Wednesday, July 18, 2012

Projek DIY : Sudah Siap...?



Test Ride ke Jeram Pasu, 13/07/2012. 30km onroad

Nampaknya usaha kawe untuk menaiktaraf sistem gear, sistem ampaian(fork) dan beberapa perkara lain pada basikal mtb telah dapat dibuat dengan lancar. Alhamdulillah. Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan projek ini : Akmal Hizam(khidmat nasihat, sumbangan peralatan), BC Kelolo(beli barang dapat diskaun), kedai beskal BSL Tanah Merah(pemasangan cassette), Wan's Cycle(order barang), Otai2 BBS(khidmat nasihat), pengendali, penjual (&pembeli...hehehe) di BBS, abang posmen, pekerja kaunter poslaju, dan tak lupa kepada Isteri tersayang yang sentiasa memberikan sokongan... :D
Test ride pada hari Jumaat lepas mendapati semua peralatan dapat berfungsi dengan baik walaupun komponen dari gred campuran(macam beras gread campuran pulak...hehehe). Tapi belum benar2 test lagi sebab kayuhan hanya atas jalan tar je hari tu, kat trail belum lagi.
Mungkin ada peluang lagi untuk test sebelum bulan puasa, sebab dengarnya pagi esok(Jumaat) ada geng ajak kayuh kat trail baru area jeram pasu. Kepada sesiapa yang berminat nak join, berkumpul di depan S K  Padang Pak Amat, jam 8.00pagi. Eh, dekat rumah kawe la tu! InsyaAllah....:)

Nota: Selamat menyambut Ramadhan kepada semua, dan selamat berpuasa! "Kayuh, kayuh juga, amal ibadat jangan dilupa". Pesanan ikhlas dari kawe.....:) Di kesempatan ini juga kawe ingin meminta maaf sekiranya ada tersalah-tersilap selama menulis di blog ini, sama ada yang disedari atau tak, dan juga kepada member yang sama-sama berkayuh kalau-kalau ada perbuatan, perkataan & gurauan yang menyinggung perasaan tanpa disedari.

Thursday, July 12, 2012

Perkara baru : Bicycle Quotes

Salam. Nak bagitau di blog ini, kawe telah buat penambahan satu ruangan baru di bahagian kanan(widget). Ruang baru tu dinamakan 'Bicycle Quotes' ataupun kalau diterjemah kepada bahasa Melayu, 'Pepatah Berbasikal'. Ruangan ini nanti pada rancangan kawe akan diisi dengan kata-kata yang berkaitan dengan berbasikal dan kaitannya dengan kehidupan seharian...

Bicycle Quote yang pertama kawe muatkan di ruangan ini dipetik dari laman fb saudara Latfy, seorang kawan yang jugak berkongsi minat mengayuh basikal.

"Sometimes we're so used to driving and cycling in the city, we forgot how meditative nature could be. Instead of fighting our way on the roads during peak hours against other pushy drivers trying to force their ways to urgent meetings, on the trails in the forest – one only fights with one's own breath, beliefs (it's a steep hill!) and stamina (pancit, pancit!). 

No, no pushy KL drivers here. Or
stopping at traffic lights.
The only pushing we do is our own two wheels, and the only stops is for catching breaths.

So come on guys, let's go immerse ourselves in the trails, and find out how small we really are."
Latfy Anuar Latif, a fellow rider from KL, oghe Kelate... :)


Nota : Kalau demo ada apa-apa 'Bicycle Quote' yang rasanya ingin dikongsi, sila letak di ruangan komen ye, kalau sesuai kawe akan pilih dan letakkan di ruangan ini....  :)

Keep On Gatih, Bro & Sis!

Monday, July 9, 2012

Event :Jamboree Berbasikal: Hard Rock Jeli Ride 2012

Event lepas Hari Raya :

Jamboree Berbasikal: Hard Rock Jeli Ride 2012


Untuk maklumat lanjut berkenaan acara ni, boleh tengok di laman blog penganjur :


Nota : Macam menarik je penganjuran pada kali ni. Harap laluan jamboree kali ni dah takde banyak laluan berbukit jalan tar macam tahun lepas. Insya Allah kawe akan join sama... :)

Sunday, July 8, 2012

Selamat Hari Lahir



Ucapan Selamat Hari Lahir ke-3 untuk anak ke-2 Nur Amni Safiyya, semoga menjadi anak yang baik & Solehah. Terima kasih kerana selalu kelakar. Hadiah tahun ini, kemungkinan basikal... :)


Nota : Satu lagi harapan,bila dah besar nanti tak payah main sukan sepak takraw wanita. nampak buruk benor!(kayuh beskal je cukup...hehehe)

Monday, July 2, 2012

DIY : Tukar Pelana


Fasa terbaru projek DIY kawe adalah menukar pelana yang lama(cover ada terkoyak sikit) kepada pelana yang baru(barang sekenhen tapi masih baru). Pelana adalah dari brand WTB dan asalnya dari basikal lipat jenama Dahon. Tak kisahla jenama apa pun, yang penting adalah selesa, tahan lasak dan MURAH.... :)
Caranya simple je, ikut saje apa yang ditunjukkan dalam Video Link di bawah ni. Bagi kawe bahagian pasang tu mudah je, yang mungkin susah sikit adalah meng'adjust' kedudukan dan kecondongan pelana supaya sesuai dengan bon...err... bahagian tubuh yang akan diletak di atas pelana tersebut nanti. Ada la dalam 3-4 kali 'adjust' baru la kena dengan ukuran yang selesa.

Video link :

How to Change a Bicycle Saddle(eHow)


Ini pulak link berkenaan cara memilih pelana yang sesuai, cara untuk 'adjust' dan sebagainya(in english) : 

A Comfortable Bicycle Saddle(sheldonbrown)

Kepada semua, selamat meng'adjust' kawe ucapkan!! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...