Sunday, May 23, 2010

Setahun Berbasikal

Gambar yang diambil pada hari pertama Kawan mula berkayuh basikal semula

Pada hari ni genaplah kiranya setahun Kawan mula berbasikal kembali setelah sekian lama meninggalkan aktiviti yang amat diminati ini. Lama jugak berhenti berkayuh, ada la dekat-dekat sepuluh(10) tahun sejak mula kerja terus tak endah kat basikal lagi. Tau-tau je, badan dan jadi macam belon, sakit sana sakit sini sedangkan Kawan ni boleh dikirakan muda lagi, baru je meninggalkan zaman remaja...he...he...

Tak sangka juga pada mulanya, dapat peluang untuk berkayuh semula. Semuanya berlaku selepas Kawan balik ke kampung halaman selepas beberapa lama merantau di tempat orang. Seperti kata pepatah orang tua-tua:

"Hujan Emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri..."

Peluang yang ada tidak disia-siakan. Tambahan pula Kawan memerlukan sesuatu aktiviti untuk membantu Kawan meningkatkan kecergasan dan menurunkan berat badan yang semakin bertambah. Tak dikira lagi saiz baju dan seluar yang mencapai saiz maksimum kat kebanyakan kedai-kedai pakaian.

Dah boring dengar? Ok Kawan pendekkan cerita...

Lepas setahun, badan Kawan makin cergas rasanya, berat pun dah berkurang beberapa kilo. Saiz dan baju dan seluar masih macam tu, nak buat camne dah frame asal besar kut, tapi tali pinggang kena tebuk lubang baru yang lebih kecil. Tapi yang paling best adalah Kawan dapat berjumpa dengan ramai kenalan baru yang kebanyakannya sama-sama bekongsi minat yang sama iaitu berbasikal. Itulah rasanya faedah paling besar yang Kawan dapat.

Jadi, kepada sesiapa yang masih lagi tercari-cari aktiviti yang sesuai untuk mengisi masa lapang dan menambahkan kecergasan tubuhbadan, Kawan ingin sarankan cubalah aktiviti ini. Mudah, menyihatkan dan murah asalkan dilakukan mengikut kemampuan yang ada pada diri masing-masing. Tak payah beli basikal yang mahal-mahal, cukup dengan basikal biasa untuk permulaan,dan boleh 'upgrade' mengikut kemampuan yang ada.

Selamat Berkayuh.....:)




Tuesday, May 4, 2010

Kayuhan Ikut Dan : Bukit Jeram Pasu 1 Mei 2010


Peta dan data kayuhan(klik untuk besarkan)


Pada Hari Pekerja 1 Mei yang lepas, kaki Kawan terasa lenguh-lenguh. Mungkin kerana pada hari Jumaat sebelumnya Kawan tak keluar berkayuh sebagaimana kebiasaannya disebabkan kurang sihat. Ada member yang mengajak tapi terpaksa ditolak atas sebab yang tersebut.


Jadi untuk menghilangkan rasa lenguh-lenguh itu, kawan pun capai basikal yang dah tersimpan kat stor selama 7 hari dan mula berkayuh di laluan off-road yang terdapat di belakang rumah. Walaupun cuma beberapa meter je mendaki tapi boleh la buat lepaskan gian berkayuh dan menghilangkan lenguh-lenguh kaki Kawan.


Tapi tak sampai pun 2 km berkayuh,telefon Kawan pun berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Kawan tengok nombor, laa...member Geng Kayuh rupanya tanya nak keluar kayuh ke petang tu. 'OK' Kawan kata, jumpa kat tempat biasa...


Ingatkan nak kayuh biasa-biasa aje, tapi bila jumpa member kata nak try laluan baru pulak. Kawan memang tau dan pernah lalu jalan tu, tapi dengan kereta bukan naik basikal. Dan Kawan tau laluan yang akan dilalui tu memang agak mencabar disebabkan laluan berbukit yang agak tinggi. Larat ke ni, kawan kata dalam hati. Tapi dengan kata-kata semangat kali ni "Belum cuba belum tau", kayuhan kali ni diteruskan...



Laluan yang akan dicuba...



New Toy...kayuhan kali ni dilengkapi dengan meter kelajuan. Beli yang biasa-biasa je, cukup untuk memberitahu data asas semasa berkayuh.




