Saturday, August 21, 2010

OPS : Cantum - sempena Ramadhan

Umum dah tau (at least mereka yang baca blog ni) yang basikal yang Kawan pakai dulu, Mtb Fullsus Old Skool(nama buat sendiri) telah mengalami kerosakan semasa kayuhan yang lepas(klik sini). Kerosakan yang agak serius kerana melibatkan bahagian 'frame'. Jadi dalam entry yang dulu (klik sini) Kawan nyatakan telah membaraikan komponen basikal tu untuk dihantar repair.
Alhamdulillah, sekarang repair dah selesai. Cuma nak cantum balik je takde masa. Tapi dalam bulan puasa ni, apabila kebanyakan aktiviti fizikal dikurang atau ditangguhkan, ada sedikit masa terluang yang dapat digunakan untuk memasang balik komponen pada basikal. Dan inilah hasilnya penat lelah memasang basikal :

Tempat yang mengalami kerosakan(patah) : dipatri.


Bahagian yang dipatri-pandangan dekat. Terpaksa tambah aluminium block untuk mengukuhkan lagi frame. Pertambahan berat kira-kira 0.2kg


Dah siap pasang,tinggal nak test je lagi. Untuk makluman, 100% pemasangan semula komponen basikal dibuat sendiri...
(Harap-harapnya takde la skru yang tertanggal masa testing nanti...)

Selamat berpuasa!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...