Gatih = Kayuh , Sikal = Basikal. Blog Catatan aktiviti berbasikalku, dan perkara-perkara berkaitan dengannya.... :)
Saturday, November 20, 2010
Kayuhan Aidiladha: 'Misi' Menawan Puncak BML
'Huh... gapodio, ado 'misi' pulok ko join puok-puok gatih sikal bukit ni? Tokleh jadi ni...hari jumaat depey ambo pung nok keno gi join jugok ni...'
Mungkin jugak ada yang terpikir macam tu bila membaca tajuk entry kali ni. Tapi maaf la ye, 'Misi' yang dimaksudkan bukanlah yang comey-lote pakai baju uniform putih kerja kat hospital tu, tapi 'Misi' yang dimaksudkan adalah terjemahan dari perkataan Inggeris 'Mission'. Kecewa?hehehe...
Secara ringkasnya, kayuhan pagi tu berjalan lancar walaupun masih lagi dalam mood raya. kayuhan disertai seramai lebih 30 orang rider bermula jam 8.40pagi dan berakhir jam 11.30 tengahari. Jarak kayuhan kali ni adalah 16km mengikut meter, dengan 5km melalui atas tar dan selebihnya permukaan off-road. Kali ni keadaan agak berbeza bagi Kawan berbanding beberapa kayuhan yang lepas, kerana berjaya kayuh kira-kira 3/4 jalan ke puncak. lagi 1/4 tak dapat kayuh sebab jalan baru buat dari pasir gembur menyebabkan tayar depan basikal Kawan bersaiz 1.95 tenggelam(tolakk....sampai atas). Semasa turun pulak(melalui trek DH), dapat turun tanpa tolak kira-kira 60% dari keseluruhan laluan dengan mengawal brek tanpa jatuh tergolek, hanya sipi-sipi je... lagi 40% terpaksa tolak sebab terlalu curam bagi hati Kawan. Tapi bagi yang hati kering tu belasah je...
Syukur Alhamdulillah, acara kayuhan di trek BML pada hari tu berakhir tanpa apa-apa insiden kepada rider. Kalau setakat calar-calar biasa tu takde hal, perkara biasa dalam mtb ni...
Cuma kawan sikit kurang puashati dengan prestasi pedal baru Kawan, kaki asyik tergelincir je... selain dari tu, kayuhan kali ni adalah sangat baik & puashati. Terima kasih member-member MET terutama Abg Din dan Pengerusi atas pertolongan yang dihulurkan semasa berkayuh....
Pasukan pengayuh2 tegar bersedia untuk menyerang bukit. 1,2,3...Serang.....!!!
Untuk lagi cerita dan gambar kayuhan pada hari tu, klik sini(Laman Blog MET).
Selamat Berkayuh!
Nota : gambar-gambar diambil dari laman web MET. Kamera Kawan tu baterinya 'kong' pulak...adusss la
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment