Sunday, January 29, 2012

Solo Offroad Ride 27/01/2012 : The Lost Waterfall


Solo Ride pada pagi Jumaat yang lepas. Pada mulanya bermula sebagai ride untuk menguji kesesuaian peralatan yang baru diperolehi ( bicycle glove, vest), kemudiannya telah bertukar menjadi trail exploring. Dengan tak semena-mena telah terjumpa jalan ke satu jeram & air terjun yang dah lama hilang dari peta laluan. Pernah datang sini dulu-dulu, dalam 10 tahun lepas bersama abang-abang dengan naik motor, sekarang kalau dengan motor pun rasanya susah nak lepas sebab laluan asal yang dah tertutup dan berselut. Air terjun dikenali sebagai Jeram Kokpeh @ Jeram Kapis di kalangan penduduk sekitar. Alhamdulillah, kali ni kawe telah berpeluang untuk datang ke sini lagi setelah lebih 10 tahun berlalu...

Jeram yang menderu deras airnya

Air terjun bertingkat dengan kolam dalam di bawahnya

Parking basikal kat atas batu tepi air terjun

Penulis, bergambar di tepi air terjun bersama hi-visibility LED Sport Vest( Link) hasil kemurahan hati seorang teman blogger & cyclist, saudara Akmal dari JB. Jazakallah khoiran.... :)

Laluan balik adalah melalui laluan berbukit Jeram Pasu-Chengal Pulas dalam keadaan hujan renyai kadangkala lebat.

Statistik kayuhan 27/01/2012:

Jarak : 15km (30% loose gravel, 10% Mud, 60% jalan tar)

Masa diambil : 2 jam, tak termasuk lepak tepi air terjun 30 minit.. :)

Kerosakan & kecederaan : tiada( Alhamdulillah)

Esoknya 28 Jan. 2012, ikut serta dalam XC Race di UiTM Machang. Tapi tu lain kali cerita la ye... InsyaAllah. :)

Nota : 'Trail exploring' boleh juga dibaca sebagai ' tersesat jalan'. ;)

2 comments:

  1. Haha... Kelihatan lebeh henseng dengan led vest itu.

    I truly enjoy (envious) reading your exploration adventure rides. Keep riding, boh!

    ReplyDelete
  2. Hehe, Thanks? :) Dont envy2 bro. Kalau nak try datang je sini. tawaran homestay masih terbuka. tapi jgn lupa bawak beskal kalau nak buat trail exploring.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...