Unik betul program kayuhan yang kawe sertai pada pagi tadi. Kayuhan Minda Sihat, Peringkat Daerah Kota Bharu anjuran Kementerian Kesihatan. Ramai juga yang join, anggaran dalam 250 orang. Kayuhan adalah secara santai dengan ada escort trafik. Bermula di Klinik Kesihatan Bandar(KKB), Kota Bharu ke Pantai Sabak dan balik semula ke KKB, sejauh kira-kira 20km. Itu yang diberitahu, kawe tak dapat nak pastikan disebabkan meter hilang tempohari, semasa menyertai Jamboree Jeli.
Yang unik dan menariknya, acara kayuhan kali ni turut termasuk acara mengedarkan risalah kesihatan bersama penghuni rumah anak yatim bertempat di Rumah Anak Yatim Taman Sabariah dan Taman Uda Murni kepada penduduk di sekitar. Selepas tu di Pantai Sabak pulak ada sesi gotong-royong membersih kawasan dan cabutan bertuah bersama penduduk setempat.
Walaupun kawe tak menang apa-apa cabutan pun,Untung dapat turut serta dalam program kali ni....dapat berbasikal sambil berbakti kepada masyarakat....:)
alo laaaa sedapnya rasa kalu buleh join jgop. pah daerah kita bila tu eh, jadi ko 26/mac ni di pejebat kesihatan p.puteh srupo even dale Blog Mahligai MTB tu?
ReplyDeletefadlyFZ/
ReplyDeletePenganjur kato jadi 26hb ni. Pakak tubik ramai2 la set gatih pasir puteh hari tu...free jah,tapi pastike pakai helmet, utk keselamatan maso gatih..