Solo Ride pada pagi Jumaat yang lepas. Pada mulanya bermula sebagai ride untuk menguji kesesuaian peralatan yang baru diperolehi ( bicycle glove, vest), kemudiannya telah bertukar menjadi trail exploring. Dengan tak semena-mena telah terjumpa jalan ke satu jeram & air terjun yang dah lama hilang dari peta laluan. Pernah datang sini dulu-dulu, dalam 10 tahun lepas bersama abang-abang dengan naik motor, sekarang kalau dengan motor pun rasanya susah nak lepas sebab laluan asal yang dah tertutup dan berselut. Air terjun dikenali sebagai Jeram Kokpeh @ Jeram Kapis di kalangan penduduk sekitar. Alhamdulillah, kali ni kawe telah berpeluang untuk datang ke sini lagi setelah lebih 10 tahun berlalu...



Laluan balik adalah melalui laluan berbukit Jeram Pasu-Chengal Pulas dalam keadaan hujan renyai kadangkala lebat.
Statistik kayuhan 27/01/2012:
Jarak : 15km (30% loose gravel, 10% Mud, 60% jalan tar)
Masa diambil : 2 jam, tak termasuk lepak tepi air terjun 30 minit.. :)
Kerosakan & kecederaan : tiada( Alhamdulillah)
Nota : 'Trail exploring' boleh juga dibaca sebagai ' tersesat jalan'. ;)
Haha... Kelihatan lebeh henseng dengan led vest itu.
ReplyDeleteI truly enjoy (envious) reading your exploration adventure rides. Keep riding, boh!
Hehe, Thanks? :) Dont envy2 bro. Kalau nak try datang je sini. tawaran homestay masih terbuka. tapi jgn lupa bawak beskal kalau nak buat trail exploring.
ReplyDelete