Sunday, September 30, 2012

HRJR 2012 : Selesai Sudah...

29/9/12 : Hard Rock Jeli Ride Mtb Jamboree. Alhamdulillah semuanya dapat dilalui dengan selamat...
(Bukan gambar kawe nih... saja letak untuk intro.hehe)

 Trail Jamboree. 51km kesemuanya. Tapi kawe dapat habiskan 30km je, krem kaki sebab kurang air + kurang training. Apa nak buat.... kena training lagi nampaknya untuk jamboree tahun depan.


Dapat Goodies + Finisher Medal(dapat jugak!).... :)

Kawe memang puas hati dengan event kali ni. Tahniah buat para Penganjur....

Update : Ada jugak gambar kawe walaupn menyelit-nyelit. Kredit gambar kepada AnuarHussin Photography

Berkumpul di garis permulaan bersama peserta lain

 Mula kayuh, gambar depan Kak Mas dari MET(tempat ke 7 kategori wanita)

Lagi Gambar-gambar semasa Jamboree boleh tengok di laman FB HRJR 12.

Saturday, September 22, 2012

Proses Tukar Crank : BB Jammed la Pulok!

(BB = Bottom Bracket)

Proses tukat BB dan Crank pada basikal Mtb kawe minggu lepas. Sebenarnya dah agak lama kawe perasan yang BB pada basikal mtb kawe tu mengeluarkan bunyi tik...tik...tik bila dikayuh, terutama bila mendaki bukit tapi kawe biarkan je. Tapi bila lama-lama nak kayuh pun crank dah rasa berat, tahulah kawe yang mungkin bb yang bermasalah dan tiba masanya untuk ditukar. 
Crank+ bb ganti dah ada, tapi disebabakan kawe takde alat untuk bukak jadi terpaksala bawak ke kedai jugak...

 Proses bukak Crank lama (untuk gearset 8speed)...

Crankset baru. Barang sekenhand, Shimano non-series 9spd crank + Shimano BB(UN-26)...tulisan kat crank dah hampir hilang dan ada calar sikit,tapi chainring masih keadaan baik. bb tu nampak macam baru lagi...

 BB lama jammed, tak boleh bukak la pulak...macam-macam cara kawe dan pomen kedai dah cuba tapi tak boleh dibuka jugak

 Apa nak buat, terpaksa tinggal dulu basikal kat kedai sementara mencari kaedah sesuai untuk bukak bb yang jammed...

Akhirnya berjaya jugak bukak 4 hari kemudian, guna kaedah yang kawe dapat kat internet.hehehe.... kalau nak tau caranya boleh rujuk di SINI dan di sini....

Mak aii...karat + lumpur penuh, memang patut la jammed! Masuk kut celah mana pun tak tau....heran betul ni!


Akhirnya....BERJAYA! Tinggal nak setting FD(derailer depan)je lagi...Alhamdulillah...:)

p/s: Bawak je basikal kat kedai, tapi proses bukak+pasang kebanyakannya dibuat sendiri (dengan sedikit bantuan). Terima kasih kawe ucapkan kepada pemilik Kedai Basikal Mutiara di Alor Lintang, Besut, Terengganu dan kedai Engineering di Kg. Raja kerana sudi membantu dan bagi kawe guna peralatan....:)


Wednesday, September 5, 2012

WW : Daftar

(WW= Wordless Wednesday)

Daftar jamboree Hard Rock Jeli hari ni. Last minit punya daftar ni... :)


Sunday, September 2, 2012

Artikel : Kuruskan Badan Berkayuh Basikal

(Ini adalah ingatan/nota untuk Diri kawe Sendiri...hehehe)


Kuruskan Badan Berkayuh Basikal

Jika anda berniat untuk menurunkan berat badan, membakar kalori sambil membina otot dengan berbasikal dapat membantu menghilangkan lebihan berat badan. Tetapi itu hanya permulaan…

Berikut adalah sedikit rahsia yang boleh membantu anda menyusutkan lemak badan dan mendapatkan berat badan yang ideal.

Baca Artikel penuh di RajaBukit.com


Semoga bermanfaat... :)

Nota : Ini adalah ingatan/nota untuk diri kawe sendiri jugak. Timbangan berat badan nampaknya ada naik sikit sejak lepas puasa ni. Akibat makan banyak+ malas kayuh... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...