Tuesday, March 8, 2011

Kayuhan Jeliride 2011 : My First Jamboree




Ni adalah catatan perjalanan kawe semasa menyertai Jamboree Jeliride Kayuh Sokmo pada 26-27/2/2011 di Jeli.
-Pada mulanya ingatkan dah tak jadi pergi disebabkan sedikit masalah untuk mendapatkan cuti (event pada hari Ahad, hari kerja di Kelantan) tapi Alhamdulillah cuti kawe telah diluluskan pada saat2 akhir..


Perjalanan Ke Jeli, 26/2/2011 (Sabtu)




5.15pm 26/2/2011 (Sabtu)- bersiap untuk bertolak. Basikal kena bukak tayar dulu baru dapat muat belakang kereta. Tak pakai rak basikal takut jatuh atas jalan, naya.....

-Selain dari basikal dan peralatan lain, tikar dan bantal dibawa jugak untuk keselesaan tidur pada malam tu kerana tak disediakan di rumah penginapan. Memang selesa, sebab tido malam tu lelap sampai ke pagi, hehehe....


6.15pm : berhenti depan UITM Machang menunggu konvoi kereta+lori transport Team GKCC untuk bergerak sama-sama ke Jeli. Macam ada buat event,manarik jugak ada dikir barat tapi tengok ikut luar je...tak lama lepas tu konvoi sampai, kawe terus follow di belakang....



7.30pm - Sampai di Jeli. berenti dulu di Masjid Jeli untuk solat Maghrib, kemudian terus check-in bersama member2 GKCC di kuarters bomba. Plan last minute, nasib baik ada tempat kosong lagi di rumah sewa, kalau tak mungkin masjid/surau menjadi destinasi pada malam tu.


8.30pm - keluar makan di bandar Jeli. Plan asal nak gi dinner disediakan penganjur tapi tak jadi sebab jauh dan tak tau jalan kesana. Last2 berenti kat gerai makan tepi jalan. Kawe bedal nasi kerabu special daging bakar, best jugak...


9.00pm - Mendaftar di Kaunter Pendaftaran di TNB Jeli. Tercari-cari juga pada mulanya sebab tempat tak familiar dan kurang papan tanda disediakan, tapi akirnya jumpa jugak. Selepas daftar, dapat nombor plet + beg goodies berisi baju T dan suntonic(campuran minuman isotonic).

Hadiah utama cabutan bertuah esok...basikal brand KONA


Lagi hadiah cabutan bertuah, Frame + helmet

10.00pm - Balik ke rumah sewa, setting basikal mana yang patut. Diaorang siap ada buat klinik basikal lagi. Dapat la kawe join sama untuk tambahkan ilmu sedikit-sebanyak berkenaan basikal.....

Jumpa member2 dari MET menyewa kat rumah depan tak jauh dari situ. (Tapi khabarnya berpindah ke tempat lain...kenapa ye?)


11.30pm - Tido...mula2 tu agak payah nak lelapkan mata, mungkin sebab excited untuk acara pagi esok. Tapi disebabkan letih drive 2 jam lebih tadi, tido jugak tak lama lepastu....



D-Day, 27/2/2011

6.00 am - bangun pagi-pagi dan bersiap untuk ke acara Jamboree. Ada surau kat depan kuarters bomba. Sempat solat berjemaah dan doa mana yang patut. Yang penting, mohon selamat dari sebarang kemalangan semasa berkayuh nanti.



7.30 am - Bergambar di depan kuarters bomba bersama member-member dari GKCC sebelum ke tempat acara.


