Sunday, October 3, 2010

Trek Mahligai Revisited : Rezeki Berkayuh

Setelah sekian lama, peluang datang lagi untuk Kawan turut serta dalam kayuhan ekstrim bersama-sama MET(Mahligai Extreme Team) di Trek BML(Bukit Mak Lipah), Mahligai, Bachok. Nak panjang lagi nama tambah Negeri Kelantan Darul Naim. Kayuhan yang lepas kat sini (pada April 2010) berakhir dengan apa yang boleh dikatakan 'near-disaster' bagi Kawan. Antara sebabnya : kaki krem, seatpost patah,frame mtb old skool retak(dan akhirnya patah semasa mencuba trek GKCC). Untuk lihat part1<link>part2<link>

Tapi trek BML sungguh la menggamit perasaan(bahasa sastera w/pun Kawan dulu ambik subjek sains). Tiap kali lalu kat area situ dengan kereta,bila nampak bukit tu dalam hati tertanya-tanya "bila la nak dapat datang kayuh sini lagi ye.."

Hujung minggu yang lepas,peluang yang ditunggu-tunggu tu datang. Bukan senang. Jadi amat rugi kalau peluang yang datang sekali-sekala ni pun disia-siakan. Tambahan,kayuhan kali ni juga boleh diguna sebagai sesi ujian bagi Raleigh Enduro yang belum lagi benar-benar diuji. Dan juga bagi upgrade yang dipasang & setup sendiri seperti FD(tukar ke Deore), grip(tukar-Trek), hydration bladder jenama Lezyne(lama dah beli baru nak test) dengan beg(modify sendiri mengikut kreativiti yang ada) dan Fork SR XCM(setup rebound). Tayar knobby diambil dari basikal mtb old skool.

Pagi jumaat, 24/9/2010 07.30am-bertolak, 8.00am-sampai port station MET. Berkenalan lebihkurang dengan rider-rider dan setup basikal, 8.30am tayar mula bergolek. Dan bermulalah cabaran pendakian yang benar-benar mencabar ketahanan fizikal dan mental para rider...

9.45am - Sampai jugak ke puncak BML. kederat Kawan dapat kayuh separuh bukit je,selebihnya terpaksa tolak. Cuti kayuh lama sangat sampai stamina tinggal separuh. Rehat kejap kat puncak menikmati pemandangan(dan ambik nafas). Lepas rehat, tiba masa untuk mencuba trek DH yang baru dibuat... tapi sayang, tak dapat nak enjoy betul-betul trek DH sebab pakai hardtail kali ni...turun shlow-shlow je la...

Sampai di Port Station pada 10.50am. Sempat bergambar dengan para otai2 MET yang lebih dulu sampai....

Bila semua rider dah sampai berkumpul di Port, rupanya hari tu ada majlis rumah terbuka Hari Raya di rumah salah seorang rider MET, saudara Marzuki di Ketereh. Apa lagi, rezeki jangan ditolak....


Hidangan lazat di depan mata. Nasi minyak, sate, roti jala antara hidangan yang disediakan. Dah penat berkayuh, hidangan diterkam tanpa rasa segan-silu.hehe...


Bergambar kenangan bersama tuan rumah. Terima kasih ye....

Kesimpulannya, sangat puas hati dengan kayuhan kali ni. Semua perancangan dan peralatan berfungsi dengan lancar(kecuali bahagian tolak basikal). Kayuh dapat, makan pun dapat...errrppp!....alhamdulillah!

Nota : catatan ini hanyalah dari persepsi seorang rider amatur(Kawan la tu....!)

Untuk lagi gambar, cerita dan kejadian semasa kayuhan , sila lihat laman blog MET<link>








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...