Saturday, September 21, 2013

Baby Seat + Pannier untuk bawak anak jalan-jalan dengan basikal


Ni la keadaan basikal kawe hanya beberapa hari sebelum nak ke Jambori Jeli. Masih lagi dilengkapi dengan Tempat duduk budak(baby seat) + pannier(orang tempat kawe panggil 'perangan') untuk bawak anak kawe kayuh makan angin petang-petang di sekitar kawasan perumahan. Onroad je, bukannya bawak gi offroad. tempat duduk+ pannier tu kawe beli kat kedai bundle je dengan harga RM40. Tapi nak memasangnya di basikal MTB kawe memerlukan tapak khas yang kawe buat sendiri. kira boleh la. Takde masalah selama diguna sebanyak lebih 5x ride onroad(pannier+seat), 1x light offroading(pannier sahaja).

Baby seat + Helmet warna pink
Selain dari tu kawe juga membeli helmet size budak untuk dipakai oleh anak kawe untuk dipakai semasa berkayuh. Untuk keselamatan.

Anak kawe buat 'muncung' sebab takleh ikut. Merajuk la tu?? :)
Untuk ke jamboree di Jeli baru ni kawe dah tanggalkan sementara tempat duduk tu. Ye la takkan nak bawak masa kayuh kat offroad pulak?

Lepas ni mungkin nak kena pasang balik, anak kawe dah hari-hari tanya ni bila nak pasang balik kerusi dia kat belakang basikal kawe... :)


6 comments:

  1. maaf ya sya nk tanya kedai bundle mane yang saudara pergi ?? sbb sya pun tengah mencari seat basikal untuk bwa anak sya juga. yg ada kat kedai mahal smpai rm650

    ReplyDelete
  2. saya juga tgh mencari .. if ada boleh contact saya.. by email eris_sch@yahoo.co.uk

    ReplyDelete
  3. Mna boleh dapatkan tapak khas utk seat baby tu..

    ReplyDelete
  4. saya pun tengah mencari.. mana dapat seat tu ye..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...