Jalan yang telah dilalui. Alhamdulillah semua selamat. di hujung laluan ni ada laluan menurun yang sangat mengancam. Top speed basikal Kawan mencapai 60km/h semasa menuruni bukit.






Semua Geng Kayuh nampaknya berpuas hati dengan misi kayuhan kali ini, walaupun pada mulanya kayuhan kali ni ikut dan(orang putih kata ad-hoc). Dari kiri Yen, Li, Cikgu Hatta, Jimi, Kawan. Let's do it again, Guys...



Monday, May 3, 2010

Kayuhan Krem Kaki 2010 : Part 2

Sambungan...dari Part 1



Mari Kawan sambung balik pasal cerita Kawan gi kayuh dengan Geng M E T hari tu. Dah lama sangat simpan kat dalam draft ni...





Menuju ke bukit yang pertama. Tinggi juga.



Pemandangan dari atas bukit. Belum sampai kat puncak lagi


Otai2 mtb menunjukkan aksi downhill semasa turun dari bukit #1



CP1. Pak Su sebagai ketua Ekspedisi kali ni tengah bilang peserta. Takut-takut ada ahli kayuhan kat belakang yang tertinggal

CERITA

Lepas siapkan basikal bersama kelengkapan masing-masing semuanya, tayar mula bergolek ke destinasi kayuhan hari ini iaitu ke Bukit Mak Lipah kira-kira jam 9.00 pagi. Agak lewat aku kira, kerana cahaya matahari dah mula terik. Melalui laluan tali air(atau parit besar) sejauh kira-kira 2 km sebelum sampai ke jalan masuk ke trek off-road. Mula-mula rilek lagi, tapi bila sampai je kat bukit yang pertama...mak ai!tinggi betul....tapi setelah berusaha dengan gigihnya,40% kayuh +60% tolak, sampai juga kawan ke atas. rasanya Kawan la orang yang pertama turun dan tolak masa tu. nak buat camna,dah gear beskal Kawan 7 speed je...tambah pulak body mtb old skool Kawan ni tak la ringan macam mtb new skool macam member2 yang lain...baik punya alasan tu!


Lepas tu turun balik dan mula masuk single trail, lalu ikut celah pokok getah sejauh 3km lebihkurang. Naik dan turun bukit semua single trail. Kekadang kena angkat basikal sebab laluan jadi terlalu curam/licin/ada halangan. Sampai di Check Point1 (CP1), semua berkumpul. Ambik nyawa...


Kayuhan diteruskan, kebanyakannya melalui single trail dan kadang-kadang mengikut laluan lori mengangkut tanah. Sampai ke bukit #2, tapi setelah mengambil kira pendapat ahli-ahli kumpulan, keputusan diambil untuk tangguh dulu naik ke puncak bukit disebabkan hari dah agak lewat, jam menunjukkan hampir ke 11.00 pagi. Matahari semakin galak bersinar membakar kulit para pengayuh. Jadi destinasi seterusnya adalah balik ke Port Station. Selesai lah kayuhan pada hari ni, yang jaraknya dikatakan kira kira 16km. Kawan tak tau la jarak sebenarnya pasal masa ni basikal Kawan masih belum dilengkapi odometer, tapi rasa-rasanya pada Kawan jaraknya lebih daripada tu...




Berkumpul sebelum bertolak balik ke Port



CABARAN



Seorang peserta kayuhan mengalami kerosakan brek



Seorang lagi mengalami calar 'lokoh cat' disebabkan tersilap mengelak lubang semasa turun bukit

PENUTUP

Kenapa la agaknya entry kali ni Kawan bagi tajuk 'Kayuhan Krem kaki?
Inilah sebabnya....
Sampai kat Port, kaki krem...Arrrgh....mungkin kerana posisi kayuhan yang tak betul disebabkan seatpost yang loose/longgar.

Tapi walaupun kayuhan kali ni banyak cabarannya, krem kaki, seatpost loose dan sebagainya, tapi ia adalah kayuhan yang paling Enjoy...

Terima kasih kepada M E T kerana berjaya menganjurkan program kayuhan yang menarik, dan kawan rasa bertuah kerana dapat turut serta. Ada peluang lagi, Kawan rasa macam nak pegi pulak...

Cerita lanjut mengenai kayuhan ni,dan gambar di blog Mahligai Extreme Team
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...