Monday, March 21, 2011

Menjejak Laluan di Bukit Keluang, 19/3/2011


Pada hari Sabtu lepas 19/3/2011 kawe pegi bergatih basikal di sekitar Besut,Trg. Kayuhan ditemani member dari Pasir Akar, Sabri. Bermula di rumah mertua kawe di Kerandang melalui Kampung Raja terus ke Bukit Keluang.
Ok, misi kayuhan kali ni adalah untuk menjejak laluan offroad menghala naik ke puncak Bukit Keluang. pada asalnya tak lama dulu laluan ni pernah digunakan untuk mengangkut tanah tapi sudah ditutup sejak setahun lepas. Dapat naik ke atas bukit sejauh kira-kira 500 meter ke atas, tapi malangnya laluan kat atas menghala ke puncak tidak dapat dilalui sebab tanah runtuh menghalang laluan. Tapi memang best gile+adventure sebab dah lama nak buat macam tu(cari laluan baru) cuma tak berani je sebab kayuh sorang-sorang. Dah ada member tu okey la sikit...
Terima kasih Sabri sebab sudi terima ajakan kawe haritu. Walaupun misi kali ni menjejak laluan ke puncak bukit tak mencapai objektif, dapat naik 1/2 bukit je... Lain kali kita gi kayuh tempat demo pulak...



Dalam perjalanan ke tempat pertemuan dengan member hujan lebat pulak, berenti dulu kat wakaf tunggu reda...



Dua basikal kembar seiras... cuma beza satu laju, satu slow sikit...hehe



Sabri dengan basikal. Kat belakang tu laluan ke puncak bukit yang terhalang dengan tanah.


Gambar latar bangunan Maktab Perguruan. Tempat paling tinggi dapat sampai kat sini la, nampak hampir sama tinggi dengan menara masjid kat belakang. Kawe: "Akhirnya dapat jugak aku sampai atas bukit ni.."


Lokasi Filem Merong Mahawangsa
Tapi demo tau ke, di tempat ni(Bukit Keluang) pernah menjadi lokasi penggambaran filem Merong Mahawangsa, yang sekarang ni sedang ditayangkan? Ya betul... tak silap kawe dalam tahun 2009. Mungkin panorama menarik di sekitar area sini telah membuatkan lokasi ni terpilih.Khabarnya filem Malaysia termahal dengan kos RM 8 juta. Bayangkan berapa banyak basikal yang boleh dibeli dengan duit sebanyak tu. Tapi kawe taknak komen banyak-banyak sebab belum tengok lagi filem ni.
Gambar 1 : Lokasi penggambaran filem 'Merong Mahawangsa'. Sila abaikan pelakon tambahan tak pakai baju dan fokus pada anak panah menunjukkan banjaran Bukit Keluang di belakang...:)
Gambar 2 : Tengok yang ni pulak. Gambar banjaran Bukit Keluang dari arah tepi pantai. Anak panah menunjukkan tempat yang sama pada bukit. Tak pecaya lagi? Tengok lagi gambar penggambaran sini...<link>
Statistik Kayuhan hari ni
Jarak : 35km...lebihkurang(meter hilang,kena tengok meter member)
Cuaca : hujan sekejap2 kadangkala lebat(kena cari tempat berteduh 2,3 kali)
Offroad: 1km je sebab jalan tersekat dengan tanah runtuh.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...