Sambungan kepada Projek DIY kawe. Yang terbaru adalah menukar Stem (pemegang hendal) lama dari jenis standard kepada stem baru yang berukuran lebih panjang. Barang adalah dibeli 'sekenhand' dari pemilik basikal Giant dengan harga yang amat berpatutan secara online. Tujuan utama kawe memasang stem yang lebih panjang adalah untuk mendapatkan 'reach' yang lebih selesa semasa berkayuh. Tambahan stem ni adalah lebih ringan(sikit) dari stem lama.
Stem lama bersaiz standard. Pada firasat kawe ianya agak pendek sikit kalau untuk orang yang tinggi macam kawe. (Baru terasa selepas pakai setahun lebih. Hehe...)
Proses Mengukur kedudukan stem baru sebelum pasang. Perbezaan dalam 10-15mm. Brand Giant juga sesuai untuk orang yang bertubuh saiz giant@besar, kot? :)
Stem baru selepas siap dipasang pada basikal. Proses menukar stem lama kepada stem baru, rujuk panduan (video) di bawah... Sumber video didapati dari sini: (Link)
Pandangan dari sisi depan.
Selesai lah proses DIY tukar stem. Alhamdulillah. Next .... :)
Panduan video proses menukar stem pada basikal :
Video 1 (membuka) & Video 2( Memasang). Enjoy!
Nota : Terima kasih kepada member yang telah sudi memberi sumbangan spacer (carbon!!) dan housing cable end caps untuk projek pemasangan DIY kawe ni. Jazakallah khoiran katsira... :)
No comments:
Post a Comment