Tuesday, September 17, 2013

I'M BACK!



Dah lama tak Update Blog ni, sampai naik sawang. Nak buat macamana tak sempat. Kayuh basikal pun cuma jarang-jarang je lepas habis jamboree di Jeli dulu(tahun 2012). Sekarang baru rasa ada ruang sikit nak bernafas semula. Kawe mulakan sesi 'comeback' kali ni dengan memaparkan gambar acara Jamboree Hard Rock Jeli 2013 yang kawe sertai pada 16 Sept. yang baru 3 hari lepas. Krem kat kaki pun tak habis lagi ni. Enjoy!

Daftar dan ambil goodie bag + nombor plat di Kaunter Pendaftaran UMK Kampus Jeli
Tempat pelepasan acara yang akan dimulakan pada esok nya 16 Sept. 2013 jam 8.00pagi
Pasang basikal dan setting lebihkurang...ZZZZ
Bersedia untuk ke tempat acara. Family dok kat bilik hotel je. Nak bawak takut bosan pulak menunggu sampai acara tamat.
Jumpa member2 lama dari MET yang pernah kayuh sama2.
Pok Su dari MET
selepas lebihkurang 5 jam kayuh basikal, dapat finisher medal. Syukur semuanya selamat. Cabutan bertuah ada tapi nombor kawe tak dapat apa-apa  pada hari tu.
No. Plat + Finisher Medal, Bag goodies - ada jersi, sijil penyertaan, powerbar, kacang. Alhamdulillah.


Gambar-gambar kawe yang diambil dari laman Fb :

 Gambar kawe selepas menamatkan section 'Offroad' Kredit gambar kepada Azrul Yaa.
 Berdoa dulu sebelum acara dimulakan. Kawe ada kat belakang2 tu.
Rehat sekejap lepas mengharungi sungai. Keringkan setokin dulu baru mula kayuh balik.

Masuk suratkhabar : keratan akhbar pasal acara Jambori Jeli. Tahun depan jumpa lagi, InsyaALLAH... :)

Tuesday, October 9, 2012

WW : My Point of View

(WW : Wordless Wednesday)

Location : Jeli, Kelantan.

Pic 1: Starting Point


Pic 2 :  iron horses in hotel room, all prepped-up for tomorrow's big event.

Nota: Tibo2 beraso nok kecek oghe putih hari ni....:)

Sunday, September 30, 2012

HRJR 2012 : Selesai Sudah...

29/9/12 : Hard Rock Jeli Ride Mtb Jamboree. Alhamdulillah semuanya dapat dilalui dengan selamat...
(Bukan gambar kawe nih... saja letak untuk intro.hehe)

 Trail Jamboree. 51km kesemuanya. Tapi kawe dapat habiskan 30km je, krem kaki sebab kurang air + kurang training. Apa nak buat.... kena training lagi nampaknya untuk jamboree tahun depan.


Dapat Goodies + Finisher Medal(dapat jugak!).... :)

Kawe memang puas hati dengan event kali ni. Tahniah buat para Penganjur....

Update : Ada jugak gambar kawe walaupn menyelit-nyelit. Kredit gambar kepada AnuarHussin Photography

Berkumpul di garis permulaan bersama peserta lain

 Mula kayuh, gambar depan Kak Mas dari MET(tempat ke 7 kategori wanita)

Lagi Gambar-gambar semasa Jamboree boleh tengok di laman FB HRJR 12.

Saturday, September 22, 2012

Proses Tukar Crank : BB Jammed la Pulok!

(BB = Bottom Bracket)

Proses tukat BB dan Crank pada basikal Mtb kawe minggu lepas. Sebenarnya dah agak lama kawe perasan yang BB pada basikal mtb kawe tu mengeluarkan bunyi tik...tik...tik bila dikayuh, terutama bila mendaki bukit tapi kawe biarkan je. Tapi bila lama-lama nak kayuh pun crank dah rasa berat, tahulah kawe yang mungkin bb yang bermasalah dan tiba masanya untuk ditukar. 
Crank+ bb ganti dah ada, tapi disebabakan kawe takde alat untuk bukak jadi terpaksala bawak ke kedai jugak...

 Proses bukak Crank lama (untuk gearset 8speed)...

Crankset baru. Barang sekenhand, Shimano non-series 9spd crank + Shimano BB(UN-26)...tulisan kat crank dah hampir hilang dan ada calar sikit,tapi chainring masih keadaan baik. bb tu nampak macam baru lagi...

 BB lama jammed, tak boleh bukak la pulak...macam-macam cara kawe dan pomen kedai dah cuba tapi tak boleh dibuka jugak

 Apa nak buat, terpaksa tinggal dulu basikal kat kedai sementara mencari kaedah sesuai untuk bukak bb yang jammed...

Akhirnya berjaya jugak bukak 4 hari kemudian, guna kaedah yang kawe dapat kat internet.hehehe.... kalau nak tau caranya boleh rujuk di SINI dan di sini....

Mak aii...karat + lumpur penuh, memang patut la jammed! Masuk kut celah mana pun tak tau....heran betul ni!


Akhirnya....BERJAYA! Tinggal nak setting FD(derailer depan)je lagi...Alhamdulillah...:)

p/s: Bawak je basikal kat kedai, tapi proses bukak+pasang kebanyakannya dibuat sendiri (dengan sedikit bantuan). Terima kasih kawe ucapkan kepada pemilik Kedai Basikal Mutiara di Alor Lintang, Besut, Terengganu dan kedai Engineering di Kg. Raja kerana sudi membantu dan bagi kawe guna peralatan....:)


Wednesday, September 5, 2012

WW : Daftar

(WW= Wordless Wednesday)

Daftar jamboree Hard Rock Jeli hari ni. Last minit punya daftar ni... :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...