8.00am - sudah berada di tempat permulaan bersama peserta-peserta lain. Semuanya nampak macam dah bersedia untuk berkayuh offroad sejauh hampir 50km.4 Check Point (CP) disediakan penganjur untuk peserta mengambil sticker.. kawe rasa berdebar jugak sebab ni la kali pertama masuk event macam ni...
Barang yang dibawa sekali semasa berkayuh:
-Toolset, chain tool, patch kit, tiub spare, pam
-Air kosong 1.5L(dalam bladder), air isotonic 100+ 500ml(dalam botol)
- Sedikit makanan : cloud 9, kismis
- First Aid : ubat luka, plaster, kapas, spray anti-cramp
-Kamera, wallet, handphone untuk bantuan sekiranya ada kecemasan

Sebahagian dari peserta kayuhan. Ada la dalam 700-800 orang semuanya.

8.15am - peserta dilepaskan. mula berkayuh on-road di belakang 'safety car' sejauh 7 km sebelum memasuki laluan off-road. Cabaran kayuhan Jamboree Jeli pun bermula....


Pak Cik yang turut menjadi peserta walaupun dengan basikal 1 speed dan kasut but getah. Helmet guna serban je. Memang respek dengan semangat yang ditunjukkan pak cik ni...(gambar dicilok dari laman fb tokey kedai basikal)


Cabaran bermula


Kayuhan bermula dengan baik, laluan offroad yang disediakan penganjur memang mengujakan. Kayuhan terbahagi kepada 3 zon yang ditandakan mengikut warna iaitu merah, Pink dan kuning(eh, BIRU...konfius sebab spek kawe lens warna kuning...hehe). Tapi malang menimpa kawe pada masa menuruni bukit dengan laluan berbatu sebelum sampai ke CP1. Tayar bergelincir di batu yang agak licin dan basikal menjadi tidak stabil lalu kawe jatuh menyebabkan luka pada betis dan lutut kanan. Ibujari tangan kanan rasa sengal-sengal sebab tangan kanan digunakan untuk menahan muka daripada tersembam ke tanah semasa jatuh. Peserta di belakang ada yang bersuara memberi amaran kepada rider lain supaya berhati-hati di laluan. Dapat bangun dan periksa basikal, masih okey. Tapi masa ni masih belum sedar luka yang dialami semasa jatuh tadi (dan meter yang tercicir). Mula berkayuh semula. Bila dah nak sampai ke CP1 baru rasa pedih-pedih sikit. Berhenti tepi dan sapu ubat dan tampal plaster, semua dah bawa kat dalam beg galas. Terus kayuh ke CP1, berhenti untuk tampal stiker je. Orang lain pun nampaknya terus je kayuh, rupanya kat CP1 tiada air/makanan disediakan ataupun dah habis dimakan.

Selepas CP1 mula rasa agak penat, berhenti 2-3 kali bersama rider lain menghilangkan penat. Banyak jugak bukit yang mencabar stamina dan technical skill seorang rider macam kawe yang baru nak mula join event seperti ni. Ada laluan berselut, bukit licin dan downhill tapi semuanya dapat dilepasi dengan selamat. Enjoy juga dengan laluan offroad yang disediakan. Kayuh lagi menghampiri ke CP2, tapi laluan mendaki bukit dengan jalan bersimen sebelum CP2 telah menyebabkan kawe mengalami krem di kedua-dua belah peha hingga terpaksa berhenti lagi sekali. Nasib baik kali ni kawe bawa spray anti-krem. Mungkin dah expect benda macam ni akan terjadi, entah la. Tapi ia memang membantu kawe untuk meneruskan kayuhan, menuju CP yang seterusnya. di CP2 cuma disediakan air mineral botol kecil, kawe habiskan dengan sekali harung je. Mungkin silap langkah, tapi masa tu tekak memang betul-betul rasa haus. Tengok ke meter untuk mengetahui berapa km sudah dilalui, baru terperasan meter dah takde! Mungkin tercabut dari soketnya semasa jatuh tadi, kawe pun tak pasti. Teruskan perjalanan ke laluan seterusnya, keluar ke jalan tar. Masa ni jumpa laluan berbukit yang betul-betul menimbulkan rasa saiko,sakit hati dan rasa menyampah pun ada. Tapi rasa menyesal sebab datang tu jauh sekali.haha. Agak-agak tinggi tu macam bukit di Jeram Pasu tapi yang ni tak habis-habis. Jumpa ramai member yang turun dan tolak basikal, tapi kawe cuba teruskan dengan berkayuh, dan berazam akan teruskan sehingga kaki dah tak berkuasa lagi untuk terus berkayuh. Sebabnya kawe rasa sekali ni kalau berenti dari kayuh, peluang untuk berkayuh semula dan menghabiskan kayuhan adalah tipis. Rider bermotor yang selisih di pertengahan jalan cuba memberi semangat kepada kawe, katanya CP3 dah taj jauh dalam 1km lebih lagi.
Ternyata kali ni nasib tak menyebelahi, di km 30(tanya bacaan meter basikal member) kaki dah tak dapat teruskan mengayuh(krem), dan terpaksa berhenti menunggu kenderaan bantuan.


