Saturday, October 23, 2010

Chainring Set-up



Cuba perhatikan betul-betul gambar kat atas tu, nampak apa-apa yang pelik tak kat basikal Kawan? Kalau nampak kat cranks depan tu kekurangan satu piring (chainring) yang paling besar, betul la tu... Setup asal piring adalah 44/32/22T tapi sekarang dah jadi 32/22T sahaja..


Soalan : kenapa nak susah-susah cabut satu piring depan, yang besar sekali pulak tu? habis tu macam mana nak kayuh??


Untuk soalan tu, Kawan boleh fikirkan 5 jawapan:


1. Piring besar tu jarang-jarang diguna. Dah kayuh 600km+ tapi rasanya 20km je pakai.masa naik bukit langsung tak guna pun...

2. Rantai terlalu rapat pada piring bila guna piring tengah dan sesekali tu ada bunyi besi berlaga, mungkin antara chain dengan 'stub' pada piring.

3. Boleh kayuh okey jer...max speed 33kmh pada laluan rata bila guna gear belakang paling kecik. Laju dah tu untuk kayuh mtb.bukan nak masuk lumba pun....!
4. Berat dikurangkan kira-kira 150grams(-200g ring, +50g spring washer...anggaran)

5. Nak mengelakkan dari kecederaan serius pada betis & kaki. Tengok tajuk forum ni kat forums.mtbr.com, tajuk "Calf meets chainring"<link>. Takut tu takla cuma risau sikit je...ngeri tu je yang lebih,bila tengok gambar yang dipaparkan kat forum tu...

Masa 'testing' di Bukit Jeram Pasu. Lancar dan tak serabut...


Jadi sekarang dah kayuh lebihkurang 100km guna setup ni (75% on-road, 25% mtb). rasa okey je, setakat ni. cuma kekadang tu nak kekalkan top speed 30km/h perlukan usaha yang lebih sikit. Tapi masih lagi dalam kadar 'cadence' kayuhan 80-90rpm...
Satu lagi, bila naik bukit tinggi pun macam bukit Jeram Pasu dekat rumah Kawan, kayuhan rasa ringan, lancar dan tak serabut(mungkin sebab dah takde bunyi bising dari piring). Jadi piring besar tu disimpan dalan toolbox dulu buat masa ni(mungkin diperlukan balik bila dah ada tayar slick). Mungkin juga perlu modify sikit utk buang 'stubs' yang mengganggu tu.
Untuk perhatian,bila dah buang piring besar skru chainring akan terjulur ke dalam dan rantai mungkin tersangkut bila bertukar(downshift) ke piring paling kecil. Untuk penyelesaian, Kawan lapik dengan besi 'spring washer' yang boleh didapati kat kedai-kedai peralatan dan kedai membaiki mesin. Cari yang diameternya sama dengan lubang skru.
Langkah seterusnya : berusaha utk dapatkan 'bash guard' pulak....dan lepas tu mungkin chainring 36T sebagai 'upgrade'.

Nota : Apa-apa pun 'setup' basikal mestilah mengikut kesesuaian dan gaya kayuhan rider masing-masing.
Selamat Berkayuh!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...