Hari Jumaat lepas ada ride macam biasa kat trek BML. Tak ramai yang turun ke trek kali ni, ada la dalam 20 orang termasuk Kawan. Ramai yang tak dapat datang, mungkin sebab bertolak awal ke KL tengok final Piala Malaysia(Kelantan menang!!).Hujan pun turun jugak, tapi tak melemahkan semangat para rider yang keluar berkayuh menikmati keindahan alam dan mengharungi cabaran yang ada di trek BML yang semakin terkenal(ye ke?? ) tu...
XC melalui kebun getah
Update Gambar: Menunggu giliran untuk melepasi Trek DH...curam & licin...hampir2 tergolek kat sini...
Bergambar kat puncak bukit. Gambar diambil tanpa kebenaran dari laman fb tokey kedai beskal..jgn mare aa... (Mat_Yo : No. 5 dari kanan)
Kayuhan kali ni adalah dalam keadaan basah dan lecak serta diiringi hujan renyai. Dah memang nak sampai musim hujan pun sekarang kat negeri Kawan ni. Jadi kayuhan kali ni adalah sedikit mencabar sebab tu....
Mula-mula kayuh tu okey lagi. Masa kayuhan xc pun okey walaupun tayar dah jadi macam donat kena lumpur. Tapi bila sampai kat bukit....jenuh kayuh dan jenuh jugak tolak baru sampai kat puncak. Suasana kat puncak bukit berkabus tebal, ada rasa macam kat tempat peranginan pulak...hehe. Tapi takleh berenti lama-lama sebab trek DH sedang menanti untuk diterjah. Tapi disebabkan trek licik kerana hujan, turun shelow-shelow je sambil tolak basikal di beberapa tempat. Sampai ke bangsal tempat berkumpul jam 11.00pagi,dan terus kayuh ke port station sebelum bersiap untuk balik. Jarak kayuhan kali ni ikut meter hanya 12.5km, tapiii...letihnya, mak aii!Takpe..yang penting hati puas & dapat pengalaman berharga...
Disebabkan sekarang dah ada tanda-tanda musim tengkujuh dah hampir tiba, mungkin kayuhan kali ni adalah kayuhan mtb yang terakhir sebelum tibanya musim hujan. Rehat dulu la nampaknya aktiviti berbasikal Kawan lepas ni....
Nota : Macam best je tajuk entry kali ni. Saje je tu...hehe
No comments:
Post a Comment