Salam...
Semalam ada terima call dari salah seorang member Geng Kayuh, tanya Kawan mana gambar aktiviti kayuhan ke Jeram Pasu haritu. Sori,terlupa nak masuk blog. Sebenarnya Kawan dah upload dah ke akaun facebook Kawan, tapi member mungkin tak jumpa. Jadi untuk tak menghampakan, Kawan upload dulu gambar-gambar yang sempat diambil masa tu...
Kayuhan kali ni disertai oleh 5 orang Geng Kayuh dengan basikal masing-masing dibuat secara santai dan melalui jalan tar sahaja sejauh kira-kira 20 km. Tak dapat nak ikut laluan offroad sebabnya kayuhan kali ini ada yang bawa roadbike dan basikal jepun. Itu yang istimewanya Geng Kayuh ni,tak kira apa jenis basikal semua boleh join. Yang Penting, Kayuh...!
Khabarnya pada hari sebelum ada member yang test roadbike yang baru keluar kedai sampai ke pantai tok bali. Kawan tak dapat ikut serta masa tu,apakan daya ada hal yang perlu didahulukan...
Nampaknya entry untuk Kayuhan Krem Kaki 2010 - Part 2 kena tunggu dulu la ye...sabar2...layan gambar dulu ye...
* Kawan = kawe / ambo / saya / aku / gua
Pandangan dari kokpit...
Jalan yang dilalui menuju destinasi...
Masalah dah settle, boleh la teruskan perjalanan...
Salam Geng Kayuh P. Puteh,
ReplyDeleteInsyaAllah bila balik kampung saya nak ikut kayuh. Boleh ke? Kalau boleh letak no hp, senang nak berhubung.
Sekitar P. Puteh tu, mana trek off-road? Dulu saya pernah kayuh ikut jalan tali air - dari Kg Saring hingga ke Jeram Linang.
abuomar /
ReplyDeleteSalam en. abuomar. terima kasih sudi menjenguk ke blog saya,orang baru dalam mtb...
Nak ikut sama berkayuh, boleh...harapnya nanti boleh berkongsi sedikit pengetahuan dalam hal-hal berbasikal dengan orang yang lebih berpengalaman.
Buat masa ni trek off-road yang tetap tu masih belum ada lagi, cuma tengah risik2 jalan di sekitar cherang tuli ke jeram pasu secara sendiri2..
Boleh hubungi saya di email: fakhrul@radicare.com.my
wsm,
ReplyDeleteterima kasih. insyaAllah bila balik kampung saya akan hubungi sdr.