Sunday, April 1, 2012

Kongsi : Keselamatan semasa berkayuh

Nasihat & saranan yang berguna, Dikongsi dari blog basikalipat.blogspot.com

“Setiap amalan itu dengan niat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kemalangan maut cyclist Le Tua - Pandangan Peribadi saya

Pertamanya, saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Rafizi Hamdan, 37 tahun. Semoga tabah dalam menerima pemergian Allahyarham.

Sesungguhnya ajal maut itu telah ditetapkan oleh Allah dan tidak akan dicabut nyawa dari badan sesaat awal mahupun sesaat lambat. Oleh itu kita hendaklah sentiasa bersedia untuk menghadapi sakaratul maut itu kerana kita tidak tahu bila saatnya. Yang pasti selangkah kita bergerak, selangkah juga kita mendekati maut.

Saya tidak mahu komen berkenaan peristiwa yang sudah berlaku cuma saya ingin melihat kehadapan persediaan kita dalam aktiviti berbasikal kita yang mendatang. Saya ingin lihat dari persediaan peribadi kita setiap kali turun ke gelandangan, jalan raya mahu pun bukit bukau atau sawah bendang.

  • Mulakan niat untuk berkayuhan dengan niat riadah - suatu ibadah
  • Pakailah pakaian yang sesuai dengan keadaan - yang pastinya menutup aurat
  • Bacalah bismilah dan doa sebelum keluar rumah - disertakan surah al-fatihah, ayat kursi dan lain-lain
  • Mulakan perjalanan dengan membaca doa menaiki kenderaan - Rasulullah dah ajar...
  • Berdoa dan bertawakkal kepada Allah agar perjalanan kita sentiasa dilindungi dan dihindari sebarang musibah
  • Iringi setiap kayuhan dengan ucapan membesarkan Allah - tahlil, tasbih, tahmid atau takbir
  • Mengucap syukur (Alhamdulillah) setiap kali sampai ke check point dan tamat kayuhan
  • Segerakan yang wajib (solat fardhu) setiap kali masuk waktunya - takut tak sempat
  • Mengucap salam dan senyum kepada pengayuh atau orang-orang yang kita jumpa sepanjang perjalanan
  • Sentiasa bersabar dalam meniti dugaan-dugaan yang mendatang sepanjang aktiviti
  • Jaga kebersihan persekitaran dan tidak membuang air merata-rata tempat
Wallahu a'lam. Semoga kita sentiasa dapat manfaat dalam aktiviti duniawi kita dalam menuju alam akhirat. InsyaAllah.

Baca artikel asal di :

basikalipat.blogspot.com

5 comments:

  1. Salam,

    mohon saya nak link blog bro ke dalam blog saya

    terima kasih

    ReplyDelete
  2. Beres bro. boleh la sama2 mengeratkan ukhwah melalui aktiviti berkayuh.... :)

    ReplyDelete
  3. ..beyeh...jom gateh...green planet earth...

    hehehehe...

    ReplyDelete
  4. Setuju.
    Juga ingin berkongsi:
    http://akmalbikepark.blogspot.com/2009/07/measuring-cadence-80-through-zikrullah.html?m=1

    ReplyDelete
  5. /Akmal Hizam

    Terima kasih bro atas perkongsian. Jazakallah khoiran....:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...