Sunday, August 8, 2010

Selamat Datang Ramadhan



Bulan Ramadhan bakal menjelma. Alhamdulillah,syukur kepada Allah kerana masih memberi peluang kepada Kawan untuk bersama-sama umat Islam yang lain yang akan menyambut kedatangan bulan yang mulia ini kira-kira 2 hari saja lagi.


Dan pada kebiasaannya,bila tiba bulan Ramadhan umat Islam seluruhnya akan berpuasa (kecuali bagi yang uzur). Jadi bila dah puasa mesti la penat sikit,menahan lapar dan dahaga selama kira-kira 14jam lamanya. Jadi bila dah penat,kayuh pun sikit-sikit,dan slow-slow je la. ada yang akan cuti terus dari aktiviti berkayuh selama sebulan. Bagi kawan, mungkin akan berkayuh juga terutama di waktu petang sementara menunggu waktu berbuka,pergi beli kuih dan lauk-pauk untuk berbuka. Ada juga rancangan diatur dengan rakan-rakan kayuhan untuk berkayuh selepas terawih sambil-sambil ke kedai ccolek,tapi masih belum finalize lagi. Jadi biarkan dulu yang tu.

Apa pun, sedikit pesanan buat diri sendiri, member-member dan pembaca blog ni :

"Kayuh-kayuh juga, amal ibadat jangan dilupa..."



(Gambar para rider yang pernah bersama-sama melayan trek BML di Mahligai, ehsan dari Webmaster MET-Terima kasih.Walaupun jarang-jarang kadang-kadang turun ke trail,gambar Kawan tetap ada...)

2 comments:

  1. betul tu bro.. kayuh kayuh jugak.. ibadat dalam bulan ramadan kena pulun juga.. neway aku ucapkan selamat berpuasa buat bro sekeluarga.

    ReplyDelete
  2. Tq bro Rizal.Betul...betul...betul...sebagai peringatan andainya terlupa.
    Sama juga,selamat berpuasa juga bersama family...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...