Saturday, September 22, 2012

Proses Tukar Crank : BB Jammed la Pulok!

(BB = Bottom Bracket)

Proses tukat BB dan Crank pada basikal Mtb kawe minggu lepas. Sebenarnya dah agak lama kawe perasan yang BB pada basikal mtb kawe tu mengeluarkan bunyi tik...tik...tik bila dikayuh, terutama bila mendaki bukit tapi kawe biarkan je. Tapi bila lama-lama nak kayuh pun crank dah rasa berat, tahulah kawe yang mungkin bb yang bermasalah dan tiba masanya untuk ditukar. 
Crank+ bb ganti dah ada, tapi disebabakan kawe takde alat untuk bukak jadi terpaksala bawak ke kedai jugak...

 Proses bukak Crank lama (untuk gearset 8speed)...

Crankset baru. Barang sekenhand, Shimano non-series 9spd crank + Shimano BB(UN-26)...tulisan kat crank dah hampir hilang dan ada calar sikit,tapi chainring masih keadaan baik. bb tu nampak macam baru lagi...

 BB lama jammed, tak boleh bukak la pulak...macam-macam cara kawe dan pomen kedai dah cuba tapi tak boleh dibuka jugak

 Apa nak buat, terpaksa tinggal dulu basikal kat kedai sementara mencari kaedah sesuai untuk bukak bb yang jammed...

Akhirnya berjaya jugak bukak 4 hari kemudian, guna kaedah yang kawe dapat kat internet.hehehe.... kalau nak tau caranya boleh rujuk di SINI dan di sini....

Mak aii...karat + lumpur penuh, memang patut la jammed! Masuk kut celah mana pun tak tau....heran betul ni!


Akhirnya....BERJAYA! Tinggal nak setting FD(derailer depan)je lagi...Alhamdulillah...:)

p/s: Bawak je basikal kat kedai, tapi proses bukak+pasang kebanyakannya dibuat sendiri (dengan sedikit bantuan). Terima kasih kawe ucapkan kepada pemilik Kedai Basikal Mutiara di Alor Lintang, Besut, Terengganu dan kedai Engineering di Kg. Raja kerana sudi membantu dan bagi kawe guna peralatan....:)


2 comments:

  1. Salam bro... saya punyai masalah seperti ini jugak pada MTB Raleigh Elite Pro saya... ada rasa bunyi kasar/friction semasa mengayuh pada certain position, rasanya macam kat crankset, bunyi nya tidak lah kuat. Bunyi ini hanya dapat di rasai apabila kita sendiri mengayuh terasa mcm ada geseran pada BB tidak se'smooth' waktu mula2 kayuh dulu. Baru jer beli around 50km kayuh.

    ReplyDelete
  2. Layankan jer dulu...rasa rasa boleh kayuh. Kayuh jer...pakai sampai dah goyang area BB tue...baru tukar baru...selagi crank boleh pusing seperti biasa iaitu smooth. X de masalah lagi..sebab saya dah kena...saya jumpa otai otai lama. Mereka nasihatkan selagi area crank x longgar, pakai jer. Bila dah longgar maknaya baru tukar BB yg baru....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...