Sunday, April 10, 2011

Kayuhan 'Jom Sihat' Daerah Pasir Puteh. 26/3/2011

Sekali lagi kawe dapat serta program kayuh 'Jom Sihat', kali ni anjuran Klinik Kesihatan tempat kawe sendiri iaitu Klinik Kesihatan Daerah Pasir Puteh. Tarikh program pada hari Sabtu, 26/3/2011. Meriah jugak la...ada acara senamrobik, cabutan bertuah(kawe dapat satu!!) dan jugak program gotong-royong membersih tempat perkelahan Jeram Pasu. Dapat kain tuala jugak selai sebagai cenderahati program. Makan tengahari jugak disediakan, sekali ngan air mineral, pisang dan roti. terima kasih dan tahniah kepada pihak penganjur yang berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi menjayakan program kayuhan kali ni.... Ramai jugak basikalis yang ikut serta dari seluruh Kelantan. Wakil dari Besut pun ada jugak, kayuh dari Kuala Besut lagi, jauh tuu... Lagi best, laluan dipilih kali ni melalui Bandar Pasir Puteh, terus ke Jeram Pasu mengikut laluan Bukit Jeram Pasu yang mencabar tu. Sebelum tu lalu ikut kampung kawe dulu, dapat lambai2 kat orang kampung la sambil kayuh....hehehe Taknak cite banyak, tengok gambar je la ye.... Geng kayuh dari Pasir Puteh..lawa baju?:)
Menunggu program bermula. Encik Polis dan van pengiring sedia menunggu untuk mengiringi para pengayuh
Satu, dua, lapan, lapan lagi.... acara senamrobik diketuai Cikgu Hatta


Sampai ke destinasi...Air Terjun Jeram Pasu. Lepas ni acara gotong-royong pulak, diikuti LUCKY DRAW....


Saya menang Hamper..1st time dapat Lucky Draw sejak mula kayuh basikal


Nota : Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Abe Zamri, member kayuh dari dari IPD Pasir Puteh yang telah meninggal dunia semasa berkayuh pada laluan yang sama tapi hari yang lain disebabkan serangan jantung. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman....AL-FATIHAH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...