kawe baru confirm daftar tadi. Kat dalam website pun belum update lagi nama Kawan... Demo dah daftar ke belum? Sempat lagi ni.....:)
Link : Jeli Ride, Daftar Online


Update : Nama Kawan dah ada dalam senarai peserta...Lucky number 0199... Masa untuk mula training la pulak... 50km offroad tu bea....


Print screen senarai peserta *Kalau nampak tulisan memang sah demo ada mata super...*

Jumpa di sana...di sana...di sanaa.....:)

Nota : Ni Jamboree basikal MTB ye. Jangan bertukar dengan Jamboree Pengakap pulak....hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...