Tuesday, April 27, 2010

Kayuhan ke Jeram Pasu 3/4/2010


Salam...
Semalam ada terima call dari salah seorang member Geng Kayuh, tanya Kawan mana gambar aktiviti kayuhan ke Jeram Pasu haritu. Sori,terlupa nak masuk blog. Sebenarnya Kawan dah upload dah ke akaun facebook Kawan, tapi member mungkin tak jumpa. Jadi untuk tak menghampakan, Kawan upload dulu gambar-gambar yang sempat diambil masa tu...

Kayuhan kali ni disertai oleh 5 orang Geng Kayuh dengan basikal masing-masing dibuat secara santai dan melalui jalan tar sahaja sejauh kira-kira 20 km. Tak dapat nak ikut laluan offroad sebabnya kayuhan kali ini ada yang bawa roadbike dan basikal jepun. Itu yang istimewanya Geng Kayuh ni,tak kira apa jenis basikal semua boleh join. Yang Penting, Kayuh...!

Khabarnya pada hari sebelum ada member yang test roadbike yang baru keluar kedai sampai ke pantai tok bali. Kawan tak dapat ikut serta masa tu,apakan daya ada hal yang perlu didahulukan...


Nampaknya entry untuk Kayuhan Krem Kaki 2010 - Part 2 kena tunggu dulu la ye...sabar2...layan gambar dulu ye...

* Kawan = kawe / ambo / saya / aku / gua






Pandangan dari kokpit...


Jalan yang dilalui menuju destinasi...


Dalam perjalanan, basikal cikgu Azhan mengalami sedikit masalah tayar belakang berbunyi...pakat2 tolong cari puncanya...


Masalah dah settle, boleh la teruskan perjalanan...







Sampai ke destinasi dituju. Abang Lan dan Jimi tengah cari tempat yang sesuai untuk parking basikal masing-masing...Cikgu Azhan bawak basikal sampai ke air terjun untuk tujuan bergambar dengan basikal FUJI NEWEST 2.0...basikal ringan, boleh la angkut sampai ke atas...Bergambar sebelum bertolak balik. Dari kiri Cikgu Azhan, Jimi, Kawan, Yen dan Abang Lan. Puas hati sungguh sebab kayuhan kali ni ada sekali acara mandi+berenang...!

Monday, April 26, 2010

Kayuhan Krem Kaki 2010 : Kayuh bersama Geng M.E.T - Part 1

Salam...

Pada minggu lepas, aku berkesempatan untuk turut serta dalam kayuhan mingguan hari Jumaat bersama Mahligai Extreme Team ataupun singkatannya MET. Lokasi kayuhan bertempat di Bukit Mak Lipah, Mahligai dalam daerah Bachok. Dah lama sebenarnya berniat nak join, tapi selalu tak sempat/ada plan lain/tak konfiden. Maklum la aku ni boleh la dikira baru dan amatur lagi dalam berbasikal ni, mampu ke nak layan trail bersama otai2 mtb nanti?





Tapi dengan berbekalkan azam dan semangat yang membara(chewah!),pada pagi jumaat tu aku dengan semangatnya bangun awal2 pagi lagi. Lepas sembahyang subuh, terus aku siapkan basikal,periksa mana yang patut takut-takut la ada skru yang longgar ke apa ke,nanti membahayakan keselamatan pulak. Yelah, keselamatan tu penting masa menjalankan aktiviti berkayuh ni...





Layan dulu gambar-gambar persiapan aku dalam menghadapi cabaran kayuhan kali ni...









Basikal Mtb Ful-Sus Old skool ku, bersama barang-barang yang akan dibawa bersama...pasu tak termasuk dalam senarai...

Basikal siap diletak kat rak belakang kereta,sedia untuk berangkat....





Sampai di tempat dituju, Port Station MET...





Selepas siap turunkan basikal dan pasang alat-alat mana yang patut dibawa,tak dilupa bekalan air untuk mengelakkan dehydration,Semua peserta berkumpul, sedia untuk memulakan kayuhan yang agak mencabar ni. Mencabar bagi aku la seorang amatur yang hanya berkayuh secara biasa-biasa aje sebelum ni...dengan basikal mtb old skool yang juga hanya biasa-biasa aje. Tapi dengan berbekalkan semangat juang yang tinggi, aku ambik keputusan...Redah je laaa...

