Gatih = Kayuh , Sikal = Basikal. Blog Catatan aktiviti berbasikalku, dan perkara-perkara berkaitan dengannya.... :)
Wednesday, December 29, 2010
Azam Kayuh 2011
Thursday, December 23, 2010
Univega vs. Hummer
Tuesday, December 14, 2010
Tips : Cara Membetulkan Rantai Tercabut
Pernah tak mengalami rantai tercabut semasa berkayuh? Kawan pernah, 2 kali semasa berkayuh kat offroad. Sekali tu berlaku dalam hujan lebat. Masa tu, terkial-kial jugak la untuk betulkan, sedangkan member-member yang kat depan semakin jauh. Bawak ke kedai? Jangan mengarut, kat tengah-tengah hutan mana ada kedai basikal. Kalau ada pun jumpa kedai kat tengah-tengah hutan macam tu, betul ke yang jaga kedai tu....manusia? Ishh...
Step 1: Hook back on
The easiest way to do this is to hook the chain onto the bottom sprocket and pedal backwards. Don't try and hook onto the top of the chain ring, always hook onto the bottom and pedal backwards
Step 2: Pedal
Now pedal forwards until it is in the right gear or keep changing gear until the chain pedals smoothly.
Step 3: If it's jammed
Sometimes the chain gets jammed between the smallest sprocket and the frame. In this case, it's a good idea to loosen the quick release and undo the wheel nut to ease out the chain. The quick release is simply opened by pulling the lever. Pull it open so you can loosen the wheel nut on the other side. Now adjust the chain like before. When closing the quick release, you should be able to close it completely. It should be tight, but not too hard to push. If it feels too tight, loosen the wheel nut by the derailleur. Likewise if it's too loose, then tighten the wheel nut.
Step 4: Final checks
Before you ride away, make sure you are in a comfortable gear. Pedal and change gear on both the rear and front derailleur.
Wednesday, December 8, 2010
Kayuhan 1 Muharram : Layan Trek BML dalam Hujan
Hari Selasa, 1 Muharram 1432H. Satu rancangan telah diatur bersama-sama member MET untuk berkayuh pada hari tu yang merupakan cuti umum. Kayuhan kali ini agak istimewa kerana beberapa sebab : 1. rasanya kali pertama kayuh di BML dibuat pada hari selain dari hari Jumaat, 2. Kayuhan kali ni disertai member-member dari GKCC seramai 4 orang, menjadikan jumlah rider dalam kayuhan kali ni 20 orang. Pernah kayuh dengan Team GKCC beberapa bulan lepas<link> 3. Kayuhan mtb kali ni dibuat selepas hujan yang turun dengan agak lebat sejak beberapa hari sebelumnya.
Pada kayuhan kali ni, selut dan lumpur dah tak boleh nak elak dah, dan beberapa kali kena angkat basikal disebabkan jalan dan jambatan kayu dihanyutkan oleh air. Paling tak dapat dilupakan, pengalaman terjerumus ke dalam pasir jerlus sehingga hampir ke paras lutut. Kasut pun hampir tercabut, nasib baik sempat selamat! Laluan kali ni memang mencabar disebabkan cuaca yang hujan tak berhenti. Walaupun jaraknya lebihkurang sama dengan kayuhan yang sebelum ini, kira-kira 20km, masa yang diambil lagi lama, kira-kira 3 jam lebih untuk balik semula ke port berbanding biasa hanya 2 jam lebih. Kayuhan kali ni juga menggunakan trek bawah dan tidak naik ke atas bukit(trek DH).
Apa pun, kayuhan kali ni memang paling mencabar dan juga paling best yang kawan sertai setakat ini di BML. Syabas dan terima kasih diucapkan kepada semua member-member kayuhan hari tu di atas semangat kerjasama yang ditunjukkan semasa menghadapi laluan yang sukar dan juga semasa ada member yang mengalami kerosakan pada peralatan-tercabut cranks! Gambar yang sempat di'snap' pada hari tu...
Kerosakan pada basikal salah seorang member kayuh - cranks tercabut!
Group picture yang tak jadi. Mungkin sebab ada air yang terlepas masuk ke kamera hp Kawan semasa berkayuh...sori ye kawan2.....
Selepas melalui kawasan berpasir jerlus...kena basuh basikal dulu sebelum kayuhan dapat diteruskan...
Member2 dari GKCC...En. Aidi & HogenBest....
"Apa yang penting, kerjaa...samaa..."Semangat saling membantu ketika manghadapi laluan sukar, sesuai dengan semangat Maal Hijrah(ada kaitan ke?of course...)-*Gambar diambil dari laman fb saudara Boheng Heng...*
Nota : Selamat berjuang kepada member-member MET dalam Kayuh Lasak di P. Pinang dan member-member dari GKCC di dalam Kayuhan ATM di Lumut, Perak. Kedua-dua event akan dibuat pada hari yang sama, Ahad 12 Disember 2010. 'All the Best' Kawan ucapkan...Kayuh sampai Lenguh, bro's!
Sunday, December 5, 2010
Tips : Kayuh Dalam Hujan!
Satu perkara yang perlu diambil perhatian semasa berkayuh, tak kira dalam musim hujan atau musim kemarau, adalah : Utamakan Keselamatan semasa berkayuh(terutama di musim durian, kalau boleh elakkan berkayuh kat bawah pokok yang ada buah durian masak. helmet basikal takleh lawan dengan kulit durian..!hehe)
Kawan ada nak tambah lagi satu tips : bawak bekas air yang ada tutup. Sebabnya, masa tengah kayuh tu entah la apa kandungan dalam air yang terpercik kat botol air rider.pastu dah penat kayuh terus minum...yarrrkh!
Update : Seorang rider kelihatan hensem berbaju hujan sedang rider2 lain melihat dengan sedikit rasa jeles(perasan?)...semasa berhenti sekejap di depan KB Mall