Peta dan data kayuhan(klik untuk besarkan)
Laluan yang akan dicuba...
New Toy...kayuhan kali ni dilengkapi dengan meter kelajuan. Beli yang biasa-biasa je, cukup untuk memberitahu data asas semasa berkayuh.
Jalan yang telah dilalui. Alhamdulillah semua selamat. di hujung laluan ni ada laluan menurun yang sangat mengancam. Top speed basikal Kawan mencapai 60km/h semasa menuruni bukit.
Pada Hari Pekerja 1 Mei yang lepas, kaki Kawan terasa lenguh-lenguh. Mungkin kerana pada hari Jumaat sebelumnya Kawan tak keluar berkayuh sebagaimana kebiasaannya disebabkan kurang sihat. Ada member yang mengajak tapi terpaksa ditolak atas sebab yang tersebut.
Jadi untuk menghilangkan rasa lenguh-lenguh itu, kawan pun capai basikal yang dah tersimpan kat stor selama 7 hari dan mula berkayuh di laluan off-road yang terdapat di belakang rumah. Walaupun cuma beberapa meter je mendaki tapi boleh la buat lepaskan gian berkayuh dan menghilangkan lenguh-lenguh kaki Kawan.
Tapi tak sampai pun 2 km berkayuh,telefon Kawan pun berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Kawan tengok nombor, laa...member Geng Kayuh rupanya tanya nak keluar kayuh ke petang tu. 'OK' Kawan kata, jumpa kat tempat biasa...
Ingatkan nak kayuh biasa-biasa aje, tapi bila jumpa member kata nak try laluan baru pulak. Kawan memang tau dan pernah lalu jalan tu, tapi dengan kereta bukan naik basikal. Dan Kawan tau laluan yang akan dilalui tu memang agak mencabar disebabkan laluan berbukit yang agak tinggi. Larat ke ni, kawan kata dalam hati. Tapi dengan kata-kata semangat kali ni "Belum cuba belum tau", kayuhan kali ni diteruskan...
Laluan yang akan dicuba...
New Toy...kayuhan kali ni dilengkapi dengan meter kelajuan. Beli yang biasa-biasa je, cukup untuk memberitahu data asas semasa berkayuh.
Jalan yang telah dilalui. Alhamdulillah semua selamat. di hujung laluan ni ada laluan menurun yang sangat mengancam. Top speed basikal Kawan mencapai 60km/h semasa menuruni bukit.
Semua Geng Kayuh nampaknya berpuas hati dengan misi kayuhan kali ini, walaupun pada mulanya kayuhan kali ni ikut dan(orang putih kata ad-hoc). Dari kiri Yen, Li, Cikgu Hatta, Jimi, Kawan. Let's do it again, Guys...
Komen posting sendiri : Sebenarnya kayuhan ni juga bertujuan untuk mengubat rasa duka lara tak dapat pegi berkayuh sama di Cameron Highlands bersama Geng M E T. Rancangan asal memang nak pergi sama tapi apakan daya banyak perkara yang datang menimpa...
ReplyDeleteTakpa2, lain kali kalau takde aral melintang kita gi layan Jim Thompson trail sama-sama...