Sunday, July 25, 2010

Video : Pee Wee Herman naik basikal

Jumpa satu video berkaitan basikal kat Internet, petikan dari cerita masa Kawan kecik-kecik dulu bertajuk Pee Wee's Big Adventure. Kawan minat gila kat cerita ni dulu,sampai termimpi2 la jugak masa tu. Muzik latar video ni pun best gak.Enjoy...

Err...apsal kaler basikal Pee Wee nampak macam nak sama aje ye dengan basikal baru Kawan??

Kebetulan kot.....;)

Thursday, July 22, 2010

Basikal MTB Berenjin



Gambar ni Kawan jumpa kat internet. Nampak macam moto,tapi sebenarnya basikal. Mungkin sesuai buat mereka yang suka layan downhill je,tapi malas nak mendaki...

Tuesday, July 13, 2010

Nama

Dan inilah dia,rupa 'makhluk' setelah siap dipasang... esoknya terus bawa utk testing (on-road je...) di Kayuhan Riadah Cakna Belia 2010 di Pasir Puteh ke Pantai Tok Bali sejauh kira-kira 50km. Setakat ni kawan berpuashati dengan setup dan prestasi yang ditunjukkan,tapi itu cuma atas jalan bukan lagi off-road dimana tujuan asalnya ia dibeli....



Nak letak nama apa ye? ada komen....?

Sunday, July 11, 2010

Rabak

Hujung minggu lepas ada kawan singgah kat kedai basikal. Pergi sorang-sorang je naik kereta, tapi balik berdua. Ni la rupa 'makhluk' yang menumpang kereta kawan tu...





Rabak poket Kawan bulan ni....

Ops Barai : Yang Tinggal Hanyalah...

Salam,

Dukacita dimaklumkan, Ops. Barai telah dijalankan kepada basikal Kawan sebaik sahaja selesai kayuhan tempohari, disebabkan basikal mengalami kerosakan yang agak serius pada kerangka.
Sekarang basikal dalam proses baikpulih.

Dan yang tinggal hanyalah....(tengok gambar)




Sob!

Thursday, July 8, 2010

Test Tayar : Kayuhan Trail bersama GKCC MTB Team - Part 1

Tayar baru cemar bbolot(bahasa kelate) selepas kayuhan


Pada entry Kawan yang lepas(klik sini untuk lihat), Kawan ada sebut pasal team mtb GKCC sambil bertanya khabar, boleh join berkayuh sekali ke jika berpeluang. Tanpa disangka-sangka, salam yang kawan hulur disambut mesra oleh mereka, dan rancangan diatur untuk kayuhan bersama pada pagi hari Sabtu. Molek benar, dapat menambah kenalan dalam dunia mtb ni sambil-sambil kenal tempat orang dan sama-sama berkongsi pengalaman. Terima kasih kepada brader Adi dari GCKK Team yang mula-mula menghubungi kawan melalui laman sosial Facebook.



Tak tau nak mula kat mana, pasal tayar dulu kot. Lepas beli, balik rumah terus pasang tayar Continental Speed King 2.1 yang baru dibeli kat rim belakang basikal Kawan. Lepas tu pam, mula-mula okey, tapi lepas tu angin semakin kurang. Rupa-rupanya bocor daa....nasib baik Kawan sempat juga beli kit penampal tayar. Dah lama beli sebenarnya,tapi belum berpeluang guna lagi sebelum ni. Murah je, RM5 untuk 48 keping siap dengan gam. Lepas tu test, Alhamdulillah percubaan Kawan menampal tayar buat kali pertama ni menjadi... bunga tayar pun menjadi semakin menyerlah ke-knobbyannya(istilah baru,dbp jangan mare...:) ) bila tekanan angin dalam tiub mencapai tahap optimum seperti ditetapkan oleh pengeluar.



Janji nak jumpa pagi esoknya jam 8 di Masjid TUDM, Gong Kedak. Jam 7.00 pagi hujan masih renyai-renyai, malamnya hujan turun agak lebat. Tak kisahlah, hujan pun hujanlah. Sempat juga Kawan sumbat baju hujan nipis(beli kat 7-Eleven)ke dalam backpack yang akan dibawa bersama nanti.



Sesampainya kat tempat pertemuan, jam dah menunjukkan tepat 8 pagi. Nampak dah ada beberapa orang yang menunggu. Maaf,sedikit terlambat sebab kurang arif dengan tempat dan teragak-agak mencari lokasi pertemuan. Tapi itu bukannya alasan....(bersambung)







Gambar yang sempat dirakam bersama sebahagian ahli Team GKCC semasa berhenti minum kat kedai (sori, takleh ambik gambar sangat haritu..high-security area.......)



(Sambungan-lama dah tertunggak ni. Maaf la ye!)



Lepas minum, mula kayuh ke trail. Secara ringkas : 3 bukit dengan 1 DH yang agak mengancam selepas bukit ke-3, laluan 'scenic' melalui tepian sungai Jertih(ke Jerteh?), single trail yang mengujakan, lagi DH single trail yang agak licin, dan sekali hampir tergolek lepas silap ambik line. Jarak kayuhan hari tu kira-kira 14.5km,sebabnya Kawan berhenti kayuh bila sampai ke Jambatan. Member-member lain dari GKCC meneruskan kayuhan ke Air Terjun Pelagat. Satu sebabnya adalah kerana Kawan merasa ada sesuatu yang tak kena pada basikal,tayar belakang rasa macam berayun sikit bila malaui jalan tak rata. Jadi Kawan pun ucapkan terima kasih diatas kesudian mereka menerima kawan dalam kayuhan kali ni dan meneruskan kayuhan ke rumah mertua yang terletak kira-kira 8km dari situ.



Bila sampai, family dah sedia menunggu kat sana. Rehat kejap,dan terus mulakan dengan aktiviti pemeriksaan ka atas basikal. Tengok kalau-kalau ada yang tak kena. Dan inilah yang dijumpa;



Seatstay(dekat dengan spring susp. belakang) dah patah! Abih tu nak buat camna....

Thursday, July 1, 2010

Tayar Baru

Semasa kayuhan bar-baru ni kawan telah terperasan ada 'crack' baru muncul kat tayar belakang kawan. Adakah sudah tiba masanya tayar belakang menurut jejak langkah saudaranya kat depan yang telah menerima gantian tayar baru pada bulan April lepas?


Jadi tengahari tadi Kawan ke kedai basikal, dan hasilnya...jeng...jeng....satu tayar baru Continental Speed King 2.1 berjaya dibawa balik (selepas dibayar harga la...)

Jadi jika ada sesiapa disini yang pernah pakai tayar ni ataupun kenal sesiapa yang pernah pakai dan nak berkongsi review-pendapat-masalah-cadangan, silakan tinggalkan komen anda diruangan ini...

Review kawan, InsyaAllah kawan akan post kat sini nanti.

Selamat berkayuh,kayuhlah dengan selamat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...