Sunday, April 18, 2010

Misi Hari Ini : Pergi Pasar - Part 2



Ni kat kedai jual daging. Ada sesapa nak beli KEPALA LEMBU??

Haa...dah sampai balik rumah dengan selamatnya setelah melalui perjalanan balik yang agak tak mencabar sejauh kira-kira 10km(sebab lalu atas tar je...takleh lalu offroad takut barang-barang dibeli jatuh). Tapi kalau korang nak try gak offroad,no problem. Kalau berjaya jangan lupa bagitau...




Misi BERJAYA! Anak ku yang sulung(Kakak) turut bagi sokongan."Lain kali kakak nak ikut juga..."katanya. Boleh,tapi kakak kena pandai naik basikal dulu...

DATA KAYUHAN :



Destinasi Kayuhan: Rumah - Pasar - Rumah(singgah kejap kedai nasi bungkus beli nasik)



Jarak Kayuhan: 20KM



Nilai Petrol Dijimatkan : lebih kurang RM 5.00



Satu lagi,kayuhan Pergi Pasar ni dibuat pada pagi hari Jumaat....sebab kat tempat aku hari Jumaat cuti...jadi boleh la dikatakan aku juga menyahut seruan "CYCLE FRIDAY"....



Sekian....


Saturday, April 17, 2010

Misi Hari ini : Pergi Pasar - Part 1

Hujung minggu biasanya adalah masa untuk aku menjalankan aktiviti riadah yang paling aku
suka iaitu berbasikal. Biasanya aku akan berbasikal ke destinasi tertentu seperti air terjun, laluan offroad atau kedestinasi lain bersama teman-teman Geng Basikal. Tapi pada minggu lepas aku telah membuat sedikit kelainan. Aku telah mencuba satu rutin yang baru dalam aktiviti kesukaan aku ni dengan pergi ke pasar dengan basikal mtb ku. Sebenarnya, aku mengaku ia bukan la idea aku 100% tapi 'mem' aku yang telah melontarkan idea yang agak logik-taklogik ini. Bayangkan, basikal mtb (Mountain Bike)yang biasanya aku guna untuk mendaki bukit, meredah laluan offroad,denai berselut dan becak akan aku cuba bawa ke pasar untuk membeli barang-barang keperluan yang biasanya aku lakukan menggunakan kereta. Tapi memandangkan aku ni seorang yang suka mencuba perkara-perkara yang baru,aku ambik keputusan....Redah je laaa...

Mtb Oldskool Ful-Sus ku...





Peralatan dibawa: pouch bag, bekas air+warmer(I like my tea warm not cold).Dengan Kelengkapan tambahan untuk misi kali ini : Beg Besar tesco

Sampai kat pasar...parking dulu. Senang je, sandar je kat tiang
Ikan semuanya baru sampai...segar2 pulak tu!







Thursday, April 8, 2010

Aktiviti kayuh Hujung Minggu - Jumpa Geng Kayuh













Salam kepada semua...







Orang lain buat blog,aku pun sibuk nak buat blog jugak. Kononnya dengan niat suci murni nak memaparkan aktiviti-aktiviti terutama yang berkaitan dengan kayuhan. Tapi apakan daya, selalu je takde masa, akhirnya blog terbiar begitu saje..


Tapi biarkan, itu dulu punya cerita. Sekarang dengan sukacita aku melaporkan,aktiviti kayuhanku sudah menunjukkan peningkatan yang agak drastik. Ini mungkin jugak disebabkan aku dah jumpa geng yang dapat sama-sama turut serta dalam aktiviti kayuhan ni..


Memandangkan nak tulis banyak kali ni pun tak sempat, layan gambar je la dulu..


GAMBAR KAYUHAN MESRA LTDL, KOTA BHARU


LOKASI: STADIUM- KBG KERIAN - STADIUM


JARAK KAYUHAN : 18KM


TARIKH: FEB 2010





















Mula-mula jumpa Geng Kayuh ni kat sini laa...
























KAYUH 'JOM KAYUH', PANTAI IRAMA BACHOK



TARIKH: 27 MAC 2010

LOKASI : SEKITAR BANDAR BACHOK

JARAK KAYUHAN : 15 KM













Lepas tu jumpa lagi masa ada aktiviti kayuhan lagi, kali ni kat Bachok pulak. Jumpa lagi ramai Geng masa ni...




Apa lagi, lepas tu terus buat plan untuk aktiviti seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...