Sunday, May 23, 2010

Setahun Berbasikal

Gambar yang diambil pada hari pertama Kawan mula berkayuh basikal semula

Pada hari ni genaplah kiranya setahun Kawan mula berbasikal kembali setelah sekian lama meninggalkan aktiviti yang amat diminati ini. Lama jugak berhenti berkayuh, ada la dekat-dekat sepuluh(10) tahun sejak mula kerja terus tak endah kat basikal lagi. Tau-tau je, badan dan jadi macam belon, sakit sana sakit sini sedangkan Kawan ni boleh dikirakan muda lagi, baru je meninggalkan zaman remaja...he...he...

Tak sangka juga pada mulanya, dapat peluang untuk berkayuh semula. Semuanya berlaku selepas Kawan balik ke kampung halaman selepas beberapa lama merantau di tempat orang. Seperti kata pepatah orang tua-tua:

"Hujan Emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri..."

Peluang yang ada tidak disia-siakan. Tambahan pula Kawan memerlukan sesuatu aktiviti untuk membantu Kawan meningkatkan kecergasan dan menurunkan berat badan yang semakin bertambah. Tak dikira lagi saiz baju dan seluar yang mencapai saiz maksimum kat kebanyakan kedai-kedai pakaian.

Dah boring dengar? Ok Kawan pendekkan cerita...

Lepas setahun, badan Kawan makin cergas rasanya, berat pun dah berkurang beberapa kilo. Saiz dan baju dan seluar masih macam tu, nak buat camne dah frame asal besar kut, tapi tali pinggang kena tebuk lubang baru yang lebih kecil. Tapi yang paling best adalah Kawan dapat berjumpa dengan ramai kenalan baru yang kebanyakannya sama-sama bekongsi minat yang sama iaitu berbasikal. Itulah rasanya faedah paling besar yang Kawan dapat.

Jadi, kepada sesiapa yang masih lagi tercari-cari aktiviti yang sesuai untuk mengisi masa lapang dan menambahkan kecergasan tubuhbadan, Kawan ingin sarankan cubalah aktiviti ini. Mudah, menyihatkan dan murah asalkan dilakukan mengikut kemampuan yang ada pada diri masing-masing. Tak payah beli basikal yang mahal-mahal, cukup dengan basikal biasa untuk permulaan,dan boleh 'upgrade' mengikut kemampuan yang ada.

Selamat Berkayuh.....:)




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...