12.05pm - terpaksa berhenti kerana kaki krem. tak dapat bangun / berjalan selama dekat 10 minit jugak walaupun dah guna spray. Rider bermotor berhenti beri bantuan kecemasan



12.15pm - Terpaksa naik kenderaan bantuan disebabkan kaki dah tak dapat mengayuh lagi. Nampaknya berakhirlah cabaran Jamboree kali ni buat kawe...



12.30pm -sampai ke tempat berkumpul di Balai Bomba dan Penyelamat Jeli. Turun dari van dan, ehhh..dapat medal jugak? Orang yang bagi kata "semua dapat". Dah orang bagi, ambik je la...kan?


Khemah makanan disediakan pihak penganjur.. masa ni rasa keciwa punya pasal sebab tak dapat habiskan CP, kawe habiskan satu pinggan nasi berlauk daging singgang dan sayur serta air sirap. Hiah....



Tempat basuh basikal. Ada perkhidmatan basuh basikal dengan waterjet, tapi kena tunggu giliran. Sebab sampai pun lambat, kena tunggu lama. Last-last kawe basuh sendiri je...


2.00pm - Acara cabutan bermula. Tak menang apa-apa hadiah pun. Mungkin tak layak sebab tak habis semua CP. Tapi ada jugak nombor orang yang tak datang kayuh pun turut dipanggil, itu yang herannya...(Iye Yang, tak menang apa-apa hadiah. Topi tu Abang beli untuk bawak balik bagi kat Ayang...)

3.30pm - Kemaskan barang-barang dan bertolak balik

5.15pm - Sampai ke rumah.


Epilog


Selesailah sudah cerita kawe dalam acara kayukan di Jeli. Walaupun nampaknya agak mencabar dan ada sedikit kekurangan dari segi penganjuran, tapi sebenarnya bagi kawe pihak penganjur sudah membuat yang terbaik untuk penganjuran kali pertama. Terima kasih kepada rider bantuan bermotosikal dan kenderaan bantuan yang memberikan bantuan dengan baik semasa memerlukan. Semuanya bergantung kepada persediaan rider sebenarnya, dan mungkin persediaan fizikal kawe kali ni masih belum cukup mantap. Takpe, lain kali kalau ada peluang lain kali akan datang lagi ke sini pada Jamboree akan datang untuk menghabiskan cabaran di laluan ini dengan persediaan yang cukup dari semua segi, InsyaAllah....

Walau apa pun, pengalaman yang didapati semasa menyertai cabaran Jamboree kali yang pertama ni adalah sesuatu yang sangat berharga bagi kawe dan tak akan dapat dicari ganti. Terima kasih di atas sokongan dan galakan dari kawan-kawan dan keluarga terutama Isteri tersayang yang sentiasa memahami. Dan semoga persahabatan yang terjalin semasa bertemu dan berkumpul bersama semasa disana akan berkekalan...sekian...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...